Ask me now!!

JOM TANYA-TANYA SAYA! SANGAT SEDIA UNTUK MEMBANTU :)
Nama/Name
Phone No
Email anda/your email
Pekerjaan/Occupation
Dimana kamu tinggal/Where Do You Live Kuala Lumpur
Selangor
Perlis, Kedah, Penang, Perak
Pahang, Terengganu, Kelantan
Sabah, Sarawak
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Sudah mendaftar jadi ahli dalam masa 2 tahun lepas/Have you registered as Herbalife member in the past 2 years? Yes
No
Mana yang kamu berminat/Are you interested in any of below? Turunkan berat/Lose weight
Tambah berat/Gain weight
Tingkatkan kesihatan/Improve health
Tingkatkan tenaga/Improve energy
Perbaiki masalah kulit/Improve skin
Cari pendapatan lebih/Earn extra income
Apa2 tambahan soalan atau info yang saya boleh bantu/Extra information that can help me to guide you.

Click here to create your own form.

Wednesday, September 26, 2012

6


Kadang2 manusia tak perasan apa yang dia main2kan 
sebenarnya sangat terkesan kat hati orang
tapi bila dia yang terkesan bila orang main2kan
dia tak pernah fikir apa yang dia penah buat dulu
ingatkan sama-sama tabah
tapi rupa-rupanya dia lagi sangat tak tabah

Wednesday, September 5, 2012

Macam tak sangkakan?


Rasa macam dah lama belajar 
tapi tak habis-habis lagi
jadi kesemuanya 5 tahun jikalau dari matrikulasi
aku belajar tak lah sepandai orang yang pandai
yang masuk sbp mrsm integrasi semua
sekolah menengah atas aku orang kata sekolah terbaik
rezeki aku masuk sana
walau aku tak sepandai mereka
keputusan tak sebagus mereka
masuk juga matrikulasi
aku syukur dan redha
macam tak percaya
dapat juga masuk universiti bukan dengan kos lelong
walaupun keputusan matrik tidaklah memberansangkan
aku sangat bersyukur dan redha
alhamdulillah terima kasih tuhan
inilah yang orang selalu katakan
kalau ada rezeki tak ke mana
jadi aku memang sangat yakin dengan ketentuan Allah
tak menyangka aku akan sampai ke sini
tapi yakin dengan Allah itulah yang aku pegang dari dulu
sehingga sekarang dengan pelbagai yang aku tempuh
pahit dan manis
susah dan senang
aku tetap yakin dengan ketentuan itu
betapa sayangnya tuhan dengan aku
tapi aku sering alpa
sering leka dengan keindahan dunia
tapi tuhan tetap sayang aku
kalau diibaratkan matrikulasi seperti darjah satu 
kecik lagi aku waktu itu
ayah hantar hari pertama darjah satu sekadar dihadapan pagar
yang lain aku pelik dengan ibu2 diluar pintu kelas
tunggu sehingga anak habis kelas 
masuk kelas menangis sampai keluar selemo
kini aku bakal masuk semester 7 
kira seperti masuk darjah 5 
oh dah besar rupanya aku
darjah 5 aku penolong ketua kelas
darjah 5 aku pustakawan
macam tak percaya
dah besar rupanya aku ni
semoga pemikiran aku sentiasa dewasa dan matang
walau muka tidak seperti umur
seperti budak tingkatan 4 orang kata
semoga dipermudahkan urusan aku untuk keperingkat seterusnya
hidup seperti akan hidup 1000 tahun lagi
beribadat seperti akan mati esok hari
siapa yang tak mahu semuanya berjalan dengan lancar
aku pun mahu
tetapi kita hanya mampu merancang
tuhan sahaja yang menentukan
yang pasti mesti tak putus usaha
tak putus doa
yakin dengan ketentuan tuhan
:)

*kadang-kadang aku rasa macam aku tak mampu je untuk menempuh. Bukan sekali hati menidakkan dan katakan tidak mahu malah berjuta kali. Tapi ini jalan aku dan aku harus teruskan. Seperti yang aku pegang. Yakinlah dengan ketentuan Allah. Hanya memikirkan yang positif untuk membantu diri sendiri walaupun kadang-kala seperti tidak ikhlas seperti ia akan buruk seperti itu. Tapi siapa kita untuk menghukum. Yakinlah! Hanya Allah sahaja tahu apa yang bakal terjadi dan apa kesudahannya. Dia sebaik-baik perancang. Apa yang aku harapkan mestilah yang baik2 sahaja :)

Tuesday, September 4, 2012

Kemain lagi harini!

Ke Great Eastern Mall
juga ke Bangsar Shopping centre
o mak kau
tempat orang kaya 
ternyata bukan tempat aku
jalan2 melihat gelagat manusia sana sini
macam-macam
serasa tiba-tiba macam bukan di negara sendiri
masing2 penuh gaya
orang putih disepanjang jalan
tak kisah la siapa pun mereka
aku tetap aku
mereka tetap mereka
aku juga tetap sama seperti dulu
tetap takut akan pengangkutan awam
yang semakin maju ditelan zaman
akibat peristiwa lampau
ia turut terkesan sehingga sekarang
aku semakin kerabunan melihat dunia
serasa seperti orang buta kehilangan tongkat
tapi apa daya aku
nikmat tuhan akan ditarik perlahan-lahan
tulah banyak sangat dosa masih tak sedar diri
tak reti-reti nak bertaubat
eh ada yang tertarik di mata
buat-buat tak pandang
bas mengensot perlahan ekor mata mengintai
amboi dapat seikhlas senyuman
senyuman si handsome terima kasih ya!
aku terawang-awang seketika
dari biasa-biasa terus ke mood segar
kemain eh kau
dapat pula berita gembira
syukur alhamdulillah
terima mak! :)

Kenangan itu indah sebenarnya


Yang dulu pasti akan terkenang.
Bukan mengenang nasib.
Hanya terkenang saat2 indah.
Yang tak indah juga pasti ada.
Sebab kita manusia bukan sempurna.
Yang pasti yang dulu takkan aku ulang.
Tidak juga aku berdendam.
Kerana ia pengalaman.
Juga takkan aku berharap dan memberi harapan.
Kecuali dengan izinNya.

(Adibah Yunus, 2012)

Sunday, September 2, 2012

Di kelewatan ini.

Buat insan yang pernah MENYAKITI ku, 
terima kasih kerana telah mengajarku erti kesabaran dan semoga dirimu tidak akan pernah merasai sakit sepertimana yang aku rasakan.

Buat insan yang pernah SAYA SAKITI, 
maafkanlah kekhilafanku, aku hanyalah manusia yang jauh dari kesempurnaan.

Khas buat SAHABATKU, 
mungkin diantara kita memiliki banyak jurang perbezaan, namun tidak dapat dinafikan lagi kerna aku ingin melewati hari2 indahku bersamamu.