Ask me now!!

JOM TANYA-TANYA SAYA! SANGAT SEDIA UNTUK MEMBANTU :)
Nama/Name
Phone No
Email anda/your email
Pekerjaan/Occupation
Dimana kamu tinggal/Where Do You Live Kuala Lumpur
Selangor
Perlis, Kedah, Penang, Perak
Pahang, Terengganu, Kelantan
Sabah, Sarawak
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Sudah mendaftar jadi ahli dalam masa 2 tahun lepas/Have you registered as Herbalife member in the past 2 years? Yes
No
Mana yang kamu berminat/Are you interested in any of below? Turunkan berat/Lose weight
Tambah berat/Gain weight
Tingkatkan kesihatan/Improve health
Tingkatkan tenaga/Improve energy
Perbaiki masalah kulit/Improve skin
Cari pendapatan lebih/Earn extra income
Apa2 tambahan soalan atau info yang saya boleh bantu/Extra information that can help me to guide you.

Click here to create your own form.

Tuesday, July 31, 2012

3

Kadang-kadang kau buat aku gila la
Time aku ada time tu jugaklah ko nak ade
Tapi tu bukan kehendak masing-masing
Adakah kerana ada chemistry antara kita?
-..-

Monday, July 30, 2012

Ternyata wang bukan segalanya eh?


Semakin banyak benda menanti
-iftar with friends, nak kena survey tempat2(banyak korum ni)
-baju raya harus siap, kuih raya, kahwin lagi(tak habis2 kahwin. kahwinnya tak :P)
-untuk LI yang memang patut disiapkan secara kerap ialah log book(oncik ni mintak setiap isnin la plak)
-final report LI seharusnya sudah bermula tetapi aku masih blur(malas sebenarnya, blur tu cuma alasan)
-untuk psm 1 sepatutnya sudah usha2 mana yang patut tapi still blur(alasan macam kat atas juga)
-sem depan masih ada aktiviti persatuan yang harus dijalankan.
-dan terakhirnya duit.

Benda yang terakhir tu yang aku suka sangat untuk cerita. Alkisahnya, semalam aku dah start kira kewangan masa hadapan. Aha. Takdelah masa hadapan sangat. Ni untuk sem depan. Agar seperti sem lepas2 tidak berlaku lagi seperti duit nak belanja tak cukup alasan sebab yayasan dapat lagi sikit dari pt. Beza rm1000 je. Banyak kot. Harus bersyukur wahai adibah. Disebabkan saya bawa kereta. Ya, kenderaan amat diperlukan. Kereta lagi guna banyak minyak. Even guna motor jugak harus diisi dengan minyak dan bukannya air. Jadi setelah dikira untuk mengurangkan beban duit tersebut jadinya harus aku tidak membawa kenderaan langsung. Sodeyh lak ai sebab guna kereta memang senang tapi sakit. Mana2 nak pergi pun senang. Yelah orang paling busy kat u memang macam ni (bukan jadi orang penting dunia pun, u jauh sekali). Walaupun cadangan untuk tidak membawa kereta dapat mengurangkan beban duit tetapi masih punyai masalah dengan belanja yang sudah melebihi duit yang dipinjamkan yayasan (duit makan paling tinggi kos setakat ini). Rm880 utk yuran dan rm500 utk sewa dan belanja rumah tidak boleh dielakkan lagi kerana ia wajib dikeluarkan. Dan apa yang aku nampak sekarang ni hanya berharap duit ibu dan bapa. Haih. Kesian kat dorang tapi dim mana lagi harus aku merayu meminta-minta. Kui3. Jadi aku harus meneruskan menjual itu ini untuk sara hidup lagikah? Tapi adakah ia akan menjadi kenyataan kerna aku sudah dapat membayangkan keadaan pembelajaran yang pack. Tapi tiada yang tidak mungkin jika kita berusaha kan? masih belum ada semangat lagi untuk sem depan. Ternyata aku masih lagi mahu membawa kereta T_T
Ya Allah, murahkanlah rezeki hambamu ini Ya Allah!

