Ask me now!!

JOM TANYA-TANYA SAYA! SANGAT SEDIA UNTUK MEMBANTU :)
Nama/Name
Phone No
Email anda/your email
Pekerjaan/Occupation
Dimana kamu tinggal/Where Do You Live Kuala Lumpur
Selangor
Perlis, Kedah, Penang, Perak
Pahang, Terengganu, Kelantan
Sabah, Sarawak
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Sudah mendaftar jadi ahli dalam masa 2 tahun lepas/Have you registered as Herbalife member in the past 2 years? Yes
No
Mana yang kamu berminat/Are you interested in any of below? Turunkan berat/Lose weight
Tambah berat/Gain weight
Tingkatkan kesihatan/Improve health
Tingkatkan tenaga/Improve energy
Perbaiki masalah kulit/Improve skin
Cari pendapatan lebih/Earn extra income
Apa2 tambahan soalan atau info yang saya boleh bantu/Extra information that can help me to guide you.

Click here to create your own form.

Wednesday, December 26, 2012

Aku tak macam dia

Adibah,
Please admit it it's your fault oke?
Ok, memang dah admit n tak nak buat lagiiiii
huwaaa T_T


p/s: apa pun terjadi kalau ada orang susahkan kita, kita terimalah dan fikir itu hanyalah salah satu ujian yang Allah tu nak bagi kat kita. Nak tengok sejauh mana tahap kebergantungan kita kepada dia. Kalau kita layan orang lain buruk, esok lusa jangan terkejut kalau ada orang lain layan anak kita, atau family kita yang lain lagi teruk dari tu.

p/s: yang lepas tu dah tak boleh nak buat apa. Jadikan yang akan datang lagi bagus daripada yang sebelum ini. Buktikan yang orang anggap kita tak bagus tu, kita boleh puaskan hati dia dan buat yang terbaik. Tak yah nak takut2 sangat. Sesungguhnya, adakah persediaan menempuh sebuah kematian itu sudah cukup bagus?

Thursday, December 20, 2012

Bersabarlah wahai hati

Kadang-kadang rasa hidup ni macam tak adil.
Bukan hidup. tapi manusia2 yang ada dalam hidup ni.
Tak semua yang macam tu.
 Tapi bila menjelma sorang dua susah nak ingatkan diri sendiri rupanya ada orang yang macam ni.
Pentingkan diri sendiri.
Kalau nak berjaya tu biar sorang2.
Tak kisah la dengan orang lain.
Dia nak gagal ke, dia nak kena marah ke janji diri sendiri berjaya.
Bila ada yang macam ni aku rasa macam nak doa yang tak baik je.
Tapi tak baikkan macam tu.
Siapalah kita nak tentukan arah hidup orang.
Tapi serius semalam memang rasa macam.
JANGAN INGAT ORANG LAIN TAK BOLEH BERJAYA LEBIH DARI KAU.
REZEKI SEMUA ALLAH DAH TENTUKAN.
SEMUA ORANG LAIN2 DAN ADA PART MASING2.
Kadang2 aku rasa esok lusa jangan nak jelous orang tu lagi berjaya dari ko.
Sepatutnya hidup manusia ni kena saling membantu.
Tapi bila ada yang seketul dua ketul ni kadang-kadang jadi macam nak sekeh orang tu kuat2 boleh tak??
-______________________-

p/s: Bersyukurlah dengan apa yang Allah dah bagi sekarang. Bukan mengira-ngira rezeki kita esok lusa akan hilang. Sebab yang pegang rezeki kita tu hanya Allah je. Jangan jadi sampai kufur nikmat takut esok lusa dia tarik jangan menyesal. Kepada Allah kita mengadu dan minta pertolongan. Jika kita mintak insyaallah dia akan makbulkan. Jika dia tak makbulkan maksudnya apa yang kita mintak tu memang tak sesuai atau tak patut kita dapat sebab mungkin boleh memudaratkan diri atau esok lusa kita akan berbuat yang tidak baik.

p/s: Memang minggu2 terakhir ni minggu yang menguji kekuatan mental. Bersabarlah wahai hati.

Sunday, December 16, 2012

KENAPA HARUS MEMBANGKITKAN PERKARA YANG SENSITIF
ITU?????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????
?????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????
?????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????
?????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????



T_T

Wednesday, December 12, 2012

Sebenarnya


Banyak gila kerja yang kena submit


Tapi kenapa macam banyak berangan dari buat kerja?


Adibahhhhhhh!!!!


Wake up!!!!



Kadang-kadang tak faham dengan diri sendiri T_T

Saturday, December 8, 2012

Ina kata tawarnyaaa teh dia.

Assalamualaikum and hi2!!
(mood semangat ni)

Today i just started my day with consume tea mix herbalife!
Sebelum ni, minum dia punya shake je.
Tapi sekarang untuk gain energy and more energy. Haha.
Sebabnya aku ni jenis cepat mengantuk, cepat letih.
Bila dah letih memang rasa nak ke katil jela jawabnya.
Sekarangkan tengah busy kan.
Dah nak habis sem, lagi2 final year student.
Memang busy lah kan (padahal tak busy mana pun)
Just nak share kesan minum tea mix pagi tadi :)
Harini tak ngantuk lagi dan paling best belakang aku TAK SAKIT LANGSUNG bila duduk lama2.
Alhamdulillah :)
Yelah kat rumah sewa ni kalau buat kerja memang atas meja, tapi atas meja jepun je. 
Then duduk kat bawah. 
Aku memang jenis tak tahan kalau duduk lama2 nanti mesti sakit belakang.
Memang serius tak tahan.
Dah macam orang tua T_T

Actually, aku sekarang di serang sakit tekak, batuk, selesema sikit plus demam sikit.
Sampai sekarang ni memang dah takde suara.
Pagi tadi bangun rasa macam dah tak tahan sangat dengan tekak.
Sedih.
Tapi nak buat macam mana kan.
Semua ni bersebab. Mesti kena redha.
Sakit mati lagi tak tertanggung kan?

Yang pasal sakit ni takde kaitan ye dengan herbalife. Hehe.
Semoga saya cepat sembuh. Amin!
Bye! :D


Psstt: Tadi saja suruh ina rasa tea mix ni. Memang tak rasa apa pun.
Rasa macam air teh o' yang tak letak gula. Gula tu kan tak berapa bagus. hehe.

Wednesday, December 5, 2012

Tuesday, December 4, 2012

oh i love u!



erghh!




-.-



;'(



bila aku boleh ucapkan ucapan ini?? 
HAHA.

Monday, November 19, 2012

Kesian jugak

Kadang-kadang tak faham dengan manusia yang lari dari tanggungjawab.
Macam ko ceraikan bini ko tapi ko tak bagi nafkah.
Macam ko nak berhenti kerja tapi ko tak bagi surat letak jawatan.
Bila aku tengok post2 ko kat wall fb tu kadang2 aku rasa kesian.
Kadang2 aku rasa sebab ko dah berperangai macam ni so worth it ko dapat balik.
Tiada siapa nak doa buruk2 pasal ko.
Kalau ko rasa ko betul, ko boleh respond kat orang2 yang sedia mendengar antara mereka.
Janganlah pergi dekat orang yang suka sindir2 ko tu.
Semua orang lain-lain. 
Tak semesti A,B,C,D,E,F,G ni sama kelas dengan Z yang pernah cakap kau sekian2 A,B,C,D,E,F,G akan berpihak pada Z jikalau yang sebenarnya kau yang betul.
Semua orang bagi aku nampak, siapa yang ada salah dan silap.
Sebab manusia tu tak sempurna.
Jadi marilah kita berusaha membetulkan kesilapan2 kita.
Bukan membiarkan kesilapan tersebut tanpa sedikit pun bermuhasabah.
Aku banyaknya kesian. Tu je yang aku boleh cakap.
Siap aku tolong mintak maaf bagi pihak.
Tapi ko sama je.
Just nak cakap, kalau ko rasa tu adalah pilihan ko, so ko kena buktikan pilihan ko tu tepat.
Bukan terkapai2 ku kelemasan.

Saturday, November 17, 2012

Aku sanggup

Wat masa ni apa yang aku boleh cakap aku sanggup buat apa sahaja untuk awak2 saya 
yang rasa terbeban dengan perkara itu.

Maaf seribu kali jika ia tidak dapat lagi memuaskan hati.

Terima kasih awak2 saya.

Wednesday, November 14, 2012

Hidup manusia macam-macam

Oh, susahnya bekerja dengan orang yang tak tahu apa tugas dia sebenarnya.
Kalau semua minta disuap tak tersuap mulut 2 juta rakyat malaysia.

Tarikh bukan baru bagi semalam.
Sejuta tahun yang lepas dah bagi tahu.

Oh manusia.

Oh Allah,
Berikanlah aku kesabaran yang tinggi, setinggi Gunung Everest.
Mampukanlah aku untuk menyelesaikan semua perkara dengan baik.

