Ask me now!!

JOM TANYA-TANYA SAYA! SANGAT SEDIA UNTUK MEMBANTU :)
Nama/Name
Phone No
Email anda/your email
Pekerjaan/Occupation
Dimana kamu tinggal/Where Do You Live Kuala Lumpur
Selangor
Perlis, Kedah, Penang, Perak
Pahang, Terengganu, Kelantan
Sabah, Sarawak
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Sudah mendaftar jadi ahli dalam masa 2 tahun lepas/Have you registered as Herbalife member in the past 2 years? Yes
No
Mana yang kamu berminat/Are you interested in any of below? Turunkan berat/Lose weight
Tambah berat/Gain weight
Tingkatkan kesihatan/Improve health
Tingkatkan tenaga/Improve energy
Perbaiki masalah kulit/Improve skin
Cari pendapatan lebih/Earn extra income
Apa2 tambahan soalan atau info yang saya boleh bantu/Extra information that can help me to guide you.

Click here to create your own form.

Monday, January 30, 2012

Solat anda bagaimana pula??

Assalamualaikum dan selamat petang. Salam ukhwah salam 1 Malaysia..hihi..

Hari ni nak share sikit video yang tajuknya "Sempurnakah Solatku?" yang disampaikan oleh Dr Zaharuddin Abd Rahman. Video ni asalnya daripada rancangan Tanyalah Ustaz kat tv9 yang pagi-pagi tu.


Kenapa saya suggest video ni? sebab kan solat tu kewajipan. Kalau dah wajib mesti lah buat betul2 kan. Takkan nak main solat pumpangpumpang haa boleh jadi tak sah solat kita nanti. Sedikit yang mungkin dapat membantu kita memperbetulkan solat kita. Kita ni nak diajak pergi dengar ceramah kat masjid pun tak nak apetah lagi kalau suruh baca buku kan. So sekarang zaman moden serba maju kita boleh tengok kat internet je. Hye2 awak2 sekalian selamat bermanfaat ye apa yang kita layari kat internet tu. Okeyh malas nak taip panjang kita tengok video ni. cekidoutt~


(Aku tak tahu la dah kenapa tak boleh nak appear video ni even dah masukkan link. Tak pelah korang klik jela kat link atas tu eh)

Kalau nak tengok lagi banyak mana-mana yang tertinggal tu ada kat web tonton ni ye. Kalau nak tengok fb ustaz ni pun klik je kat sini. Kat sini pun ada lagi tapi yang ni web dia sendiri. Woah! semua kau tahu adibah kau admire ustaz ni ke apa? hoho kalau korang dah bukak link2 yang saya bagi tu mesti korang boleh dapat banyak input yang sangat2 berguna. Majulah dunia bersama islam!! oyeaahh~~ :'D

Nota kaki: Perkataan 'saya' itu sangat berkaitan dengan entri yang berbudi bahasa budaya kita. Manakala perkataan 'aku' itu sangat berkaitan dengan entriw yang ceritew nak gebang jew.hew hew~ (aduh terbelit lidak mak!)

Apa khabar jodohku? Sihat?

Entry yang simple. Tak payah aku nak taip panjang2 kan sebab copy paste je sape yang tak suka. keh3. Kredit to akuislam.com link beliau ada kat bawah tu ye. Hehe. Sungguh bermakna taw wahai jodohku. semoga kita cepat ketemu.





Apa khabar jodohku? Sihatkah? Berat rasanya kelopak mataku tertutup. Bagaimana dengan kamu? Apa kamu selalu terbangun disepertiga malam terakhir? Dan apakah mulutmu terasa menerus-nerus berzikir dimalam hari?

Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi sayang. Kadang – kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?
Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadapNya?

Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.

Jodohku sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu, Hatimu tidak terluka kan? senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita, Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan mendekatlah diri kepada-Nya. Tetapdisini aku berharap kamu baik-baik saja..

Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat – nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku…
Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Quran mu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari sayang? semakin baikkah?
Aku berharap seperti itu, Jodohku..
disetiap langkahku dan seusai solatku..
ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya..
Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..
Jangan sampai kau tersalah jalan sayang..