*aku dapat rasa tak lama lagi aku akan kahwinlah. ni serius. aku tak tahu kenapa tiba rasa macam tu.
rasa macam nanti akan ada orang datang merisik. siapakah yang malang itu? =.=" (berangan lagi)

Thursday, July 26, 2012

Bubur Lambuk? Wahhh!

Yeayy!! dapat bubur lambuk free daripada hotel sebelah.
Thanks Hotel Royale Bintang! hik3..
2nd time untuk makan bubur lambuk berbuka kali ini :)

Tuesday, July 24, 2012

2

Kalau orang tanya kenapa dan kenapa.
Jawablah dengan tenang dan jangan buat gelabah kau.
"terang satu-satu..macam ni sebabnya encik, macam ni sebabnya encik"
masih terngiang-ngiang kata-kata tersebut.
sangat selalu terngiang-ngiang untuk positifkan diri ini.

*Fizi, terima kasih atas segala tunjuk ajar! Harini hari last Fizi. Esok dia start kerja kat tempat baru. Encik Din suruh kami take over site sini. Yakin Encik Din bertanya, dengan yakin juga aku menjawab. Jasamu dikenang! arigatogozaimasu fizi!! :D

 Den godek2, gamba ni lak den jumpo. kui3. nasiblah~ :P Korang tengok green card dia! Penuh! Power gilakan? (Gambar tak yah nak sekolah menengah sangatlah) Woi, dia sebaya aku laa! siapa nak tackle bagi tahu je. Nanti aku sampaikan. Haha! Baik pun baik :D

Kisah terawih 1


"Ayah tunggu jap tau, kakak nak pergi sekali."

"Kenapa? takut ke?"

"Takde lah.."

Turn aku pulak ambil air sembahyang.

"Tunggu azan dulu baru pergi." Ayah kata.

Baru nak rasa pergi masjid jalan ngan ayah macam sweetkan? Hehe. Macam comelkan? Hehe.

Sampai pertengahan jalan... "Ayah ikut jalan sana." Ayah pergi dan terus berlalu -.-

Kegelapan terus melanda diri dan tiba-tiba rasa nak pitam (ok.itu tipu) sebab kena jalan sorang2.

Huwaaa!! apalah ayah niiiiiii.. T_T anak ayah ni memang dari dulu independent je kan sampai buat apa2 pun tak kisah.

Lepas ni nak pergi dengan mak jelah. Tulah padan muka siapa suruh siap lambat lagi.


*Mak kata masuk harini dah 1 kilo tepung guna untuk buat cekodok start dari hari pertama puasa. Haha. Bila lagi la nak habiskan tepung kat rumah ni kan mak? Lepas ni siapa nak kahwin dengan aku kenalah belajar2 buka makan cekodok ye (haha. perasan! ). Cekodok tu menu utama berbuka kami. Nasi makan la jugak kalau siapa2 yang tak cukup makan lagi tu, atau makan selepas balik terawih. :D

Sekejap cuma

Walaupun hanya sekejap ia cukup membuatkan aku gembira.
Tetapi dia tidak faham.
Malah dia juga tidak tahu.
HAHA

Saturday, July 21, 2012

1

Aku seperti terbayang-bayang
mimpi ngeri yang bakal menjelma
sebulan lebih dari sekarang

Wednesday, July 18, 2012

Mamat spoil (PART 1)

Button post pun di tekan. Tersengih-sengih Min.

"Hai Min, lajunya update blog? yang semalam tu apa cerita? Yang ke berapa tu?" Aina memasuki bilik. Faham sangat dah dengan kawan dia seorang ni. Kalau balik kelas petang tak update blog memang tak sah.

"Kenapa? kau pun suka kat dia kan?"

"Eh, aku pulak yang kena. Aku tahu semua orang cakap mamat tu handsome. Tapi sorry lah bukan taste aku."

"Ala, aku tak lah macam Syaza dengan Bel tu. Tu baru peminat fanatik. Aku suka tengok je mamat tu sebab muka dia macam kotak."

"Apa punya taste la minah ni kotak-kotak pun suka" Ngomel Aina.

"Hoi, mulut tu jaga sikit." Muncung Min.

"Eh Min ko nak dengar satu cerita tak?" Soal Aina.