Kesimpulan,
Kalau setakat nak pangkat pada nama,
Baik pergi mati,
Sebab kalau dah mati tak menyusahkan orang betul tak?

Maaf dengan hiperbola yang terlampau-lampau.

Sunday, November 11, 2012

Kawan-kawan merasa nikmatnya bercinta. 
Ewah-ewah..jealous saya taw!
HAHA
Bye!

Thursday, November 8, 2012

Saya gembira saya dah sehat.

Assalamualaikum,
Syukur kita kepada Allah kerana dengan izinNya saya masih boleh tulis post ini.
Dan awak2 semua boleh baca post saya ini.
Saya nak cakap yang saya sebenarnya dah sihat! Alhamdulillah!

Lepas tu, saya dah boleh terima semua dengan baik insyaallah.
Kadang2 memang susah nak terima kenyataan dan keadaan.
Lagi2 bila kita masih baru dengan keadaan itu.
Tapi sekali Allah dah tunjukkan kat kita,
Kita akan nampak dah jalan penyelesaiannya.
Yang penting jangan jangan kurang berdoa.
Mintak sungguh2.
Kalau kita tak mintak memang tiada orang yang nak bagi kan?
Kalau kita tak bersungguh, orang pun tak yakin dengan kita kan?

Kepada semua, semoga sihat2 jaga diri ye.
Masa akan berlalu dengan jayanya.
Terpulang untuk kita menjayakan masa tersebut ataupun tidak.
Apa yang kita buat hari ini, bakal juga menunjukkan kita untuk akan datang.
Sesungguhnya aku tak kecewa akan kesihatan yang kurang baik tak lama dulu.
Sebab Allah nak tunjuk yang terbaik untuk kita. Yeay!

Manusia pelik.

Kadang-kadang manusia ni pelik
Sukar nak difahami
Jadi tugas kita untuk faham orang sekeliling kita
Ada sebab kenapa macam tu
Tapi kalau kita ni mudahkan orang
Mesti orang lain mudahkan kita kan?
Bukan orang yang sama sahaja, kemungkinan orang lainlah.

So, aku nak cakap nanti dayah ajak aku jadi partner dia lawan kayak. Yeay!

Ok bye! (Takde kaitan langsung. Ekekeke)

Monday, November 5, 2012

7


Hi!
Hari tu saja borak2 dengan seorang kawan ni.
Bila dia cerita aku nampak dah apa yang sebenarnya.
Tapi aku tak nak cerita lagi sekarang ni.
Sebab macam sedih.
Nak cerita dalam cerita yang happy.
Tak nak lah sedih2 kan? hehe.
Tapi tak tahulah nak cerita ke tidak.
Tengok la nanti macam mana.
Bye!

Thursday, November 1, 2012

Hati tertanya-tanya


Kepada awak,

Andai awak  terbaca ini saya hanya mahu bertanya persoalan yang terbuku dihati.
Saya tahu tak elok fikir negatif. Tapi saya tak tahu keadaan yang sebenar yang bagaimana.
Jadinya saya hanya mengambil jalan wait and see.
Sebab cara awak kenapa macam tak excited eh?
Dalam erti kata lain ibarat ajak2 ayam.
Awak tahukan saya ni jenis excited je memanjang. Jika excited ini saya samakan seperti batu, lalu excited saya kadang2 tidak mendapat jawapan dan berbunyi seperti cengkerik pada malam hari, dan batu tadi pula timpakan ia oleh air yang deras, lalu ia akan terhakis dan semakin lama semakin haus dan semakin kecil. Seperti itu jugalah hati saya menjadi seperti batu itu. Semakin haus dan kecil. Adakah ia baik untuk kesihatan? tidak baikkan. Jadi ia menjadi letih untuk menghadapi situasi yang seterusnya.
Lalu saya membuat dua jawapan untuk dua keadaan yang berkemungkinan berlaku.
Sebab sekarang semakin saya rasai keletihan itu.
Ya, saya memang dapat rasakan. Sebab ia seperti contoh satu saat awak sangat baik dengan saya kemudian satu saat kemudian awak terus lempang saya.
Sangat ketarakan? sebab saya hidup dengan awak bukan baru semalam.
Andai saya berbuat salah, saya mintak maaf, jadi saya minta jasa baik awak tegurlah kesalahan saya kerana kesalahan itu boleh diperbaiki kepada yang lebih baik.
Sekian,

Saya.

(Surat diatas tidak melibatkan sesiapa yang hidup mahupun yang mati. Ia cuma komunikasi dalaman. Saya merujuk kepada hati yang suci, awak hati yang telah dicemari)

Ecewahh!! macam poyokan???HAHA~

Samsung Galaxy S3

Ada kawan aku ni nak jual samsung s3 dia harga rm1500 je.
Tapi takde info lebih pasal handphone tu. Tapi kalau nak leh roger aku nanti aku cakapkan.
Ok tu je. Bye.


Ada la berangan nak beli sebab sony kesayangan dah menunjukkan ciri2 mahu mati cepat. Aih. Tunggu la aku habis belajar baru rosak ye sayang. Nak cekau mana rm1500 tiba2 kan.

Pewwiiittt~~! Awekkk!


:: Bila hati aku berbelah bahagi =.=" ::

:: Aku serius aku tak boleh tengok muka kau. Rindu! ergh! Kenapa tiba2 kau menjelma? Aku benci kau T_T ::

:: Dua hari berturut2 makan fast food pastu aku consumed trial herbalife memang terbaik buek abih bogheh ::

:: Esok adalah hari terakhir full aku di seremban ::

:: Baju kurung siap tanpa kainnya tidak dijahit ::

:: Sandwich mak bilo nak direalisasikan? ::

:: Aku tidak mampu kalau nak bagi sorang satu bunga. Tahu tak nanti bunga tu layu? HAHA ::

:: Ramai kawan class dah balik u. Korang ni tak reti nak cuti ke? HAHA ::

:: Next week minggu ke 9 T_T ::

:: Chapter 1 psm tidak berusik langsung di minggu ke-8. Memang nak kena pelempang jepun baru sedor agak eh ::

:: Masih tersangkut dalam kiraan cut & fill IDP padahal malas telah menguasai. Sila gandakan kuasa lempangan ::

:: SV psm sangat baik dan cool. Dia cool aku lagi sodap cool =.=" ::

:: Aku tengah terliur kek brownies kukus cheese, tapi aku ON DIET T_T ::

:: Aku bukan diet untuk lagi kurus. Aku diet untuk dapat berat ideal dan sihat walafiat hendaknya ::

:: Aku telah berjaya pakai shawl macam ni. Nak tengok? cepat2 scroll ke bawah!! oke2 kita countdownlah ::


10 !


9 !


8 !


7 !


6 !


5 !


4 !


3 !


2 !


1 !


:D


Maka berkumandanglah lagu Bunga Citra Lestari feat Ari Lasso - Aku dan Dirimu
" Duhai cintaku, sayangku, lepaskanlah,
Perasaanmu, rindumu, seluruh cintamu..lalalala"

Sorry la kalau nak muntah tengok orang ni geli2 je upload gambo sendirik. hikhik. 
Alamak kenapa macam senget sikit? Tidak mengapa baru 1st time kan :P 
Bila mood gedik sudah sampai


DUA AMARAN: Kalau kau lelaki kau tunjuk kat aku kau boleh survive sendiri bukan tergedik-gedik tergedik-gedik macam perempuan, kalau asyik nak bergantung kat orang esok lusa anak bini kau nak bergantung kat siapa pulak? Kau dah lah lelaki. Cuba jadi hero sikit macam bapak aku. Hihi.

Aku tak kisah kau datang cari aku bila kau susah dan tak datang cari aku bila kau dah senang sebab aku nak semua kawan2 aku bahagia bila aku dapat tolong mudahkan mana yang aku mamapu. Tapi bila kau kemain happy, pandang aku pun guna sipi mata, lepas tu bila susah datang balik cari aku, aku tolong jugak sebab tak  sanggup tengok kau susah, jadi aku serah kat Allah suruh dia sattle kau baik2. Ingat tu.

Tuesday, October 30, 2012

Nanti aku dah kahwin aku bahagia aku gemuk ke? =.~


Lambatnya tidur harini. 
Padahal siang tak tidur.
Tak juga bangun lewat. Syabas! haha.

Tadi godek2 gambar2 kat fb. Bila dah tahun 4 ni baru nampak banyaknya kenangan yang aku lalu sana sini.
Pahit manis. Kenangan tetap dalam ingatan :') Sayu pulak tiba-tibakan.

Ok! Sebab bukan tujuan aku menulis kali ini untuk bersedih2.
Jadi harusnya aku nak cakap pasal perubahan muka jelaa. Tu je. Tak best pun.
HAHAHAHA.