Jodohku..
nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas

Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah. Sayang… berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu.. Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak – anak kelak Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu..

Jodohku..
kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…
Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar. Amin…

Jodohku..
Tak terasa penatku menaip pada keyboard ini, memang benar ini adalah tanda kerinduanku kepadamu,
Ingatlah sayang..
aku selalu ada untukmu..
Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi..

Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.
Salam hormatku dan sayangku untukmu….


kredit: http://akuislam.com/blog/renungan/apa-khabar-jodohku/#ixzz1kqpM7Cj1

Saturday, January 28, 2012

mencuci tangan



bila hati terusik
sedarkah kau akan bicara ini
baru mencuci tangan yang kotor
kau kotori dengan lecak2 di tanah
kadang hati itu mampu
kadang hati itu tak mampu
sudah2lah bermain dengan angry bird
kelak ia menjadi sukaan yang sukar ditinggalkan
sanggup kau cemari hati yang sudah suci?
kalau kau sanggup bermakna kau memang tidak pasti
tidak pasti dengan arah tujuan hidup
kerna hidup ini ibarat kau meniup seruling
jika kau tidak pandai maka sumbang bunyinya
aku senantiasa memujuk diri
menyokong diri sendiri agar berjaya
berjaya dari cerita hati yang tidak pernah habis
pernahkah ungkapan bait2 yang enak itu menerjah awan?
tidak pernah bukan?
tidak pernah ku dengar seperti angin yang membuai lembut 
maka aku rajin2 mencuci tangan.

Friday, January 27, 2012

Redha itu .


Aku tahu rezeki aku masa final hari itu kurang sikit.
sebab belajar last minit tak memberi kesan sangat untuk menyerap benda yang banyak.
apa yang dibelajar pun tak dapat serap dengan baik. 
macam mana nak bantu umat manusia kalau macam ni?
so masa jawab final hari tu memang aku sedar rezeki aku bukan masa jawab final hari tu.
sebab tu aku hari2 doa sangat2 supaya aku redha dengan apa yang aku dapat.
walaupun sudah memberi sehabis baik.
aku pun tak meletak harapan setinggi gunung sebab macam sem2 lepas diri sendiri yang kecewa.
kecewa dan terus kecewa dengan pencapaian diri.
bukan melihat result tapi pencapaian diri terhadap pelajaran dengan mengguna wang rakyat.
lagi2 masa matrikulasi memang semua wang rakyat kau rembat habis.
free lah katakan.
belajar ni bukan hanya duduk sedap semata kalau otak tu bukan tahap IQ genius.
sebab tulah orang kata istiqamah tu penting, bila kau sedap sekejap kau leka.
tulah orang dah bagi study week dibuatnya macam dah holiday.
phewww~


"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti  yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)." (Al-Baqarah: 214)

Sunday, January 22, 2012

Apabila emosi melebihi segala-galanya


Pernah alami? mesti pernahkan? ermm..harini bila hari aku dimulakan dengan emosi terlebih-lebih sampai ke malam terus takde mood. Kenapa letakkan emosi melebihi segala-galanya? aku tahu kau boleh lupakan perkara yang tak penting tu dan kau boleh teruskan hidup dengan happy nye..oh indahnya dunia jika kau tak letakkan emosi melebihi segala-galanya. Ni bila dah malam baru menyesal kenapa aku macam tu. Lepas ni pesan pada diri, bila tak dapat sesuatu tak payah nank emosi sangat. Ingat mesti ada hikmah. Bila kau dah fikir positif semua akan berjalan dengan lancar. Mesti ada yang lebih baik yang kau akan dapat.

Tapi, aku sedih sangat kau tahu? kau tahu bila perasaan sedih tu melingkari diri? (eceh ayat!) dan terbitlah emosi terlebih padahal benda tu bukan apa sangatkan. Yang kau nak take serious sangat apa pasal? lempang nak? tak nak! taapi suka hati aku la aku nak emosi ke apa kan. Nak mengadu domba bagai kat sini kan. Janji aku lepas. Bukan aku pergi maki hamun orang ke apa kan. Lepas ni okey lah. Biasalah tu kan bila perasaan tak lepas kat sini aku bagi lepas. Bukan ada orang nak baca aku melalak terlolong kat sini ke apa kan.