"Hurmmm...apa nya?" Malas-malas je Min menyahut.

"Semalam abang aku ada cerita something kat aku. Nak dengar tak?" Pancing Aina.

"Takpe lah, kau pun macam malas je nak dengar. Aku nak mandi dulu kejap lagi nak maghrib dah. Tapi ni cerita pasal mamat spoil tu tau." Pancing Aina lagi dan berlalu pergi.

Buntang mata Min. "Ehh kejap-kejap. Cerita apa cerita apa? Ceritalah Aina.." Rengek Min manja memaut tangan Aina.

"Oh, tahu pun kau eh. Cerita pasal mamat spoil tu laju je kau. Dah-dah lepas la tangan aku ni, rimas lah. Aku nak cerita lah ni."

Tersengih-sengih Min dekat Aina.

"Yang kau tersengih-sengih macam kerang busuk ni kenapa? Kau minat siapa sebenarnya ni? Banyak sangat orang kau minat eh."

"Ala ni bukan minat. Admire jelah. Kalau minat dah lama aku usha. Tapi mamat spoil ni kisah lama. Mana boleh tak ambil tahu. Takkan aku nak usha dia banyak kali. Malu la aku." Bebel Min.

"Yelah, yelah aku faham."

BERSAMBUNG

Karya Aideeyus Zahra.


**minta jasa kalian doakan yang terbaik buat mak sahabat saya Puan Zaleha yang kini bertarung nyawa dengan kanser yang semakin merebak serius di dalam badan. Semoga Farhana sekeluarga kuat! amin..

Tuesday, July 17, 2012

Tak yah amek pot

Poit smlm den mimpi kau.
apokono tah tibo2.
haih.
den tibo2 tejago tgk jam kol 0510.
petanda apekah itu?

Jika anda sudah memegang title orang bekerja ?

Assalamualaikum! :)

Bagaimana anda akan berkhidmat dan meneruskan pekerjaan anda berdasarkan apa yang anda ceburi?
Adakah ia sekadar bekerja untuk membayar hutang?
atau sekadar bekerja kerana telah mendapat jawatan tersebut?
atau ia merupakann impian anda selama ini?

Jom kita baca dan nilai sama-sama. 
Semoga kita tergolong dalam kalangan 'bekerja untuk memberi' seperti yang telah dinyatakan oleh Dr. Anayasmin. 
Walaupun beliau doktor dan kita bukan doktor tapi konsepnya lebih kurang sama sahaja :)
Walla~