Dalam umur aku, yang aku pernah rasa badan aku naik sikit 1st waktu2 hampir habis matrix. 
Sampaikan masa baru beberapa hari tamatkan pengajian kat KMNS dan pergi makan dengan aunty, 
aunty pun tegur kenapa tembam sangat muka? dah macam aunty dah ni. Aunty kata.  
Ok, mungkin masa tu bahagia sebab dah bahagia sangat dengan kawan2 dan tak lama lagi matrix pun dah nak habis. Juga mungkin kerana menjumpai cinta sekejap. Cinta itu indahkan? Tapi aku harus simpan untuk my future husbanndddd (echo). Anyonyonyo~

Then, masa tahun 2 di uthm. Aku berjumpa lagi dengan cinta yang indah itu. Elak punya elak punya elak dan elak dan elak akhirnya aku berjaya simpan kembali cinta itu untuk my future husband lagi (berangan). Insyaallah. Haaa masa tahun 2 tula aku rasa badan naik lagi2 tang pipi naik sampai tambah lagi satu aku ada double chin. Oh no! Serius! Try tengok gamba2 fb tahun 2010. Memang sangat naik pipinya. Ok, sekarang aku takde double chin. Yeay! :D

Aku pun tak tahu macam mana boleh hilang :) Dan semenjak itu juga la jerawat aku sangat berani bertapak di muka ini sehingga sekarang semakin ok akan tetapi agak sukar untuk dia pergi tinggalkan diri ini. Kuajaq punya jerawat! Oke hormon bukan main tak stabilnya! Ecewah. 

Ya, cinta itu indah. Tidak dinafikan. Untuk my future husband, saya nak cintakan awak sampaaiiiiiiiiiiii syurga. 

Walla walla wallaaweeiii~

Ni akibat makan herbalife ke ni wey? Sampai sekarang aku segar bugar je ni. Eh, nak tahu tak aku try herbalife yang rm39 untuk 5 hari tu. Nantikan hasilnya ye. Ada ke hasil? Sebab biasa test2 benda2 alah ni hasil dia tadak. Bye!

Monday, October 29, 2012

Andai kau

Andai kau yang aku sayang akan ku pinang kau 2 tahun lagi
Lalu si dia pun berkata-kata juga seperti itu
Lalu indahnya hidup
Maka bermulalah halu tuju yang baru

Sunday, October 28, 2012

Saya suka tapi saya bagi kat awak eh.


Haritu aku pergi shopping kat butik fatin suhana
Ecewah ayat macam shopping pegang beg kiri kanan
Padahal kat blog je ponggg
Aku minat lah kat peplum dia 
Lawo pun lawo dan aku pun membuat pembelian
Tapi satu yang aku ragu-ragu sebab dia kain lycra
Fatin kata kain tu oke sebab before ni dia pun tak minat lycra
So aku pun membeli akan ia peplum kesukaan tersebut
Sebab aku pun tak suka kain lycra T_T
Selepas membuat bayaran dan mendapat barangan
Aku melihat akan ia yang lycra itu
Dan say noooooooo!!!
Aku pun telah menghadiahkan kepada alia lisanah
Err..adakah alia sudah menjadi mangsa keadaan?
Dimana ketika itu adalah hari kelahirannya yang ke-22??
Tapi tak salahkan hadiahkan barang yang kita suka 
kepada orang yang kita sayang? :)

Semoga alia sehat2 aje :)
Daripada kami hadiah itu budak2 rumah kepada awak tersayang. Cewah!
(love terbang-terbang :') ) 

Kau bila lagi?


Kadang2 aku tak tahu bila orang tanya kau bila lagi? (nak kahwin)
Tiba-tiba dalam hati bergema2 je soalan
WOI SAPE NAK KAHWIN NGAN AKU WOI!
Eh2, dalam hati bukan main
Tapi bila orang tanya, baik je jawapnya
Yang baiknya harus dijawab
Ada rezeki nanti insyaallah ada :)

Muka pun macam budak sekolah lagi -.-

Tuesday, October 23, 2012

Amanah


Amanah.

Jangan pernah diminta sesuatu amanah sekalipun berkemampuan.
Dan jangan ditolak amanah itu sekalipun rasa kurang berkemampuan.

Ø¥ٍÙ† الأمانة الندامة
Sesungguhnya amanah itu satu penyesalan.

Allahu musta'an~


(sakinah, fb)

Kuda

Kuda ku lari gagah berani





weenngggggg~~

Monday, October 15, 2012

Oh my boyfriend!


Ohhhhh i really sleepy but i need to complete re-write our discussion last friday
err
tapi kalau bab nak tulis blog ni tangan tu laju je jalan
Yes! i need a boyfriend (boooo!!) oh no! bukan, macam pelikkan tulisan2 status2 aku kat fb ke hape ke kat laman sesawang
nak ayat macam orang tengah happy or frust bercinta bagai.
Don't just jump to a conclusion dear..
Inilah kehidupan, hidup dengan orang-orang sekeliling yang tersayang
Nak cakap ada boyfriend jauh panggang dari api.
Boleh aku tanya boyfriend tu apa? (boooooo!! lagi sekali)

Aku kebanyakkan tak tahulah nak cakap apa, minat ke suka ke sebab masing2 ada interpretasi masing
Kalau aku cakap aku suka, nanti kau cakap aku minat gila. So semua orang lain2. So, nak dengar aku membebel silakan baca,tak nak dengar boleh blah. Aku ni kalau nak suka2 kat orang senang je. Saja suka2. Haha. Haip!

Oke straight tu the point apa yang aku nak cakap aku ada minat sorang mamat tu. Kira macam suka kelas ke-2.
|Suka kelas pertama aku diibarat seperti suka tengok lepas esok aku dah bye2 or aku dah lupa siapa yang aku suka tu.
|Suka kelas kedua ni macam bahaya sikit sebab rasa suka tu macam nak jadikan empunya diri sendiri
|then baru sayang la kira macam appreciate gila babeng

Nak dipendekkan cerita (ecewah!), aku minat sorang mamat ni. Dia cakap dia umur 27. Tak tahu la dia kelentong ke apa.
Tapi bila aku ni dah minat tahap kedua memang semua aku godek habis. Tengok2 dia ni mak aih banyak gilo peminat.
Aku kalau orang dah ramai peminat ni aku kalau boleh time tu je nak bye2. Tapikan sebab banyak ayat2 positif yang ada kat dia,
aku cakap la kat dia jangan lari!! sebab aku tak kejar pun. Aku tengok je.Pastu dia relex la apa lagi sebab dia bukan kenal aku siapa pun. HAHAHA.
Tipah tertipu bang, tipah tertipu.

Eh, siang tadi pergi kursus kahwin. Just tiba2 teringat, lelaki ni ego dia tinggi. So apa yang aku boleh simpulkan mesti ada give and take dalam perhubungan. Bila orang tanya kenapa nak kahwin jangan la cakap saja2 ikut orang nampak sangat kau tiada hala tuju...haa kantoi la macam tu kan. Oh, kau kalau nak kahwin kau biar matang sikit pikir jangan macam budak (aku la dulu tu). Macam2 jugak kau boleh tahu, oh lelaki ni macam ni, kalau anak macam ni, kalau duit macam ni, kalau semua yang kalau2 yang censored pun ada untuk kebaikan bersama. Ops! So pergilah kursus kahwin ye kawan2. Sebagai persedian sementara masih ada masa lapang. Kalau tak, pandai2 sendirilah nak hidup kan. (tiba2 macam cerita tergantungkan? ada cerita tapi aku dah malas dah)

Okay tu jela. Bye2 terima kasih :D

Thursday, October 11, 2012

Esok test oihhh~~

Kau dah tahu esok nak test TAK GHETI2 LAGI NAK PI STUDY?
Den hompuk ko kang! (siapa berani bagi ayat cam gini? sila kedepan. :P)
Kalau ayat mak plak, " melangok je kau tahu!" hahaha..oke mak ini ayat kakak dah biasa..takde makan dalam punye. kui3. I lap u mak, rindu mak rindu ayah la plak.
Amboi kemain lagi nak pegi cameron masa kakak ada test eh..takpe2 jeles tetap jeles.
tapi apakan daya. :'(
Nanti kakak cuti mid-sem seminggu kakak pergi jalan2. Macam banyak duit sangatkan? berangan~
Mak, nanti masa cuti seminggu tu boleh tak nak balik u hari sabtu ke jumaat ke?
Ramai kawan konvo kat u masa tu. Bila lagi nak jumpa diorang kan? Tapi masa tu tak tahulah siapa yang nak teman. mak kasi tak? krik krik krik..err..

Jawapan saya:
-saya memang dah berangan nak bagi masing2 hadiah tetapi kenapa UTHM sanggup buat konvo masa kami semua tengah cuti sem? ini tidak adil!
-dari seremban ke BP adalah sesuatu yang jauh dan malas untuk drive kereta
-kalau dah balik rumah macam tak menang tangan manjang tak sempat je nak buat itu ini
-selalu kalau dah nak balik BP selalu kemas2nya last2 minit

tataaaaa~

mak, kenapa lelaki ni kejam? kenapa lelaki ni tak faham perempuan? kenapa lelaki yang kakak kenal ni poyo nak mampus? stress woihh~ aku dah la ada test esok!


