Ask me now!!

JOM TANYA-TANYA SAYA! SANGAT SEDIA UNTUK MEMBANTU :)
Nama/Name
Phone No
Email anda/your email
Pekerjaan/Occupation
Dimana kamu tinggal/Where Do You Live Kuala Lumpur
Selangor
Perlis, Kedah, Penang, Perak
Pahang, Terengganu, Kelantan
Sabah, Sarawak
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Sudah mendaftar jadi ahli dalam masa 2 tahun lepas/Have you registered as Herbalife member in the past 2 years? Yes
No
Mana yang kamu berminat/Are you interested in any of below? Turunkan berat/Lose weight
Tambah berat/Gain weight
Tingkatkan kesihatan/Improve health
Tingkatkan tenaga/Improve energy
Perbaiki masalah kulit/Improve skin
Cari pendapatan lebih/Earn extra income
Apa2 tambahan soalan atau info yang saya boleh bantu/Extra information that can help me to guide you.

Click here to create your own form.

Wednesday, May 30, 2012

Syaitonnirojim yang bakal muncul bila exam.

Tak lama lagi nak exam.
Dan akan ada tekanan2 hebat daripada manusia sekeliling.
Jadi pesanan yang selalu pipa cakap setiap kali nak final mesti akan diingatkan macam ni
"Jangan ada siapa2 nak touching2 eh nak final ni, kalau ada pun buat-buat takda apa2 sebab masing2 ketidakstabilan emosi" begitu la lebih kurang.
Jadinya sekarang memang musim touching aku makin ketaralah kan.
Siapa suruh buat aku toching kan?
Jadinya harus menjaga mulut masing2 dari tidak menyakitkan hati siapa2 orang sekeliling demi menyedapkan hati sendiri.
Boleh faham? aku pun tak teringin nak bagi orang touching kalau kau yang dah mulakan dulu kau dapat balik.
Please be caution!
Bukan main eh aku dah start nak main perang2.
Ahh! ada aku kesah.
Kalau kau jaga hati masing2, aku pun turut sama gembira dengan berkeadaan begitu.
Assalamualaikum! and let's spread our loveee~~ ;)

Suasana selepas masuknya waktu maghrib di Parit Haji Rais.

Bila nak balik rumah ni?

Assalamualaikum dan salam hormat. 
Bertemu kita sekali lagi dalam rancangaaaannnnnnn... oke stop it. weyy aku dah lama tak korek telinga ni. tempat korek telinga aku yang besi tu tah mana tah main nyorok2 plak ngan aku yeww..biaseeww diee tu! 

Okey la.. ni betul2. pajang nau intro die. Biau ler kan. Aku jarang ada intro taw. Hihihi (gelak tutup mulut). macam mana sayang2 saya sekalian? sehat? dah lama tak tanya khabarkan. Apatah lagi dok berborak 24jam memang taK la kan. Okey budak2 rumah aku sekarang tengah kecoh dengan isu hangat pulang ke rumah almaklumlah minggu ni last class next week dah study week then final wey. Oh terlingkup aku dibuatnya. Dan aku? 

Hmp! Ni yang cek nak habaq mai neyhh..cek ghasa la kan sangat beruntung sebab last week my parents datang Parit Raja kesayangan ku ini. oh sila percaya! sebab aku pun sangat tidak percaya. Jadinya gundah gulana disebabkan sudah lama tidak menjenguk mereka depan mata telah menjadi NUETRAL sekali. Dan saya suka sangat perasaan ini. Sampai mak pesan, minggu depan tak yah balik pun tak pe. Peh heaven gilakan. Tapi aku duduk sini pun kena kais pagi makan petang jugaklah kan.