UBAH TANGGAPAN TERHADAP KERJA

Bismillahirahmanirrahim..
Apabila menyebut housemanship ianya seolah-olah sinonim dengan tekanan, dan keletihan sehinggakan isu ini menjadi bahan perbincangan hangat di media-media dan bahan perbualan dikalangan kita. Fasa ini juga merupakan satu yang besar impaknya dalam kehidupan insan bergelar doktor, manakan tidak ianya boleh mempengaruhi kitaran hidup seseorang, sehinggakan ada yang sanggup menggadai nyawa semata-mata untuk cemerlang sebagai seorang doktor pelatih.
Saya cuba membawa pandangan kita semua kepada satu pandangan baru agar yang masih menjalani fasa housemanship ini tidak melihat ianya sebagai segalanya dalam kehidupannya kerana kita umat Islam yang mempunyai agenda lebih besar dalam hidup.
Insan yang berjiwa besar melihat masalah sebagai kecil dan insan yang biasa boleh menjadi luar biasa asalkan dia mahu bangkit dan keluar dari kebiasaan zon selesa nya dan melihat masalah sebagai satu cabaran dalam hidup untuk berjaya.
Kadangkala apabila menganalisa kembali gaya hidup semasa menjalani fasa housemanship ini, saya menjadi takut..takut akan ketaksuban sesetengah individu dalam kerja sehingga lupa pada pencipta dan fitrah dirinya sebagai muslim dan manusia, takut melihat sikap sesetengah teman yang berputus asa sehingga langsung culas dalam menjalankan  amanah..sebetulnya, rezeqi yang dikurniakan itu perlu dijaga keberkatannya. Serta pelik melihatkan sesetengah rakan takut akan bosnya lebih daripada Tuhannya sehinggakan sanggup meninggalkan solat semata-mata mahu dipandang sebagai pekerja yang rajin dan segan mahu meminta izin bersolat daripada superior nya.
Diri ini juga pasti melakukan kesalahan dan sering dahagakan nasihat-nasihat dan peringatan dari mereka yang memahami agar tidak tersasar dari matlamat sebenar kehidupan ini. Pernah juga merasakan diri ini umpama robot yang diprogram untuk melakukan rutin yang mengeringkan jiwa dan fikiran. Alhamdulillah apabila tersedar segera melangkah keluar dari belengu itu.
Keceriaan dalam berkerja sebenarnya bergantung kepada niat dan tanggapan kita terhadap kerja itu. Adakah kita hanya berkerja kerana TERPAKSA Atau kerana hendak MENERIMA sahaja atau berkerja untuk MEMBERI.
BEKERJA KERANA TERPAKSA
Mahu tidak mahu setiap kita perlu melalui fasa housemanship ini sebagai persediaan untuk meningkatkan competency diri. Makanya tiada cara lain jika kita berkerja kerana terpaksa maka TUKARLAH SIKAP itu kerana ini adalah satu-satunya solusi yang ada selain daripada MENUKAR KERJAYA.
“jika kita tidak dapat apa yang kita suka, kita perlu suka apa yang kita dapat”.
Kenalpasti apa punca kita merasa terpaksa dalam kerja. Adakah kerana merasakan banyak yang tidak tahu sehingga sering diherdik  atau fasa ini tidak seperti zon selesa kita dahulu yang tidak mengerah mental dan fizikal seperti ini. Setelah kenalpasti cubalah selesaikannya; sebagai contoh masalah tidak tahu, buat persediaan sebelum memasuki satu-satu jabatan dan rancang masa terbaik agar zon tidak selesa anda sekarang masih boleh menceriakan diri kita.
BEKERJA UNTUK MENERIMA
Jika berkerja hanya untuk menerima sahaja, sama ada menerima gaji sahaja atau menerima plans untuk pesakit tanpa anda menganalisa mengapa rawatan itu diberikan. Golongan perkerja sebegini lebih bermotivasi berbanding mereka yang terpaksa tetapi hanya akan menjadi perkerja yang biasa-biasa sahaja. Bahkan akan menjadi terlalu berkira jika perlu berkerja lebih masa atau menerima bilangan oncall lebih berbanding yang lain. Tiada perasaan ingin menyediakan diri sekiranya anda menjadi MO kelak dan tiada inisiatif untuk memajukan diri kerana Allah semata-mata.
BEKERJA UNTUK MEMBERI
insyaAllah kita akan jadi lebih ceria sekiranya kita berkerja untuk memberi. Kita sering berfikir bagaimana untuk memberi kerana kita yakin Allah akan memudahkan urusan kita sekiranya kita memudahkan urusan orang lain dan memberi ganjaranNya di dunia ini atau di akhirat kelak. Jika kita golongan ini, berkerja untuk memberi, kita berkhidmat untuk memberi kebaikan kepada diri sendiri dengan hanya mengejar redha Allah, cuba menganalisa dan memahami mengapa sesuatu rawatan diberikan agar kita menjadi MO yang competent kelak, memberi kepada pesakit , memberi kepada rakan dengan tidak berkira dalam berkerja. Tanggapan bahawa kerja ini membolehkan kita untuk memberi akan membuatkan kita lebih bermotivasi, berusaha mencari redhaNya serta merasakan diri ini lebih berharga.
Cubalah ubah tanggapan kita hari ini dan lihat hasilnya.
Dr Anayasmin bt Azmi
Pegawai Perubatan
Hospital Tunku Jaafar Seremban


Boleh baca disini ye! 