Wednesday, September 26, 2012

6


Kadang2 manusia tak perasan apa yang dia main2kan 
sebenarnya sangat terkesan kat hati orang
tapi bila dia yang terkesan bila orang main2kan
dia tak pernah fikir apa yang dia penah buat dulu
ingatkan sama-sama tabah
tapi rupa-rupanya dia lagi sangat tak tabah

Wednesday, September 5, 2012

Macam tak sangkakan?


Rasa macam dah lama belajar 
tapi tak habis-habis lagi
jadi kesemuanya 5 tahun jikalau dari matrikulasi
aku belajar tak lah sepandai orang yang pandai
yang masuk sbp mrsm integrasi semua
sekolah menengah atas aku orang kata sekolah terbaik
rezeki aku masuk sana
walau aku tak sepandai mereka
keputusan tak sebagus mereka
masuk juga matrikulasi
aku syukur dan redha
macam tak percaya
dapat juga masuk universiti bukan dengan kos lelong
walaupun keputusan matrik tidaklah memberansangkan
aku sangat bersyukur dan redha
alhamdulillah terima kasih tuhan
inilah yang orang selalu katakan
kalau ada rezeki tak ke mana
jadi aku memang sangat yakin dengan ketentuan Allah
tak menyangka aku akan sampai ke sini
tapi yakin dengan Allah itulah yang aku pegang dari dulu
sehingga sekarang dengan pelbagai yang aku tempuh
pahit dan manis
susah dan senang
aku tetap yakin dengan ketentuan itu
betapa sayangnya tuhan dengan aku
tapi aku sering alpa
sering leka dengan keindahan dunia
tapi tuhan tetap sayang aku
kalau diibaratkan matrikulasi seperti darjah satu 
kecik lagi aku waktu itu
ayah hantar hari pertama darjah satu sekadar dihadapan pagar
yang lain aku pelik dengan ibu2 diluar pintu kelas
tunggu sehingga anak habis kelas 
masuk kelas menangis sampai keluar selemo
kini aku bakal masuk semester 7 
kira seperti masuk darjah 5 
oh dah besar rupanya aku
darjah 5 aku penolong ketua kelas
darjah 5 aku pustakawan
macam tak percaya
dah besar rupanya aku ni
semoga pemikiran aku sentiasa dewasa dan matang
walau muka tidak seperti umur
seperti budak tingkatan 4 orang kata
semoga dipermudahkan urusan aku untuk keperingkat seterusnya
hidup seperti akan hidup 1000 tahun lagi
beribadat seperti akan mati esok hari
siapa yang tak mahu semuanya berjalan dengan lancar
aku pun mahu
tetapi kita hanya mampu merancang
tuhan sahaja yang menentukan
yang pasti mesti tak putus usaha
tak putus doa
yakin dengan ketentuan tuhan
:)

*kadang-kadang aku rasa macam aku tak mampu je untuk menempuh. Bukan sekali hati menidakkan dan katakan tidak mahu malah berjuta kali. Tapi ini jalan aku dan aku harus teruskan. Seperti yang aku pegang. Yakinlah dengan ketentuan Allah. Hanya memikirkan yang positif untuk membantu diri sendiri walaupun kadang-kala seperti tidak ikhlas seperti ia akan buruk seperti itu. Tapi siapa kita untuk menghukum. Yakinlah! Hanya Allah sahaja tahu apa yang bakal terjadi dan apa kesudahannya. Dia sebaik-baik perancang. Apa yang aku harapkan mestilah yang baik2 sahaja :)

Tuesday, September 4, 2012

Kemain lagi harini!

Ke Great Eastern Mall
juga ke Bangsar Shopping centre
o mak kau
tempat orang kaya 
ternyata bukan tempat aku
jalan2 melihat gelagat manusia sana sini
macam-macam
serasa tiba-tiba macam bukan di negara sendiri
masing2 penuh gaya
orang putih disepanjang jalan
tak kisah la siapa pun mereka
aku tetap aku
mereka tetap mereka
aku juga tetap sama seperti dulu
tetap takut akan pengangkutan awam
yang semakin maju ditelan zaman
akibat peristiwa lampau
ia turut terkesan sehingga sekarang
aku semakin kerabunan melihat dunia
serasa seperti orang buta kehilangan tongkat
tapi apa daya aku
nikmat tuhan akan ditarik perlahan-lahan
tulah banyak sangat dosa masih tak sedar diri
tak reti-reti nak bertaubat
eh ada yang tertarik di mata
buat-buat tak pandang
bas mengensot perlahan ekor mata mengintai
amboi dapat seikhlas senyuman
senyuman si handsome terima kasih ya!
aku terawang-awang seketika
dari biasa-biasa terus ke mood segar
kemain eh kau
dapat pula berita gembira
syukur alhamdulillah
terima mak! :)

Kenangan itu indah sebenarnya


Yang dulu pasti akan terkenang.
Bukan mengenang nasib.
Hanya terkenang saat2 indah.
Yang tak indah juga pasti ada.
Sebab kita manusia bukan sempurna.
Yang pasti yang dulu takkan aku ulang.
Tidak juga aku berdendam.
Kerana ia pengalaman.
Juga takkan aku berharap dan memberi harapan.
Kecuali dengan izinNya.

(Adibah Yunus, 2012)

Sunday, September 2, 2012

Di kelewatan ini.

Buat insan yang pernah MENYAKITI ku, 
terima kasih kerana telah mengajarku erti kesabaran dan semoga dirimu tidak akan pernah merasai sakit sepertimana yang aku rasakan.

Buat insan yang pernah SAYA SAKITI, 
maafkanlah kekhilafanku, aku hanyalah manusia yang jauh dari kesempurnaan.

Khas buat SAHABATKU, 
mungkin diantara kita memiliki banyak jurang perbezaan, namun tidak dapat dinafikan lagi kerna aku ingin melewati hari2 indahku bersamamu.

Friday, August 31, 2012

AKU SANGAT SEDIH!







Lihat sahaja gambar ternyata pasti sedih
tang muka paling depan melayu
kau mesti tak belajar dari sejarah kan?
kau dulu sekolah ke tak?
mesti part subjek sejarah ko blah dari kelas
kau mahu samakan kita dengan yang lain?
sedih berjuta kali sedih aku melihat mereka yang MELAYU itu
tidakkah sedar mereka diguna dan dipergunakan?
apa sudah jadi dengan Malaysia?
sedangkan kebanyakkan orang indonesia susah di negara mereka datang bekerja di negara kita
mana lagi mahu kita merempat?
pertama kali aku melihat aku tertanya2
adakah akan aman Malaysia seperti mana aku sudah hidup di negara ini selama 22 tahun?
kemana lagi akan aku pergi untuk mencari keamanan?
kita hanya ada bumi ini sahaja
inilah mungkin yang dikatakan 'TYPICAL MALAY' oleh bos.
tidak sayangkah lagi dengan keamanan yang sudah dikecapi?
bekorbannya atok dan nenek kita dari penjajahan british?
kini fikiran kita sudah terjajah hebat oleh musuh2 kita.
mahu mengulang sejarah dahulu?
aku tidak menyebelahi mana2 pihak.
kerana setiap kerajaan dan pembangkang itu ada pro dan kontra
sedih berjuta kali sedih.

dipetik daripada fb Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad
Tadi interview makcik tua di melaka...
"Nak, ingat satu perkara je... Kalau India dihalau, dia ada negara dia,
kalau Cina ada negara China, Indon, negara dia tapi MELAYU? Merempat di bumi sendiri?"

"Kalau kau jeles dengan orang Melayu yang kaya kenapa kamu kutuk dia?
Hina dia? Itulah melayu suka merendahkan bangsanya.
TOLONGlah nak... Kita takde apa lagi nak dipertahan!

p/s: aku sedey weyh tgk benda alah ni. serius aku sedih.