So, aku fikir aku ni nak balik mana. Nak balik kampung ke nak balik rumah seremban? Kalau aku duduk sini tanpa berkembang pesat otak dengan dunia luar mahu mati kekeringan aku kat sini. sebabnya:

1. Sabtu, 2 Jun : Ada join jadi sukarelawan mountain bike. 
2. Isnin, 4 Jun : Start study week 
3. Rabu, 6 Jun : Presentation design =.=
4. Sabtu, 9 Jun : Kak ina kahwin kat Pilah. (Macam nak pegi! sebab alya pun kata nak pegi so aku pun lagi lah exciteddd!!)
5. Khamis, 14 Jun : 1st day final exam berserta DUA paper satu hari. Oh my! (Semoga dipermudahkan ;) )

Jadi bilanya aku nak balik? Cadang macam nak balik lepas present design, tapi aku ni harus balik dulu bagi mencari keserasian tempat mana yang sangat menyumbang untuk menyerap ilmu dengan baik. Diikutkan hati memang matikan. Sebab aku suka bab2 bersenang-lenang ni. Nanti kemudian menangis. So, aku tak nak itu semua.

Jadi, lepas join sabtu ni mahu pulang ke Serembanlah kan. Naik bas pun okey sebab almaklumlah akhir2 sem ni masalah wang menjadi punca utama untuk aku bergerak ke sana sini. pui~

AKU NAK MEREPEK PANJANG LAGI NI. TAK SANGGUP SILA KLIK X PADA ATAS BELAH KANAN YE. SEKIAN TERIM KASIH. :)

Kasih sayang.
Ye mahu dibincangkan disini mengenai kasih sayang. Masing2 mahu balik disebabkan rasa tiada kasih sayang keluarga tercinta begitu juga aku tapi mak dah datang haritu so yeayy jela aku dapat ungkapkan. Bukan masing2 tapi mejoriti budak kelas dan teman2 fb. Aku, setiap minggu rasanya di parit ni jelah. Takda nya nak pergi mana2 sebab masalah utama yang aku bagi tahu kat atas tu kan. Kau kau yang lain? Kadang2 telinga ni jemu mendengar rindu kat rumah lah kan. kenapa tidak memanfaatkan orang2 sekeliling yang ada? Sebab masing2 tidak memberi manfaatkah?
Ya, aku tahu jawapannya kasih keluarga lain dari yang lain. Setiap minggu kau akan kemana-mana yang kau nak. Keluar dating jumpa pakwe jumpa scandal jumpa mak mertua jumpa suami jumpa bini siang malam pagi petang mengadap muka yang sama pastu call and call sampai you answer setiap hari tanpa henti tidak bosankah engkau(ni kepada yang belum kahwin, yang dah kahwin jangan nak terasa2 yeww..babap kang). Bila aku yang call manjang henfon semua campak laut. Memang gua salute la kat lu sebab gua bukan jenis orang macam tu. Buat itu ini tanpa ibu bapa kau tahu apa yang kau buat. At last mereka juga yang kau cari. Apa lagi yang kau nak. Mereka2 yang tulah kau boleh manfaat disaat jauh dari family.
Apa motif sebenarnya aku cakap benda ni sebenarnya? Sebab ianya hanya luahan hati perasaan agar ia kuat hari demi hari. Aku memang tak kuat tanpa apa yang aku lihat. See and realize that. Aku mohon dikuatkan hati sampai ia tiba suatu hari nanti yang tuhan sangat mahu aku rasa kegembiraan itu. Walaupun kadang2 persoalan2 bodoh kerap bermain diminda kenapa aku takda pakwe bla3 tapi aku sendiri yang akan bagi tahu jawapan tu balik. See? U see what? bila kau ada masalah dikala tiada siapa disisi kau ada Allah, di saat hati kau tiba-tiba dirundung sepi disebabkan kawan2 bergelak riang bersama pasangan masing2  kau yang kena nasihatkan diri sendiri. Takkan ada orang yang sanggup duduk kat sebelah kau hari2 tiap masa kecuali boypren gepren ko yang sekarang konon2 concern(ayat nak sedapkan hati) sebab masing-masing ada hidup dan hala tuju. Bukan hala tujunya adalah kau atau aku. Ok dah la.