Sekian.
Assalamualaikum :)

Saturday, July 14, 2012

Dah raya? puasa pun belum lagi


semenjak dah start cuti sem 
lebih tepat lagi bermulanya praktikal
aku belum jumpa siapa2 lagi 
kawan2 kat sini
weekend depan dah puasa pulak
hurmmm..
weekend aku sabtu kerja setengah hari
ahad dah rasa tak nak keluar rumah sebab esok dah start kerja balik
log book dah banyak dah tinggal
bilanya aku nak siapkan jahit baju raya ni pun tak tahu
mak dah bising dah bila nak start sambung jahit
jangan malam raya macam tahun lepas2
still pegang jarum dan benang
al, baju ko dah siap, tapi tinggal sikit2 je lagi
hopefully raya nanti ko sempat pakai.
eh, hopefully bulan puasa ni nanti aku dah pass kat ko dah
-.-


Friday, July 13, 2012

Kena tembak nasib baik tak mati


Semalam sambil tunggu concrete kat bore pile encik halim keluarkan soalan cepumas.
Amboi encik halim jangan main tembak2 dengan saya.
Working load pile ni berapa?
Method statement load test dah baca blom?
(Dalam otak aku method statement bored pile)
Mana taknye jawapan aku dah.
Adoai.
Pastu dia tanya terus aku tenganga-nganga nak jawab.
Pastu disebabkan aku tak suka kena tembak.
Datang office pagi tadi terus aku cari cara nak ingatkan macam mana.
Padahal benda alah tu ada dalam drawing kenapa kena ingat?
Kat site ni apa yang aku realise semua benda kena ingat.
Semua benda kena ada dalam kepala otak
Sebab nanti bila kena tanya jawapan mesti dah ada kat mulut.
Jika tiada jawapan yang 'concrete' sila tadah telinga.hahaha.
Pastu gelak-gelak balik.
Kenapalah aku ni tak suka ingat-ingat benda.
Jadi jangan dijadikan tabiat malas mengingat kalau tak nak nyanyuk cepat.

Okeyh, mari pulang ke rumah! :)

I'm addicted !

Boy I think about it every night and day
I'm addicted wanna jump inside your love
I wouldn't wanna have it any other way
I'm addicted and I just can't get enough

It's okey. Everyday I pray for your happiness, prosperity and success.
Take care
:)

Tuesday, July 10, 2012

Nombor


Daripada tiga belas menjadi tujuh. Ya, aku hanya suka berangan. Angan yang tak pernah akan berhenti. Sekarang sudah tujuh. Sejam dua jam lagi apa pula ceritanya ya? Ya, aku mengharapkan ia bakal menjadi tiga atau kosong. Sebabnya, angan itu dapat dirasakan ia tidak akan menjadi kenyataan.

Satu bermulanya sekolah menengah. Juga sekarang aku lebih suka akan satu. Walau apa pun keadaan mementingkan diri itu tiada dalam kamus hidup mereka. Serius aku bahagia. Bila kini berjumpa dengan empat. Ia menjadi telalu serabut. Kadang-kadang hanya ragu-ragu yang bertakhta. Inikan pula bila aku bertemu dengan lima. Memang terlalu banyak keserabutan. Tetapi selepas lima, enam dan seterusnya akan lagi banyak liku. Dan itulah dinamakan kehidupan. Dua dan tiga juga tetap dihati aku. Kini hanya tugas aku memahami apa yang terjadi dan tahu maksud begitu dan begini. Walaupun dari satu sampailah kesudahannya aku tetap akan sayang. Tetapi satu dua dan tiga itu masing-masing punya corak yang sangat berbeza dan aku mampu bahagia bersama mereka.

Aku rasa aku bagus dalam imaginasi. Walau imaginasi aku tidak seperti yang diharapkan. Tetapi ia bagus untuk proses ingatan aku. Seperti membaca novel. Apa yang aku baca aku dapat bayangankan dengan jelas sekali. Tidak kira di alam nyata ia adalah palsu semata-mata. Imaginasi membantu aku untuk mudah mengingat sesuatu perkara berbanding menghafal struktur ayat. Dengan imaginasi ia menang lebih ke atas struktur ayat. Ia seperti sebuah lakonan diminda. Hanya diri sendiri tahu apa kelebihan diri. Kalau kau masih tidak tahu apa salahnya cari sehingga jumpa.