Friday, August 17, 2012

Salam 29 Ramadhan :)


Assalamualaikum
Salam 29 Ramadhan

Hari last puasa
Catat rekod tahun ni tak buat kuih raya lagi
Dah 29 ramadhan kot
Nanti orang datang raya kat rumah bagi air raya jelah ye :D

Tahun ni aku berpuasa bersama praktikal
Berpraktikal bersama puasa

Baju raya pun dah siap tapi aku ada sepasang baju kurung je
Nak buat lebih2 balik kerja je penat(alasan)

Raya ni tak rasa macam nak raya pun
Kalau hari2 bulan ramadhan pun bagus kan

Hari tu pak indon nak balik raya pun aku rasa macam sedih
Rasa macam ditinggalkan (emosi tiba2)
Rasa macam akan berpisah lama
Siapa suka perpisahan kan?
Pertemuan pun tanpa dijangka
Jadinya aku kadang2 takut juga dengan pertemuan kerana perpisahan itu pasti
Hanya Allah sahaja yang kekal selama-lamanya
Pekerja buruh kat site semua baik2
Anggapan pertama aku memang negatif je mula2, takut juga apa2 kan, tapi ok je sebenarnya.
Mencari rezeki demi keluarga yang jauh diperantauan, kerja tengah2 panas.
Sampai aku rasa mereka semua macam keluarga sendiri
Macam2 cerita keluar bila dah berborak
Mereka tak kedekut ilmu tak juga sombong
Ada seorang wak tu (welder) sakit kaki tak boleh jalan
Hampir seminggu juga ambil cuti
Bila tiba-tiba aku nampak dia masa tengah cuci kasut
Rupanya dah kembali bekerja walaupun kaki sakit
Ada lagi sorang wak tu (bawak mesen piling), orang lain semua tak puasa
tapi dia sorang je puasa (pekerja piling). Baguskan? Aku bila turun site masa matahari tegak atas kepala
tak sampai setengah jam aku dah rasa macam air dalam badan dah takde. Ni dia relex je boleh tahan.
Dah ada cucu walhal umur baru 43 tahun.
Ada lagi satu wak tu puasa jugak. Umur dah 50-an kerja bahagian retaining wall tapi masih bertahan kerja tengah2 panas dan berpuasa.
Pekerja2 bahagian ground anchor pun semua baik2. Dari supervisor sampai pekerja buruhnya. Tapi kebanyakkan masih muda2. Handsome pun handsome. Ehem! ;).
Kerja mereka gaji hari, tak seberapa pun bagi aku kalau nak sara keluarga dengan gaji yang macam tu (kat malaysia la, indonesia tak tahu la).
Ditanya kenapa tak kerja kat negara sendiri. Dia cakap kat sana susah nak dapat kerja.
Dia suka kerja kat Malaysia sebab banyak peluang kerja. Walaupun gaji tak seberapa sangat tapi boleh hidup.
Orang bangla aku nak borak lebih2 dorang macam kurang faham sangat bahasa kita. Kena cakap banyak kali baru faham. Malas la aku. Lagi2 yang masih muda.
Ada bangla tu umur dah 40an. Supervisor. Yang ni faham melayu. Kalau bercakap ada slang cina sikit. Isteri dia muda wo baru 20an. Seminggu sebelum raya haritu dah balik raya. Nak beli handphone baru katanya. Lumix 808 tapi tak jumpa.
Nak carik fon kat sini kebanyakkannya mahal2. Kalau area terminal tu memang ada. Banyak. Tapi yang ciplak pun banyak.
Dia cerita dia pergi shopping kat maidin sampai rm1000+ duit habis.
Gila kan? haha. Tak pe sekali sekala balik nak bawak untuk anak bini kan.
Kat site ni semua orang2 kita 1 malaysia kita akan jumpa tak kisah la dia tu subcont ke supplier ke driver lori ke, semua okay :)

Aku doakan mereka semua sekeluarga hidup dalam kegembiraan dan penuh kesederhanaan
dan juga diberikan kesihatan yang baik.

Oh ya, alhamdulillah ramadhan ni di sponsor iftar kat hotel. Royale Bintang and Alson Klana.
3 kali. 1st sub-cont retaining wall, 2nd sub-cont piling, 3rd supplier concrete
Sepanjang aku tinggal kat seremban inilah kali pertama aku jejakkan kaki kat hotel.
Kalau tak sampai bila2 pun tak masuk aku rasa.
Juga iftar bersama dak2 praktikal TKN, dak2 petra and classmate UTHM.
Iftar dengan dak2 petra sangat aku terkenang zaman sekolah dulu.
Sekarang masing2 dah boleh jadi mak bapak orang dah.
Masing2 dah berubah kalau dulu nakal sekarang dah baik,
kalau dulu senyap sekarang dah banyak sikit cakap,
kalau dulu pemalu sekarang self-confident tu dah bagus.

Sebenarnya aku takde hala tuju pun nak menulis kali ni.
Sementara tunggu pavlova aku ni siap.
Tak tahu lah jadi ke tak.
Nanti jadi aku update kalau tak update faham2 la ye :P

Selamat hari raya semua. Sesungguhnya aku bukan sempurna untuk tidak berbuat salah, untuk tidak terlepas kata, terambil mana yang tak patut, dan macam2 lagi perkara yang sukar dikawal. Maafkanlah segala kekhilafan diri ini. Semoga kita upgrade setiap apa yang kita buat untuk kejayaan dan kegembiraan masing2 :D

Wassalam. <3

*sebelum berbuka tadi akhirnya jejak juga kaki ini ke bazar ramadhan ngan mak tersayang. i lap u mak. sayunya rasa ramadhan dah nak abis ni. tengok muka2 orang ramai kat bazar tadi rasa segar je mata tengok masing2 bersama family tersayang membeli juadah berbuka. i love peace no war. tiap tahun je mesti nak sayu je hati ni. perpisahan lagi :'(

Wednesday, August 8, 2012

5

Dikala aku sesak dengan report2 LI yang tak berkesudahan disebabkan sv akan datang menjenguk esok dan mahu semuanya sattle dengan bagusnya aku di terpa dengan pelbagai perkara yang perlu diselesaikan dalam masa yang suntuk.
Dikala aku duduk enak tanpa berbuat apa-apa tiada apa perkara yang mendesak aku seperti sekarang. Sesungguhnya itulah yang dinamakan kehidupan. Ujian yang Allah bagi nak tengok aku boleh hidup ke tak kalau macam ni. =.="

haaa..hambek kau aku post berjuta kali harini. Tolonglah jangan kacau aku dikala aku tengah sesak sekarang ni. Shuhhhhh..pegi main jauh2~ 
taktahukatmanalaginakdiluahmatimakditelanmatibapak. T_T

innallaha ma'ashobirin~

4

Serius aku tak percaya mana datang macam ni punya banyak..
Follower aku 2 orang je kot. Tu pun sebenarnya tak diundang sebab blog aku ni blog syok sendiri je T_T
Apa yang aku boleh percaya penyebabnya ialah dari blog fairuz.
Yang lagi dua tu aku tak tahu mana datangnya.
Fairuz nape ko letak aku kat lampu merah kau? =..=
Silent readers, kalau aku buat nuffnang boleh jadi kaya tak aku? =.="
Ataupun aku diintip oleh penjenayah antarabangsa sebab hijau tu banyak kat area negara barat sana je.
Ha, siapa nak jawab tuh?(berangan lagi) -.-

Semoga esok hari aku! ameen~

Esok supervisor u nak datang check LI!!
Beliau nak cek log book (tak siap lagi! pengsan.)
Beliau nak cek FINAL REPOT! (lagi semput aku. pengsan lagi)
T_T
T_T
T_T

Doakan aku dipermudahkan segalanya ya! (takotttt!)

Tak sabarnya rasa nak balik rumah sewa! -.-

Aku nak mengeluh boleh tak?
huhh..
Tak lama lagi dah nak balik rumah sewa
Tapi, aku tak nak aku tak nak aku tak nak!T_T
huhh..
Boleh tak kalau nak berulang je dari seremban?
Boleh tak boleh tak?? (bapak jauh -.-)

Condition:
- rumah SANGAT PANAS
kalau kat rumah sendiri tak berpeluh pun tengahari, kalau kat rumah sewa start pukul 10 lebih akan panas tak ingat sampai nak tidur malam(kalau hujan syukur alhamdulillah). Nak suggest kat tuan rumah letak exhaust fan boleh tak?

- rumah tak sempit tapi BANYAK BARANG
bila baru je letak barang2 merata2 walaupun sikit dah sakit mata memandang. crowded dia ya amat! 

- rumah tak cukup lampu
aku nak study depan pintu rumah pun boleh jadi buta. ingatkan nak ambil angin malam belajar depan pintu tapi kesuraman cahaya membuatkan niat aku terbantut. Nak suggest lagi kat tuan rumah pasang lampu lagi satu kat ruang tamu boleh tak?

jadinya solution yang aku buat pergi library dan study. tak ke bosan asyik ngadap benda yang sama hari2?sampaikan sekarang nak cari mood belajar kat library pun lama. kalau dah penat study kat library tak boleh nak baring2 rehat2. Aku dah la tak boleh duduk lama2 nanti sakit belakang( dah macam orang tua). kalau nak balik rumah rehat2 panas dia ya amat! aku dah bosan study kat libary tapi ke mana lagi arah yang harus aku tuju? nak cari rumah sewa lain sekarang ni bukan main susah. Nak demand yang selesa full furnish murah memang ajaib la.

Aku nak belajar dalam keadaan selesa. Tapi aku tak mampu sebab aku ni belajar lagi. Duit makan pun kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Ni lah ciri2 orang yang tak bersyukur T_T 

Tuesday, July 31, 2012

3

Kadang-kadang kau buat aku gila la
Time aku ada time tu jugaklah ko nak ade
Tapi tu bukan kehendak masing-masing
Adakah kerana ada chemistry antara kita?
-..-

Monday, July 30, 2012

Ternyata wang bukan segalanya eh?