Berbalik kepada minggu akhir class yang mana class banyak yang dah habis. Aku pelu menyiapkan lagi 4 tugasan iaitu 
(1) salin balik design yang aku buat rough je tu sebab esok nak compile kat farah
(2) buat intro untuk design. mesti siapkan kejap lagi
(3) individual assignment. Dah ada bahan tinggal mahu susun dan edit bagi cantik menarik kau memang de boom!!
(4) environment project aku buat part literature review and conclusion
Paling lambat untuk 3 dan 4 tu khamis malam sebab jumaat tu dah boleh hantar. yeayy! 

Ok. Saya sayang awak sebab baca karangan saya panjang2 ni.
Susah2 je..hehe..

okeeyy seperti biasa aku nak share gambar yang memang takde kaitan
Dak ex-mat fkaas batch 09/10 yg join ekpedisi gunung belumut 12 mac lepas. Kami sangat unite insyaallah. Kalau buat program semuanya nak diajak. Yang tak join next program plak.

 Muka-muka yang selamat sampai di bahagian atas Gunung Belumut, Kluang, Johor. Tu tu saya di tengah pegang banner tu..hihi..actually puncak yang tidak sampai 15 minit dari sini telah berjaya ditawan oleh hero2 sahaja. Tapi gua puas walaupun lagi sikit je lagi nak sampai puncak sebab 1st time woo gua panjat gunung tercabut semua skru2!


Saturday, May 26, 2012

Malam itu kami err err :P

 Library UTHM
Boleh duduk terperap sampai pagi kat bilik 24jam.

 I believe i can't fly
Tak boleh terbang pun sebab budak2 aeronautik godek2 belajo maintenance.

Sandarkan pada kenangan by azi as my model
 tengok betul2 azi tengah baring tuh..kui3~

 Budak bola UTHM
Skodeng mereka belatih. ehemm!! :D
Padang bola UTHM lagi =.="
cantikkan? hmmp! (sambil angguk)

Dewan serbaguna UTHM
budak bajet comel. aku pun nak interprem jugak.hakhak..


note:belas ihsan kamera alya :P

Friday, May 25, 2012

3 pilihan yang tiada jawapan


Post ini sangat bosan so takyah baca.

3 pilihan untuk hari esok

1. Pulang ke rumah
2. Stay rumah sewa
3. Berprogram

Turut mengambil kira 3 perkara penting
1. Duit
2. Kegembiraan
3. Belajar

Jika pulang kerumah. Saya bakal menumpang teman. Saya boleh minta kepada teman agar saya tidak menghulurkan wang kerana saya ketidakcukupan wang buat masa sekarang. Jika pulang kerumah ia turut meningkatkan hormon kegembiraan kerana akan berjumpa dengan ahli keluarga disebabkan sudah lama tidak melihat muka-muka orang tersayang. Juga akan bersama teman lain untuk ke kenduri kahwin. Mungkin juga saya akan belajar atau menyiapkan kerja seperti projek design, projek m&e dan juga individual assignment environment. Tetapi tidak boleh berharap sangat kerana rumah dan waktu cuti itu akan bergabung membuatkan diri tidak mahu membuat apa-apa sekadar berehat di rumah.

Jika saya stay dirumah sewa penggunaan wang adalah kerap selain untuk makan dan minum ia juga menyumbang kepada wang ke tangki minyak kereta. Tahap kegembiraan juga akan menurun sedikit demi sedikit kerana teman-teman serumah akan keluar rumah seorang demi seorang dengan kerap untuk menyempurnakan aktiviti masa cuti. Maka saya akan berasa sangat bosan dan kerja-kerja universiti pun bakal ditinggalkan kerana saya akan penuhkan dengan tidur.

