Ask me now!!

JOM TANYA-TANYA SAYA! SANGAT SEDIA UNTUK MEMBANTU :)
Nama/Name
Phone No
Email anda/your email
Pekerjaan/Occupation
Dimana kamu tinggal/Where Do You Live Kuala Lumpur
Selangor
Perlis, Kedah, Penang, Perak
Pahang, Terengganu, Kelantan
Sabah, Sarawak
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Sudah mendaftar jadi ahli dalam masa 2 tahun lepas/Have you registered as Herbalife member in the past 2 years? Yes
No
Mana yang kamu berminat/Are you interested in any of below? Turunkan berat/Lose weight
Tambah berat/Gain weight
Tingkatkan kesihatan/Improve health
Tingkatkan tenaga/Improve energy
Perbaiki masalah kulit/Improve skin
Cari pendapatan lebih/Earn extra income
Apa2 tambahan soalan atau info yang saya boleh bantu/Extra information that can help me to guide you.

Click here to create your own form.

Wednesday, August 28, 2013

Baru ni hantar acik pergi buat check up

Hari2 dengar orang sakit mengerang kesakitan apa perasaan anda? mungkin anda tak dapat bayangkan jikalau anda masih tak mengalami. Tiap2 malam masa orang lain tengah sedap tidur selalu dengar acik mengerang sakit. Acik dah lama sakit. Dah setahun lebih. Kesian je yang aku mampu. Tolong mana yang aku boleh. Hari2 tolong acik sapu minyak anugerah kat badan dia. Mengharapkan acik cepat sihat. Sihat macam dulu.

Semalam teman acik pegi klinik kesihatan ampangan. Dah cek2 2jam lebih jugak kat situ. Tadi pagi hantar lagi acik pergi buat ujian darah. Doktor kata suspek tirod. Kekurangan hormon dalam badan. Doktor suruh datang lagi 2 minggu sebab keputusan ujian untuk tirod tu ambil masa lama sikit. Masa lepas buat xray doktor letak filem xray tu kat bawah lampu. Bahagian paru2 tu nampak la macam ada asap2. Kalau kita yang sihat ni bahagian tu tak nampak apa2 gelap dan kosongkan (kalau salah mohon betulkan). Tak nak fikir lebih2 aku cuma nak tahu result ujian darah tu je.

Acik kalau dah start tidur tak boleh diganggu. Nanti bila dia dah bangun mesti susah nak tidur balik. Lagi2 bila duduk seremban ni semua orang kat dalan rumah ni tidur lambat. Komputer pun sebelah bilik memang nak dapat tidur yang nyenyak atau berkualiti orang kata memang susah. Ape yang boleh di bantu mintak orang yang tengah tengok tv atau guna komputer untuk perlahankan dia punya sound tuh.

Ermm sabtu ni uda nikah. Semoga uda dan isteri bahagia dunia akhirat. Semoga majlis berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan. Semoga masing2 tahu tanggungjawab masing2 sebab kebiasaannya lepas kahwin ni la baru kita kenal pasangan kita sebenarnya macam mana. Hidup berumah tangga memang banyak cabaran. Sedangkan orang yang single mingle pun cabaran pun banyak. Senang cerita, what you want and what you face are the reality now. Kekurangan pasangan harus diterima dan yang paling penting sama2 tolak ansur. Senang cerita lagi apa2 kita buat kalau Allah tu yang no 1 insyaallah semuanya dipermudahkan. :) Semoga kami dapat bantu acik sebaik yang boleh :)

Monday, May 27, 2013

Complaint

Need a lot of motivation right now.
I want to talk with djah, borak2 makan2 24 jam.
But i know it just waste my time right now.
because a lot of work to do,
and don't have enough time to waste.
Many things i have to handle right now.
Only in my mind is about psm n complete group project.
Yes group project yang tak menggambarkan ‘group’ project .
only i can do if i collapse, sleep sleep and sleep.
Again my work can't complete asap.