Semakin banyak benda menanti
-iftar with friends, nak kena survey tempat2(banyak korum ni)
-baju raya harus siap, kuih raya, kahwin lagi(tak habis2 kahwin. kahwinnya tak :P)
-untuk LI yang memang patut disiapkan secara kerap ialah log book(oncik ni mintak setiap isnin la plak)
-final report LI seharusnya sudah bermula tetapi aku masih blur(malas sebenarnya, blur tu cuma alasan)
-untuk psm 1 sepatutnya sudah usha2 mana yang patut tapi still blur(alasan macam kat atas juga)
-sem depan masih ada aktiviti persatuan yang harus dijalankan.
-dan terakhirnya duit.

Benda yang terakhir tu yang aku suka sangat untuk cerita. Alkisahnya, semalam aku dah start kira kewangan masa hadapan. Aha. Takdelah masa hadapan sangat. Ni untuk sem depan. Agar seperti sem lepas2 tidak berlaku lagi seperti duit nak belanja tak cukup alasan sebab yayasan dapat lagi sikit dari pt. Beza rm1000 je. Banyak kot. Harus bersyukur wahai adibah. Disebabkan saya bawa kereta. Ya, kenderaan amat diperlukan. Kereta lagi guna banyak minyak. Even guna motor jugak harus diisi dengan minyak dan bukannya air. Jadi setelah dikira untuk mengurangkan beban duit tersebut jadinya harus aku tidak membawa kenderaan langsung. Sodeyh lak ai sebab guna kereta memang senang tapi sakit. Mana2 nak pergi pun senang. Yelah orang paling busy kat u memang macam ni (bukan jadi orang penting dunia pun, u jauh sekali). Walaupun cadangan untuk tidak membawa kereta dapat mengurangkan beban duit tetapi masih punyai masalah dengan belanja yang sudah melebihi duit yang dipinjamkan yayasan (duit makan paling tinggi kos setakat ini). Rm880 utk yuran dan rm500 utk sewa dan belanja rumah tidak boleh dielakkan lagi kerana ia wajib dikeluarkan. Dan apa yang aku nampak sekarang ni hanya berharap duit ibu dan bapa. Haih. Kesian kat dorang tapi dim mana lagi harus aku merayu meminta-minta. Kui3. Jadi aku harus meneruskan menjual itu ini untuk sara hidup lagikah? Tapi adakah ia akan menjadi kenyataan kerna aku sudah dapat membayangkan keadaan pembelajaran yang pack. Tapi tiada yang tidak mungkin jika kita berusaha kan? masih belum ada semangat lagi untuk sem depan. Ternyata aku masih lagi mahu membawa kereta T_T
Ya Allah, murahkanlah rezeki hambamu ini Ya Allah!

*aku dapat rasa tak lama lagi aku akan kahwinlah. ni serius. aku tak tahu kenapa tiba rasa macam tu.
rasa macam nanti akan ada orang datang merisik. siapakah yang malang itu? =.=" (berangan lagi)

Thursday, July 26, 2012

Bubur Lambuk? Wahhh!

Yeayy!! dapat bubur lambuk free daripada hotel sebelah.
Thanks Hotel Royale Bintang! hik3..
2nd time untuk makan bubur lambuk berbuka kali ini :)

Tuesday, July 24, 2012

2

Kalau orang tanya kenapa dan kenapa.
Jawablah dengan tenang dan jangan buat gelabah kau.
"terang satu-satu..macam ni sebabnya encik, macam ni sebabnya encik"
masih terngiang-ngiang kata-kata tersebut.
sangat selalu terngiang-ngiang untuk positifkan diri ini.

*Fizi, terima kasih atas segala tunjuk ajar! Harini hari last Fizi. Esok dia start kerja kat tempat baru. Encik Din suruh kami take over site sini. Yakin Encik Din bertanya, dengan yakin juga aku menjawab. Jasamu dikenang! arigatogozaimasu fizi!! :D

 Den godek2, gamba ni lak den jumpo. kui3. nasiblah~ :P Korang tengok green card dia! Penuh! Power gilakan? (Gambar tak yah nak sekolah menengah sangatlah) Woi, dia sebaya aku laa! siapa nak tackle bagi tahu je. Nanti aku sampaikan. Haha! Baik pun baik :D

Kisah terawih 1


"Ayah tunggu jap tau, kakak nak pergi sekali."

"Kenapa? takut ke?"

"Takde lah.."

Turn aku pulak ambil air sembahyang.

"Tunggu azan dulu baru pergi." Ayah kata.

Baru nak rasa pergi masjid jalan ngan ayah macam sweetkan? Hehe. Macam comelkan? Hehe.

Sampai pertengahan jalan... "Ayah ikut jalan sana." Ayah pergi dan terus berlalu -.-

Kegelapan terus melanda diri dan tiba-tiba rasa nak pitam (ok.itu tipu) sebab kena jalan sorang2.

Huwaaa!! apalah ayah niiiiiii.. T_T anak ayah ni memang dari dulu independent je kan sampai buat apa2 pun tak kisah.

Lepas ni nak pergi dengan mak jelah. Tulah padan muka siapa suruh siap lambat lagi.


*Mak kata masuk harini dah 1 kilo tepung guna untuk buat cekodok start dari hari pertama puasa. Haha. Bila lagi la nak habiskan tepung kat rumah ni kan mak? Lepas ni siapa nak kahwin dengan aku kenalah belajar2 buka makan cekodok ye (haha. perasan! ). Cekodok tu menu utama berbuka kami. Nasi makan la jugak kalau siapa2 yang tak cukup makan lagi tu, atau makan selepas balik terawih. :D

Sekejap cuma

Walaupun hanya sekejap ia cukup membuatkan aku gembira.
Tetapi dia tidak faham.
Malah dia juga tidak tahu.
HAHA

Saturday, July 21, 2012

1

Aku seperti terbayang-bayang
mimpi ngeri yang bakal menjelma
sebulan lebih dari sekarang

Wednesday, July 18, 2012

Mamat spoil (PART 1)

Button post pun di tekan. Tersengih-sengih Min.

"Hai Min, lajunya update blog? yang semalam tu apa cerita? Yang ke berapa tu?" Aina memasuki bilik. Faham sangat dah dengan kawan dia seorang ni. Kalau balik kelas petang tak update blog memang tak sah.

"Kenapa? kau pun suka kat dia kan?"

"Eh, aku pulak yang kena. Aku tahu semua orang cakap mamat tu handsome. Tapi sorry lah bukan taste aku."

"Ala, aku tak lah macam Syaza dengan Bel tu. Tu baru peminat fanatik. Aku suka tengok je mamat tu sebab muka dia macam kotak."

"Apa punya taste la minah ni kotak-kotak pun suka" Ngomel Aina.

"Hoi, mulut tu jaga sikit." Muncung Min.

"Eh Min ko nak dengar satu cerita tak?" Soal Aina.

"Hurmmm...apa nya?" Malas-malas je Min menyahut.

"Semalam abang aku ada cerita something kat aku. Nak dengar tak?" Pancing Aina.

"Takpe lah, kau pun macam malas je nak dengar. Aku nak mandi dulu kejap lagi nak maghrib dah. Tapi ni cerita pasal mamat spoil tu tau." Pancing Aina lagi dan berlalu pergi.

Buntang mata Min. "Ehh kejap-kejap. Cerita apa cerita apa? Ceritalah Aina.." Rengek Min manja memaut tangan Aina.

"Oh, tahu pun kau eh. Cerita pasal mamat spoil tu laju je kau. Dah-dah lepas la tangan aku ni, rimas lah. Aku nak cerita lah ni."

Tersengih-sengih Min dekat Aina.

"Yang kau tersengih-sengih macam kerang busuk ni kenapa? Kau minat siapa sebenarnya ni? Banyak sangat orang kau minat eh."

"Ala ni bukan minat. Admire jelah. Kalau minat dah lama aku usha. Tapi mamat spoil ni kisah lama. Mana boleh tak ambil tahu. Takkan aku nak usha dia banyak kali. Malu la aku." Bebel Min.

"Yelah, yelah aku faham."

BERSAMBUNG

Karya Aideeyus Zahra.


**minta jasa kalian doakan yang terbaik buat mak sahabat saya Puan Zaleha yang kini bertarung nyawa dengan kanser yang semakin merebak serius di dalam badan. Semoga Farhana sekeluarga kuat! amin..

Tuesday, July 17, 2012

Tak yah amek pot

Poit smlm den mimpi kau.
apokono tah tibo2.
haih.
den tibo2 tejago tgk jam kol 0510.
petanda apekah itu?

Jika anda sudah memegang title orang bekerja ?

Assalamualaikum! :)

Bagaimana anda akan berkhidmat dan meneruskan pekerjaan anda berdasarkan apa yang anda ceburi?
Adakah ia sekadar bekerja untuk membayar hutang?
atau sekadar bekerja kerana telah mendapat jawatan tersebut?
atau ia merupakann impian anda selama ini?