Jika saya berprogram duit sama sekali tidak akan berusik kerana ianya free termasuk makan dan minum. Tahap kegembiraan tidak boleh dijanjikan kerana tidak tahu kerenah manusia disana jika matlamat saya ke sana untuk meningkatkan tahap kegembiraan. Juga akan bergembira kerana akan ke pantai. Malangnya tiada perasaan teruja untuk berprogram pada hujung minggu ini. Kerja-kerja universiti tidak langsung akan diusik langsung akibat berprogram daripada jumaat sehingga ahad.
North tower, Akademia 1, Akademia 2, Akademia 3
(bangunan fakulti)

Thursday, May 24, 2012

Poyo!!

Poyo.

Ye, poyolah yang aku nak cerita ni. Carian gue dalam internet maksudnya lebih kurang begini iaitu seperti 'tunjuk pandai' atau 'menunjuk-nunjuk' atau 'melebih-lebih' atau 'terlebih semangat' 

Bagi aku poyo ni ada dua jenis. Satu poyo yang relex2 je, satu lagi poyo terlebih. Poyo relex2 ni ibarat kau poyo pun orang tak kisah mana. Mungkin kau sekadar mahu bergurau. Poyo terlebih ni ibarat orang tangok pun menyampah. Bukan menyampah je, sampai rasa nak muntah pun ada.

Okeyh aku lah tu sekarang orang yang rasa nak muntah tu. Hahaha. Aku tak kisah kau nak poyo, tapi tak payah lebih2 sangat nanti berbekas menyampah kat hati orang dah tak best lah kan. Kau, kenapa makin nak exam ni kau duga aku dengan kesabaran yang amat tinggi? Kau tahu aku bukan tahap kesabarannya ibarat para ulama' ke nabi ke kan.

Dan poyo yang aku nak nak kaitkan lebih kepada riak atau kata lain bangga diri. Mahukah engkau dicop begitu. Aku pun tak nak. Dan aku pun mengaku kadang-kadang aku pun poyo. And hopefully takdelah sampai yang terlebih-lebih. Siapa nak orang menyampah kat dia. Siapa2 pun tak nak kan. Maka, haruslah kau berdiam diri dari mengeluarkan perkataan2 yang menyakitkan hati.


Banyak diam tidak semestinya bodoh,
Banyak cakap tidak semestinya cerdik,
Kerana kecerdikkan itu buah fikiran,
Orang yang cerdik yang pendiamlah lebih baik,
Dari orang bodoh yang banyak cakap.

Menasihatkan orang yang bersalah, tidak salah.
Yang salah adalah apabila memikirkan kesalahan orang lain.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam.
Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara2 yang baik.
Bicara yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.
copy paste from here

Hadis Rasulullah: "Barangsiapa yang banyak perkataannya, maka banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, maka banyaklah dosanya, dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka adalah utama baginya."
Aku nak poyo yang aku hari tu pergi Water Treatment kat SAJ Sri Gading, Batu Pahat. Did you know what is this process?? Let me tell u this is a flocculation and coagulation process. Yang nampak macam taik tu adalah segala kekotoran yang ada dalam air yang naik ke permukaan air selepas bertindak balas dengan soda. Kamu2 tahu tak betapa panjang dan susahnya proses ni disamping perlukan maintenance yang kerap. Jadi hargailah sungai  kita sebab air ni terus diambil dari Empangan Bekok. Kalau dah tercemar empangan ni takdelah air bersih jadilah kita saperti Singapura yang recycle balik air yang dah diguna tiap hari kasi bersih masuk balik kat paip. So sad kan? Nak ke? tak nakkan? Yang ni nanti aku sambung cerita bila aku rajin nak tulis nanti yeww.

Okeylah, sekian, assalamualaikum!

pssst: sumber inspirasi takdelah kat library tadi. tak semangat nak study (sempat lagi!)