Thursday, May 16, 2013

Baru lepas berkabung hati -.-


Aku sebenarnya baru je kecewa. HAHA.
Menyampah gila kan ayat?
Actually takde la baru kecewa sangat pun.
Tapi macam ralat kan bila kita kenal orang lepas tu macam rasa seolah-olah diberi harapan.
Tapi cerita zaman tok kadoknya aku tak diberitahu statusnya.
Kurang asam punya manusia.
Nasib baik aku dah recover lama.
Kalau tak macam mana nak hidup?? HAHA.
 Betulkan ayat kat atas tu;
I've learned that you cannot make someone love you.
All you can do is be someone who can be loved.
The rest is up to them.
I've learned that no matter how much I care,
some people just don't care back.
And it's not the end of the world.
Tengok ayat last tu, dunia belum berakhir la.
Kalau jodoh aku ada kat dunia kahwin la aku nantikan? hehe.
Eh, haritu aku mimpi indah :D
Mimpi gi bercuti ngan membe.
Tapi malang ke tak malang eh membe tu lelaki.
HAHA.
Tak malang la kan sebab tu mimpi je. 
Bye. Take care! :D

Sunday, May 12, 2013

Banyak tidur

Tidur dapat melupakan masalah2 yang mendatang.
Masalah yang menyerabutkan otak.
Tapi malangnya kerja pun tak siap sebab asyik tidur.
Kan dah tahu banyak tidur hati mati =.="

Monday, April 8, 2013

Alhamdulillah

Tak tahu nak cakap macam mana
Disetiap kesulitan terselit seribu macam pencahayaan
Sesungguhnya perancangan tuhan itu sebaik-baik perancangan
Setiap apa yang diuji adalah berdasarkan apa yang hambanya mampu
dan ia semua telah dirancang
Sujud syukurrrrr
:'(

Ia ibarat jika kita dapat peluk orang tu depan mata rasa macam nak peluk ketat2 tak nak kasi lepas.
Tapi, orang lain macam mana? :'(

Saturday, April 6, 2013

Penyakit apakah ini?

Bila sakit kepala yang dulu tu datang menjengah.
Aku kembali takut dan risau.
Ponstan adalah penyelamat bagi satu jangka masa yang sekejap.
-.-

Bayangkan bila membaca satu perkataan, perkataan yang disebelah yang kita tumpu itu kita tidak nampak.
Apaka penyakit itu?

Cuti oh tak cuti

Mak tahu kita cuti.
Awal-awal dah bg job -.-
Tapi balik rumah pun macam kejap je.
Jadi harus merancang semuanya dengan baik.
Agar semuanya di lakukan dengan sempurna.
Rasa-rasa kena ke tak text kak amy?
Kak amy macam merajuk je haritu cuti tak bagi tahu dia pun.
Tak jahit baju dia.
Ingat balik nak lah bersenang-lenang.
Tapi kebiasaan cuti memang sangat bersenang-lenang sampai tak nak buat apa2.
HAHA.

Apa yang perlu disiapkan?
Jahit:
-skirt jakel
-blouse mak
-baju kak amy
-baju kurang yang dah tergendala setahun dengan jayanya. yay! -.-
-kain2 batik mak yang ada berpuluh2 -.-
-peplum adik -.- (ni lambat siapkan pun takpe HAHA)

Ohhh sempat ke nak siapkan dalam hanya beberapa hari sahaja?
Nak balik rumah sewa hari apa ni??
Selasa patut kena test concrete. Ngelat lah beberapa hari boleh tak? T_T

Oh tak rasa lansung pun nak buat kek.
Tapi macam ada hutang orang kek batik -.-


Jangan membawa masalah anda bersama orang yang tiada kaitan

Sunday, March 31, 2013

Take It Easy!

Bak kata aan 'TAKE IT EASY!'