Jom kita baca dan nilai sama-sama. 
Semoga kita tergolong dalam kalangan 'bekerja untuk memberi' seperti yang telah dinyatakan oleh Dr. Anayasmin. 
Walaupun beliau doktor dan kita bukan doktor tapi konsepnya lebih kurang sama sahaja :)
Walla~

UBAH TANGGAPAN TERHADAP KERJA

Bismillahirahmanirrahim..
Apabila menyebut housemanship ianya seolah-olah sinonim dengan tekanan, dan keletihan sehinggakan isu ini menjadi bahan perbincangan hangat di media-media dan bahan perbualan dikalangan kita. Fasa ini juga merupakan satu yang besar impaknya dalam kehidupan insan bergelar doktor, manakan tidak ianya boleh mempengaruhi kitaran hidup seseorang, sehinggakan ada yang sanggup menggadai nyawa semata-mata untuk cemerlang sebagai seorang doktor pelatih.
Saya cuba membawa pandangan kita semua kepada satu pandangan baru agar yang masih menjalani fasa housemanship ini tidak melihat ianya sebagai segalanya dalam kehidupannya kerana kita umat Islam yang mempunyai agenda lebih besar dalam hidup.
Insan yang berjiwa besar melihat masalah sebagai kecil dan insan yang biasa boleh menjadi luar biasa asalkan dia mahu bangkit dan keluar dari kebiasaan zon selesa nya dan melihat masalah sebagai satu cabaran dalam hidup untuk berjaya.
Kadangkala apabila menganalisa kembali gaya hidup semasa menjalani fasa housemanship ini, saya menjadi takut..takut akan ketaksuban sesetengah individu dalam kerja sehingga lupa pada pencipta dan fitrah dirinya sebagai muslim dan manusia, takut melihat sikap sesetengah teman yang berputus asa sehingga langsung culas dalam menjalankan  amanah..sebetulnya, rezeqi yang dikurniakan itu perlu dijaga keberkatannya. Serta pelik melihatkan sesetengah rakan takut akan bosnya lebih daripada Tuhannya sehinggakan sanggup meninggalkan solat semata-mata mahu dipandang sebagai pekerja yang rajin dan segan mahu meminta izin bersolat daripada superior nya.
Diri ini juga pasti melakukan kesalahan dan sering dahagakan nasihat-nasihat dan peringatan dari mereka yang memahami agar tidak tersasar dari matlamat sebenar kehidupan ini. Pernah juga merasakan diri ini umpama robot yang diprogram untuk melakukan rutin yang mengeringkan jiwa dan fikiran. Alhamdulillah apabila tersedar segera melangkah keluar dari belengu itu.
Keceriaan dalam berkerja sebenarnya bergantung kepada niat dan tanggapan kita terhadap kerja itu. Adakah kita hanya berkerja kerana TERPAKSA Atau kerana hendak MENERIMA sahaja atau berkerja untuk MEMBERI.
BEKERJA KERANA TERPAKSA
Mahu tidak mahu setiap kita perlu melalui fasa housemanship ini sebagai persediaan untuk meningkatkan competency diri. Makanya tiada cara lain jika kita berkerja kerana terpaksa maka TUKARLAH SIKAP itu kerana ini adalah satu-satunya solusi yang ada selain daripada MENUKAR KERJAYA.
“jika kita tidak dapat apa yang kita suka, kita perlu suka apa yang kita dapat”.
Kenalpasti apa punca kita merasa terpaksa dalam kerja. Adakah kerana merasakan banyak yang tidak tahu sehingga sering diherdik  atau fasa ini tidak seperti zon selesa kita dahulu yang tidak mengerah mental dan fizikal seperti ini. Setelah kenalpasti cubalah selesaikannya; sebagai contoh masalah tidak tahu, buat persediaan sebelum memasuki satu-satu jabatan dan rancang masa terbaik agar zon tidak selesa anda sekarang masih boleh menceriakan diri kita.
BEKERJA UNTUK MENERIMA
Jika berkerja hanya untuk menerima sahaja, sama ada menerima gaji sahaja atau menerima plans untuk pesakit tanpa anda menganalisa mengapa rawatan itu diberikan. Golongan perkerja sebegini lebih bermotivasi berbanding mereka yang terpaksa tetapi hanya akan menjadi perkerja yang biasa-biasa sahaja. Bahkan akan menjadi terlalu berkira jika perlu berkerja lebih masa atau menerima bilangan oncall lebih berbanding yang lain. Tiada perasaan ingin menyediakan diri sekiranya anda menjadi MO kelak dan tiada inisiatif untuk memajukan diri kerana Allah semata-mata.
BEKERJA UNTUK MEMBERI
insyaAllah kita akan jadi lebih ceria sekiranya kita berkerja untuk memberi. Kita sering berfikir bagaimana untuk memberi kerana kita yakin Allah akan memudahkan urusan kita sekiranya kita memudahkan urusan orang lain dan memberi ganjaranNya di dunia ini atau di akhirat kelak. Jika kita golongan ini, berkerja untuk memberi, kita berkhidmat untuk memberi kebaikan kepada diri sendiri dengan hanya mengejar redha Allah, cuba menganalisa dan memahami mengapa sesuatu rawatan diberikan agar kita menjadi MO yang competent kelak, memberi kepada pesakit , memberi kepada rakan dengan tidak berkira dalam berkerja. Tanggapan bahawa kerja ini membolehkan kita untuk memberi akan membuatkan kita lebih bermotivasi, berusaha mencari redhaNya serta merasakan diri ini lebih berharga.
Cubalah ubah tanggapan kita hari ini dan lihat hasilnya.
Dr Anayasmin bt Azmi
Pegawai Perubatan
Hospital Tunku Jaafar Seremban


Boleh baca disini ye! 


Sekian.
Assalamualaikum :)

Saturday, July 14, 2012

Dah raya? puasa pun belum lagi


semenjak dah start cuti sem 
lebih tepat lagi bermulanya praktikal
aku belum jumpa siapa2 lagi 
kawan2 kat sini
weekend depan dah puasa pulak
hurmmm..
weekend aku sabtu kerja setengah hari
ahad dah rasa tak nak keluar rumah sebab esok dah start kerja balik
log book dah banyak dah tinggal
bilanya aku nak siapkan jahit baju raya ni pun tak tahu
mak dah bising dah bila nak start sambung jahit
jangan malam raya macam tahun lepas2
still pegang jarum dan benang
al, baju ko dah siap, tapi tinggal sikit2 je lagi
hopefully raya nanti ko sempat pakai.
eh, hopefully bulan puasa ni nanti aku dah pass kat ko dah
-.-


Friday, July 13, 2012

Kena tembak nasib baik tak mati


Semalam sambil tunggu concrete kat bore pile encik halim keluarkan soalan cepumas.
Amboi encik halim jangan main tembak2 dengan saya.
Working load pile ni berapa?
Method statement load test dah baca blom?
(Dalam otak aku method statement bored pile)
Mana taknye jawapan aku dah.
Adoai.
Pastu dia tanya terus aku tenganga-nganga nak jawab.
Pastu disebabkan aku tak suka kena tembak.
Datang office pagi tadi terus aku cari cara nak ingatkan macam mana.
Padahal benda alah tu ada dalam drawing kenapa kena ingat?
Kat site ni apa yang aku realise semua benda kena ingat.
Semua benda kena ada dalam kepala otak
Sebab nanti bila kena tanya jawapan mesti dah ada kat mulut.
Jika tiada jawapan yang 'concrete' sila tadah telinga.hahaha.
Pastu gelak-gelak balik.
Kenapalah aku ni tak suka ingat-ingat benda.
Jadi jangan dijadikan tabiat malas mengingat kalau tak nak nyanyuk cepat.

Okeyh, mari pulang ke rumah! :)

I'm addicted !

Boy I think about it every night and day
I'm addicted wanna jump inside your love
I wouldn't wanna have it any other way
I'm addicted and I just can't get enough

It's okey. Everyday I pray for your happiness, prosperity and success.
Take care
:)

Tuesday, July 10, 2012

Nombor


Daripada tiga belas menjadi tujuh. Ya, aku hanya suka berangan. Angan yang tak pernah akan berhenti. Sekarang sudah tujuh. Sejam dua jam lagi apa pula ceritanya ya? Ya, aku mengharapkan ia bakal menjadi tiga atau kosong. Sebabnya, angan itu dapat dirasakan ia tidak akan menjadi kenyataan.

Satu bermulanya sekolah menengah. Juga sekarang aku lebih suka akan satu. Walau apa pun keadaan mementingkan diri itu tiada dalam kamus hidup mereka. Serius aku bahagia. Bila kini berjumpa dengan empat. Ia menjadi telalu serabut. Kadang-kadang hanya ragu-ragu yang bertakhta. Inikan pula bila aku bertemu dengan lima. Memang terlalu banyak keserabutan. Tetapi selepas lima, enam dan seterusnya akan lagi banyak liku. Dan itulah dinamakan kehidupan. Dua dan tiga juga tetap dihati aku. Kini hanya tugas aku memahami apa yang terjadi dan tahu maksud begitu dan begini. Walaupun dari satu sampailah kesudahannya aku tetap akan sayang. Tetapi satu dua dan tiga itu masing-masing punya corak yang sangat berbeza dan aku mampu bahagia bersama mereka.