Wednesday, May 23, 2012

Mari mencipta kenangan yang indah :)

Assalamualaikum.

Segalanya akan jadi kenangan.
Yang indah yang tak.
Kita sama-sama akan ada kenangan.
Jadi haruskah kau cipta kenangan yang tak indah?
Dikala kau pun sedar apa yang kau buat.
Aku mungkin dah penat kot nak cakap benda banyak kali
Walaupun manusia harus diingatkan selalu.
Terukkan aku?
Maaflah.

blajo mechanical and electrical system sambil makan coklat boboi boy! yeay!


Kau yang dari semalam. Memang nak kenakan.
Pegi lah usha azi ke. Dia kan lawa.
Kang ada yang kena sekeh kang.
Aku nak study pun tak senanglah.
Nasib baik handsome =.=

Tuesday, May 22, 2012

Dress, dress and dress. :)

Assalamualaikum. :D

Hai2 semua. Today i want to share something about innovation. Actually, takdelah inovasi nauu tapi aku nak tunjuk betapa inovasinya manusia zaman sekarang ni. Tetapi awas! ini hanyalah kepada manusia yang reti dan berminat dalam detail jahitan. Kalau takde ciri-ciri yang aku sebut tu sila blah. Hahaha~

Haritu kami ada dinner fakulti. Then not sure nak pakai apa lah kan. Almaklumlah dinner tu bukan hari-hari, setahun sekali je dapat merasa. Ada rezeki dapatlah pergi. Takde rezeki pergi duduklah kat rumah diam-diam.

Dan dinner pun telah berlalu. Dibawah ini aku nak tunjuk salah satu design baju yang aku berminat.

Yang kaler biru ni aku suka design atas bahu dia ada lace! dan aku memang peminat lace sangat2.(Walaupun takde baju lace disebabkan takde design yang sesuai dan berminat untuk dipakai. Korang tahu jelah baju-baju zaman sekarang kebanyakannya tidak menepati kehendak hati.eceh!) Kemasan kat pinggang dia pun aku berminat sebab dia kembang2 gitu. Dah berangan sangatlah nak buat design macam ni tapi buat ala-ala dress kasi labuh sikit sampai bawah. Kalau nak godek tengok apa diorang jual tengok kat sini.

Lepas tu tadi aku ada godek-godeklah blog orang jual baju kat sini. Dah namanya perempuan memang sukakan tengok bende lawo-lawo. Pastu aku jumpa ni!
Baju ni kalau korang perasan design dia sama dengan baju kat atas tadi. Serius sama. Tak tipu. Kalau korang tak nampak, memang kat atas tadi aku dah warning awal-walkan. So, jangan salahkan aku ye. Haha.

Nampak tak betapa inovasinya mereka membuat baju. Daripada baju yang fit to the body kepada muslimah fashion. Longgar, labuh dan menutup aurat. Hoho dan aku sangat berminat tapi sangat sedih sebab harga die rm70 T_T. Nampak gayanya kena buat sendirilah. Tah bila-bila la kan.


Disebabkan impian tidak direalisasikan untuk memakai design macam kat atas tu so i choose the other design yang memang aku impikan dah lama dulu.Yelah berangan nak pakai baju yang macam princess tu. So aku pun design lah baju dinner sendiri macam kat bawah ni. Lawakan! bukan nak puji diri sendiri. Kalau orang lain buat baju macam ni pun i will admire her design. eceh! sangat menepati kehendak hati. Hahahaha.. 


 Ni dinner fakulti hari tu. "MALAM GALA FKAAS"
From left adah, me, fifi, ecah, mida, azi and anis! :D
Semua ni dak ex-matrix fkaas batch 2009/2010
Aku sangat tidak menepati kehendak tema iaitu merah, hitam putih. Biaq pi la aku nak pakai apa pun kan. Ko ingat aku pakai duit korang ke? hahaha..

Ok bye! take care! love you! :)
Assalamualaikum!