Lagi lagi lagi? lagi aku tak boleh terima sebab benda tu susah nak dapat kau tahu? yang fresh2 yang baru diangkat dari kuali dengan rasa yang rangup kat dalam mulut. Kau boleh terima tak bila kau dah nampak benda tu depan mata kau pastu kau pergi gosok gigi cuci muka bagai nak merasa benda yang sedap tu tapi dah habis! kau tahu tak macam mana perasaan tu? Ibarat kau dah nak amik baju yang kau nak beli sebab kau minat gila tiba-tiba ada manusia ambil dan terus bayar. Tak ke sedih macam tu. Yang buat aku sedih sangat sebab benda tu serious susah nak dapat. Ada hari ahad jer. Itu pun kalau kau balik kampung hari ahad lah kan. Kalau kau tak balik mana nak dapat? Itu pun nasib-nasiblah kalau ada rezeki orang tu meniaga adalah kalau tak ada kempunan lagi. Selama aku duduk Seremban tak pernah lagi aku jumpa kat pasar tani atau pasar ampangan tu. Kat PRaja pun aku tak pernah jumpa yang fresh. Hari tu azi dok makan  kat library pun sampai hati tak pelawa aku makan. Nasib baik tak fresh. Kalau tak confirm sangat  kempunan.Ya, memang hari ni sangat kempunan. Dah berapa lama dah aku tak makan benda alah tu. Dah la.

Nasihat hari ini:
'janganlah melihat kpd pemasalahan sahaja..lihat lah pada penyelesaiannya juga'
Tu lah kau nak emosi terlebih. Kau fikir lah sikit orang kat Somalia tu kekurangan makanan. Kau tu dah ada makanan depan mata pun tak reti nak bersyukur. Kesimipulannya jangan ingat semua yang kita nak semua kita boleh dapat. Macam dapat result exam nanti walaupun ada result yang kau dah tahu kau kena lah bersyukur. Walaupun kau bukan dalam kalangan orang yang pandai-pandai otak genius macam budak rumah kau tu kau kena yakin Allah tu dah sediakan rezeki masing2. Bukan kau tak usaha. Mesti ada part kau suatu hari nanti yang lagi kau akan tahu betapa besarnya hikmahnya suatu hari nanti. Kan?
Insyaallah semoga aku sentiasa jadi hambanya yang bersyukur dan bersabar. Ingatlah semua yang berlaku tu hanya sekali. Jadi hayatilah semua perkara yang berlaku dengan baik, penuh rasa syukur dan penuh dengan kegembiraan.

(pssstt anak kedua memang macam ni ke? ke aku je yang macam ni? err..)












Nak tahu ke ape kebenda yang aku kempunan sangat nak makan tu?

nah kau ambil kuih deram yang baru keluar dari kuali ni!! T.T huwaaaaa!!!

ekekeke..mengado!

Monday, January 16, 2012

Apa itu yang dikatakan Structural Concrete Design I?

Apa itu yang dikatakan? Apa itu yang dikatakan? Apa itu yang dikatakan? haha..it's my last paper..
one paper to go adibah! don't give up, never be give up..Allah always with you~ remember, i always with you too..lalalala~

to my favourite subject Structural Concrete Design I! jangan curang ngan I taw! esok kita ketemu bersama-sama menjalin kasih sayang dalam dewan exam ye :)  (suke lah sangat..nampak na menipu..) 

Lee Min Ho ajak saya study same malam ney (blushing2~)..oh Lee Min Ho..rasa cam nak pengsan je! ;P


Dah2!!! sempat lagi nak update blog bagai eh ko! jom study!!! :D

ermm~

Disaat aku harus melengkapi diri untuk menghabiskan 2 paper terakhir kenapa perasaan yang begitu rumit itu seharusnya datang menerjah membuatkan aku rasa bersendirian itu adalah ubat terbaik..

muhasabah~

ganbate kudasai adibah..remember, i always love u~