Aku rasa aku bagus dalam imaginasi. Walau imaginasi aku tidak seperti yang diharapkan. Tetapi ia bagus untuk proses ingatan aku. Seperti membaca novel. Apa yang aku baca aku dapat bayangankan dengan jelas sekali. Tidak kira di alam nyata ia adalah palsu semata-mata. Imaginasi membantu aku untuk mudah mengingat sesuatu perkara berbanding menghafal struktur ayat. Dengan imaginasi ia menang lebih ke atas struktur ayat. Ia seperti sebuah lakonan diminda. Hanya diri sendiri tahu apa kelebihan diri. Kalau kau masih tidak tahu apa salahnya cari sehingga jumpa.

Semakin laju hari-hari mengalahkan dua puluh empat jam. Kadang-kadang aku pun pelik. Mungkin aku di dera psikologi oleh sekeliling. Apa yang aku tahu aku memang terlalu menitik beratkan sesuatu yang seperti zarah. Tapi bukan semua hanya sebahagian dan juga sebahagian yang lain. memang sekarang rasa sangat pelik. Ya, apa yang tidak dapat diluah bisa diluah dengan tulisan. Jadi ia membantu juga kadang-kadang.

Ecah, happy birthday ;)

ecah,
harini aku rasa ape yang ko rasa
emmm..
aku faham perasaan ko
dan hari ni perasaan tu datang pulak kat aku
dan aku nak cakap
aku sedih sikit, 
aku macam tak boleh terima bila macam tu
emmm..
harus membuat yang terbaik
permulaannya memang sukar
moga ia bertukar menjadi keselesaan yang diimpikan
thanks call aku!
sorry sebab lupa besday ko
hahaha
happy birthday =')
aku dah janjikan nak belanja ko ijan burger!
ingatkan aku ;)

rindu kat korang! :D
ecah, nash dan budak muka takde jerawat. HAHAHAHAHA!!
serius aku jelous dengan budak paling hujung sekali tuh.
licin muka takde jerawat langsung! huh!
(ini gambar tiga tahun lepas ye. ulang suara TIGA TAHUN LEPAS!)

Saturday, July 7, 2012

Rabu tak rabu.


Ini rabu lepas punye cerita.

"adip adip, result dah keluar semua.." azi message.

Aku pandang kosong message azi. Macam tiada perasaan bila dapat tahu result dah keluar.
Harini memang aku duduk ofis je buat log book sambil online. Apa orang update berapa saat aku dah nampak. Aku dah nampak dah status nunu kat xmat. Lepas tu baru message azi masuk.

Ye aku tahu result dah keluar dengan malas aku pun masuk smaponline. Yelah nak tengok result hasil berpenat lelah selama satu sem ye tak.

Aku tak tahu memang tiada perasaan excited mahupun gembira. Bukak je memang semua dah tertera kat situ. Subjek envi, sustain, design bla3. Ye, aku redha ya allah. Terima kasih kerana engkau memakbulkan doa aku supaya aku redha dengan result exam ni. Mahu mengharapkan dekan bukan kepala otak aku ni jenis cepat tangkap kalau belajar. Walau angan-angan setinggi gunung tapi ia sukar juga untuk digapai kan. Dekan ke? tak, jauh sekali.

Kadang-kadang perasaan redha tu rasa macam nak menangis sebab Allah tu memang sayang kat kita so dia bagi sebab kita mintak. Aku tak nak sedih, tak nak tak puas hati atau apa-apa yang pelik macam sem2 awal dulu.

Betul apa orang kata, apa yang kita usaha itu  yang kita dapat. Semakin aku mahu mendapat hasil itu daripada usaha diri sendiri bukan dengan cara yang boleh aku rasa bersalah kat tuhan.

Belajar di library dari awal-awal test 1, 2 dan akhirnya final. Aku ke library bukan sebab aku pandai.
Sebab aku kurang pandailah aku ke sana walau kadang-kadang tiada peneman yang mahu ikut. Tapi itu bukan masalah jika diri mahu berjaya ye tak. Kekadang dengar orang berkata wah rajinnya pergi library, relex la baru awal sem. Otak kita tak sama ye kawan. Otak aku bukan esok exam baru bukak buku terus melekat tak tanggal2 dengan jayanya.

Subjek first yang aku tengok semestinya lah MathsII sebab tu subjek repair. Kau gila subjek repair dapat gred yang sama macam dulu. Bayar berjuta-juta dapat benda sama memang menangis aku. Haha. So, apa yang boleh diucap lagi, alhamdulillah walau A memang bukan dalam tangan.haha.

Then, subjek second yang aku tengok subjek sustain. Apa pasal? sebab sustain adalah subjek membaca yang paling banyak jika mahu di bandingkan dengan yang lain. Aku subjek baca nilah yang paling aku risau sekali. So, apa yang boleh diucap lagi, alhamdulillah walau A memang bukan dalam tangan.haha. 
Aku tahu kemampuan aku.

Yang lain tak nak komen dah sebab final tu otak aku diganggu dengan bagus sekali dengan apa pun aku tak tahu. Haih..

Tahniah kepada kawan-kawan serumah, kawan-kawan tak serumah dengan result anda yang gempak2 itu. Aku turut merasa kegembiraan itu :D

So, next sem harus juga bermula dari awal juga ye adibah! ;)

Tapi kan, aku tak tahu kenapa final hari tu aku tak dapat belajar. Ye, aku pun tak tahu kenapa, jadi memang result yang aku dapat tidak harus dipersoalkan.

Yes, I am stonger than I think!

Jauhi emosi yang tiba-tiba datang


Aku dapat merasakan  ia bakal datang menjelma tak lama lagi
Jadi harusnya aku bersedia
Tetapi selalunya ia akan sukar dikawal dengan baik
Sila sibukkan diri anda agar ia tidak mengganggu ketenteraman hidup tidak lama lagi
Sesungguhnya jika masa lapang itu tidak berisi maka laju sahaja dia datang menghampiri
Ah. aku mesti sibukkan diri sesibuk-sibuknya.
Jauhi emosi, guna akal sebaik-baiknya!
Kau tahukan bila perasaan sedih itu datang menjelma tanpa apa-apa sebab?
Adakah sebenarnya perempuan itu tidak kuat?
Aku mahu menjadikan jiwa sekental lelaki.
Tapi kebiasaannya ia jarang-jarang terjadi di waktu-waktu begini.

can i fly now?

Wednesday, July 4, 2012

He's my hero!

 Here is my hero!
Tak percaya??
This is my Jang Geun Suk! hahaha..
Okeyh aku dah jumpe versi UTHM punya.
Tapi takkan nak letak gambar beliau kat sini pulakkan :P
He said, "Adibah, we will meet next sem!" (berangan)

Ni ha aku siap buat siap print screen lagi.hahaha..

Seriously, now i really admire him! 
and fyi, he already has a girlfriend. hahaha..
i'm saved to keep it him as my admire..hihi..
okey ni akibat study week kat library hari tu lah ni =.="
cito eh den mula2 tengok mamat tu, macam pernah tengok.
tapi aku tak tahu kat mana.
dan sekali tu tiba2 ia muncul di minda. haha!

Hi, my jang geun suk, you don't have to worry about me because i'm not falling in love with you, just admire you. But, if you don't mind i will try. haha!!(berangan lagi) =..=

Just planning for my weeding day ;)


Lets planning from now!
yes! everything!
every second every minute.
i know if i dont have my planning
i just waste my time day by day,
and its become nothing that can help my complacancy.
everyday is meaningful for me.
even it's scared me, it's depress,
it's happy moment with anyone that belong with me.
it's full with love. yes i love it.
my family, my friends, my housemate,
my officemate and person that made my day.
so, come on guys. join me.
we planning from now!
before we feel sorry about that.
it's not about my weeding day okeyh..hahaha!!
see irma hasmie got married i also want maa.. O.o
people, just give 100% in what are you doing now.
Engineer to be! I aim for the stars and maybe i'll reach the sky right?
Just look a progress of retaining wall at site
i just love my lab coat! hee ;)

Apa yang aku boleh cakap orang kat site ni semua sangat baik dan sangat membantu. Tak kisah la kau tu indon ke bangla ke semua sama. Tak macam yang mereka2 di ofis itu war2kan ;)

TADAAAAA!!! :D

AND... TADAAAAA!!
masa yang diberikan untuk bermain di site adalah sangat limited okey!
sekarang aku dah gelap. dah macam bangla pun ada.
wait and see for next semester oke :P

Tadi kat site office aku telah jatuh menimpa tangga. Kalau orang pregnant jatuh macam aku mahu gugur anak dalam kandungan.haih. Sakit punggung! T_T