Ya, memang banyak sangat kerja.
Banyak sangat benda yang rasa macam dah tak terbuat.
Tak tahu sejak akhir2 ni rasa sangat sangat sangat serabut.
Dengan assignment entah ke mana project entah kemana.
Terfikir macam nak quit semua benda pun ada T_T
Pastu ingatkan diri balik, dah kenapa sampai macam tu sekali?
Dah lama tak dengar nasihat dari orang, atau dengar kata2 motivasi dari orang.
Sebab tu agaknya rasa macam nak quit semua benda.
Kadang2 kena jugak dengar orang bercakap memberi nasihat.
Pada yang dah ada couple tu bersyukurlah sangat sebab ada tempat nak mengadu nak minta pendapat nak manja2 nak bla3 yang penting pandai2 la jaga diri. Sob3.

Rasanya fikiran aku yang dah fail sebab tu rasa macam tak boleh, padahal boleh je nak buat semua benda. Sob3~

Okayy!! take everything easy! so it can smoothly work. Sob3~

Wednesday, March 27, 2013

Trauma itu sangat tidak bagus untuk kesihatan.


Harini selepas bertahun2 baru naik bas dalam u untuk gerak sana sini tanpa wcd disisi. HAHA.
Tadi naik bas, bas tu macam terlanggar tepi jalan pastu bunyi dia tiba2 teringat bunyi masa eksiden tu.
Aku. Macam. Takut tiba2. Bila tengok gambar kereta kat fb tu aku jadi takut.
Aku ni jenis trauma lambat. Kira macam perut dah kenyang baru teringat sedap gila makanan tu.
Biasalah mula2 kena la belagak macho. Tapi sebenarnya aku takde lah kuat mana.
Depan orang kena la belagak takde pape kan. Nanti kalau orang tengok lagi orang risau.

Nanti free aku story pasal eksiden 25 March tu T_T
Sekarang busy dengan PSM, esemen, projek n nak test lagi.
Bersyukur sangat Allah panjangkan umur. Sangat2 bersyukur. Mesti ada banyak hikmah eksiden tu.
Kalau tengok kereta tu, mesti orang fikir macam mana la orang dalam kereta tu.
Thanks Allah T_T
Semoga aku dan ella cepat sembuh dan dapat teruskan kehidupan harian macam hari2 sebelum ni. Aminn..
Sian ella baru 1st time tompang balik BP tiba2 eksiden. Rasa bersalah sangat kat dia.
Doakan aku. Terima kasih kepada semua yang prihatin dan memberi semangat.

Saturday, March 2, 2013

Macam ada yang tak kena

Bismillah..Pernah tak rasa macam..'napa macam ada yang tak kena eh?' macam ada benda tertinggal. Padahal duduk rumah takde pergi mana-mana. Dah lebih seminggu rasa macam ada je yang tak kena. Nak kata tak baca doa sebelum makan, dah baca. Nak kata tak solat lagi tapi dah solat. Nak kata ada sakitkan hati orang tapi takde plak. Nak kata baca bismillah sebelum keluar rumah ke bawak kete ke dah baca jugak. Semua rasanya dah buat tapi still rasa macam ada je yang tak kena, macam tak sedap hati.

Kadang2 lepas solat tertanya2 dalam hati aku ni ada buat salah ke kat orang sampai rasa macam buat apa2 mesti macam ada yang tak kena. At last baru tahu apa sebabnya. Sebabnya dah lama tak baca Quran! Astaghfirullahal'azim! Lepas dah cuti solat seminggu haritu memang tak sentuh pun Quran. Busy sangat lepas dah start sem baru. Macam2 benda berlaku. Dengan kelas subjek major semua malam (tak pernah 5 hari berturut2 kelas malam). Lepas tu minggu depan tu pulak jadual bertukar lagi. Rasa sangat kucar-kacir. Sampai rasa dah baca dah ayat2 yang boleh motivate diri, ayat2 yang boleh ingatkan diri sendiri kot apa2 yang kita terlepas pandang.Nampak je roomate baca quran tapi kenapa tah hati tak rasa pun macam nak baca. Quran pun tersorok sedikit daripada tempat yang selalu letak. Hurmm. Teruknya perangai. Kadang2 rasa macam quran ni rindu kat aku sebab aku dah lama tak baca dia. Rasa macam Allah tu rindu sangat nak dengar kita baca ayat2 dia. Sedihnya kenapa aku tak nak pun dekatkan diri kat Allah padahal Allah tu sentiasa nak dengar apa2 dari makhluk dia T_T

Semoga aku yang mengulangi pembacaan blog pada hari2 esok mengambil pengajaran. Kalau kita tak dekatkan diri kat dia, memang kita akan rasa susah je nak buat sesuatu perkara. Macam banyak je halangan. Macam ada je yang tak kena. Macam ada je yang tak complete. Hanya sekadar berkongsi apa yang dirasa. Bukan untuk riak atau apa2. Sekadar untuk mengingatkan diri bila akan datang menjenguk kembali blog yang dah lama bersarang tak terusik-usik. Hurmm. Terlalu lalainya diri ini ya allah -_______-

Sunday, February 3, 2013

Berangan

Berangan nak rumah besar, tapi takde la besar gilo nanti tak larat nak kemas lepas tu nanti nak ada sangkar kucing yang sebesar bilik aku sekarang ni atau lagi besar pun boleh. Kalau boleh biar corner lot bagi bahagian laman dia besar sikit. hehe. Nanti siapa2 nak buang kucing ke ape ke boleh la hantar kat rumah aku nanti aku bela diorang dalam sangkar besar tu ye :)

Aku kesian tengok orang bela kucing tapi tak mampu nak bagi kucing tu cukup makan. Hurmm ;( sian tengok dorang. Doakan aku ye. Nanti aku bagi kucing2 aku sehat2 cukup makan :) semoga suami setuju dengan kehendak hati ini. HAHA sejak bila ada suami ni?

Monday, January 21, 2013

We need to varify that you are human.

Ce tengok ayat yang aku gariskan merah tu~

(click for enlarge)

HAHAHAHAHA~
Buat lawak jelah diorang neyh 
=.="

Ya! aku memang pembaca blog tegar -.-
(kalau korang tengok bar kat atas tu)

Sunday, January 20, 2013

Perasan. Itu cuma mimpi.

Hey! malam tadi aku siap mimpi ko, akhirnya ko cakap kat aku yang kau tettttt bla3. Tapi masa tu ko bagi message je. Bila aku terjaga, eh mana message yang dia bagi tadi?? oke tu mimpi je jangan nak perasan -.-

Bertahun juga nak siapkan baju.

Antara sebab aku selalu lambat siapkan baju:

-aku kurang suka potong kain sebab agak makan masa lagi2 kalau takde pelan. Nak kena siapkan pelan dulu baru boleh potong kain. Kena lah ada pelan bangunan kalau tak macam mana nak buat rumah kan?

-kat rumah takde mesin jahit tepi. Lepas aku dah siap potong kalau dapat terus jahit tepi aku lagi semangat nak terus jahit. Sebab jahit tepi adalah exercise kaki yang paling best! haha..sebab jalan je mesin tu tak yah nak stop lama2. Berapa minit je dah boleh siap!

-jika hantar jahit tepi kat kedai, aku kena siap2 cari baju pakai tudung makeup2(yang ini tipu) drive kereta. Lepas tu kena tunggu lama sebab Q orang hantar jahit tepi. Kat situ dah makan masa, buang duit, buang minyak.

-sebabkan dah bosan lama gila nak tunggu jahit tepi siap (sebab aku malas nanti petang ke datang balik ambil aku tunggu jugak lah kat kedai tu) of course balik rumah terus dah takde mood nak menjahit.
Tadaaa!! bila mood dah hilang bermakna aku akan start jahit esok2 lusa -.-


Semalam lalu depan kedai singer cakap kat mak belilah mesin jahit tepi. Senang sikit nak jahit nanti. Hehehe..Pastu mak cakap, tunggu dah kerja nanti beli sendiri. Bila aku fikir balik confirm2 dah kerja nanti mesti busy gila. Nanti dah beli mesin jahit tepi nanti buat pekasam jelah.

Bak kata azi, dia ada baca, manusia ni ada 3 peringkat. Sekarang(muda belia sebab belajar atau tak kerja lagi) ni TIADA DUIT, ada tenaga, ada masa. Bila tiada duit nak buat apa pun susah jugakkan? Kedua, bila dah kerja nanti ada duit, ada tenaga, TIADA MASA. Nak pergi jalan2 pun tak boleh sebab tiada masa. Ketiga, bila dah tua nanti ada duit, TIADA TENAGA, ada masa. Nak pergi mana2 atau nak buat apa2 semua terbatas sebab dah tak boleh nak jalan laju, nak buat kerja pun dah tak larat. Itulah namanya kehidupan, jadinya kena hargai setiap masa detik ketika dengan jayanya.

Ekceli aku malam tadi aku potong kain nak buat peplum adek. Tinggal nak pergi hantar jahit tepi je. Aku terbatas kat point yang no 3 tu sekarang sebab rumah takde mesin jahit tepi. HAHAHAHA.

Alasan dan banyak alasan. Mak dah suruh jahit semua kain yang ada kat rumah ni. Aku dalam hati, tah boleh siapkan ke tak.

Sunday, January 13, 2013

Rasa macam nak tidur je lama-lama lepas tu bangun bila dapat message je.
Jangan kufur nikmat sangat boleh tak Adibah?
-.-

Wednesday, January 9, 2013

Yakin sikit boleh tak?


Kalau kita yakin kita takkan dengar cakap2 orang.
Yakin pada Allah takkan buat kita ragu-ragu.
Sebab bila sudah berusaha (mesti usaha habis-habisan) baru boleh tawakal.
Tawakal tu menyerah segalanya kepada Allah.
Agar hati kita redha.
Redha dengan pemberiannya, dengan kurniaannya, dengan ketentuannya, dengan ketetapannya.
Aku selalu mintak supaya hati ni redha menerima apa yang bakal terjadi.
Tapi yang penting kenalah mintak dulukan.
Walaupun kadang-kadang rasa kenapa la aku ni teruk sangat begini begitu.

Aku cuma tertanya2, kau sebenarnya tak yakin atau apa?
Atau kau risau dengan cakap2 orang?
Kau lagi tua dari aku kan?
Kau lagi banyak makan garam dari aku kan?
Kenapa kau membuat pilihan untuk berdiam diri?

Apa yang aku sangat tak setuju sebab kau pilih untuk berdiam diri.
Ternyata umur kau berjuta lagi tua dari aku.

Sesungguhnya aku memang tak tahu apa yang ada dalam fikiran kau.
Malahan apa yang akan jadi pada masa depan mahupun  hari esok.
Aku selalu harapkan yang kau matang bersama umur kau.
Sebab aku tak boleh nak harap lebih2 dari kau.
Aku hanya harap kau sentiasa baik2.
Sebab kita ni kawan je.


*Okay aku ada cool blog. Dapat jugak release tension pasal kau ni. -.-
Malam tadi kan.
Aku mimpi aku kahwin.
Ops! tak! 
Aku dinikahkan.
Kah kah kah kah!
Sangat sweet and kelakar.

Mood: Dua paper final exam dah lepas. Satu lagi minggu depan. Tu yang syok tidur tak ingat donia! HAHA~
Tapi kenapa lelaki yang belakon dalam mimpi aku sangat belagak??? Urgh.