Semakin laju hari-hari mengalahkan dua puluh empat jam. Kadang-kadang aku pun pelik. Mungkin aku di dera psikologi oleh sekeliling. Apa yang aku tahu aku memang terlalu menitik beratkan sesuatu yang seperti zarah. Tapi bukan semua hanya sebahagian dan juga sebahagian yang lain. memang sekarang rasa sangat pelik. Ya, apa yang tidak dapat diluah bisa diluah dengan tulisan. Jadi ia membantu juga kadang-kadang.

Ecah, happy birthday ;)

ecah,
harini aku rasa ape yang ko rasa
emmm..
aku faham perasaan ko
dan hari ni perasaan tu datang pulak kat aku
dan aku nak cakap
aku sedih sikit, 
aku macam tak boleh terima bila macam tu
emmm..
harus membuat yang terbaik
permulaannya memang sukar
moga ia bertukar menjadi keselesaan yang diimpikan
thanks call aku!
sorry sebab lupa besday ko
hahaha
happy birthday =')
aku dah janjikan nak belanja ko ijan burger!
ingatkan aku ;)

rindu kat korang! :D
ecah, nash dan budak muka takde jerawat. HAHAHAHAHA!!
serius aku jelous dengan budak paling hujung sekali tuh.
licin muka takde jerawat langsung! huh!
(ini gambar tiga tahun lepas ye. ulang suara TIGA TAHUN LEPAS!)

Saturday, July 7, 2012

Rabu tak rabu.


Ini rabu lepas punye cerita.

"adip adip, result dah keluar semua.." azi message.

Aku pandang kosong message azi. Macam tiada perasaan bila dapat tahu result dah keluar.
Harini memang aku duduk ofis je buat log book sambil online. Apa orang update berapa saat aku dah nampak. Aku dah nampak dah status nunu kat xmat. Lepas tu baru message azi masuk.

Ye aku tahu result dah keluar dengan malas aku pun masuk smaponline. Yelah nak tengok result hasil berpenat lelah selama satu sem ye tak.

Aku tak tahu memang tiada perasaan excited mahupun gembira. Bukak je memang semua dah tertera kat situ. Subjek envi, sustain, design bla3. Ye, aku redha ya allah. Terima kasih kerana engkau memakbulkan doa aku supaya aku redha dengan result exam ni. Mahu mengharapkan dekan bukan kepala otak aku ni jenis cepat tangkap kalau belajar. Walau angan-angan setinggi gunung tapi ia sukar juga untuk digapai kan. Dekan ke? tak, jauh sekali.

Kadang-kadang perasaan redha tu rasa macam nak menangis sebab Allah tu memang sayang kat kita so dia bagi sebab kita mintak. Aku tak nak sedih, tak nak tak puas hati atau apa-apa yang pelik macam sem2 awal dulu.

Betul apa orang kata, apa yang kita usaha itu  yang kita dapat. Semakin aku mahu mendapat hasil itu daripada usaha diri sendiri bukan dengan cara yang boleh aku rasa bersalah kat tuhan.

Belajar di library dari awal-awal test 1, 2 dan akhirnya final. Aku ke library bukan sebab aku pandai.
Sebab aku kurang pandailah aku ke sana walau kadang-kadang tiada peneman yang mahu ikut. Tapi itu bukan masalah jika diri mahu berjaya ye tak. Kekadang dengar orang berkata wah rajinnya pergi library, relex la baru awal sem. Otak kita tak sama ye kawan. Otak aku bukan esok exam baru bukak buku terus melekat tak tanggal2 dengan jayanya.

Subjek first yang aku tengok semestinya lah MathsII sebab tu subjek repair. Kau gila subjek repair dapat gred yang sama macam dulu. Bayar berjuta-juta dapat benda sama memang menangis aku. Haha. So, apa yang boleh diucap lagi, alhamdulillah walau A memang bukan dalam tangan.haha.

Then, subjek second yang aku tengok subjek sustain. Apa pasal? sebab sustain adalah subjek membaca yang paling banyak jika mahu di bandingkan dengan yang lain. Aku subjek baca nilah yang paling aku risau sekali. So, apa yang boleh diucap lagi, alhamdulillah walau A memang bukan dalam tangan.haha. 
Aku tahu kemampuan aku.

Yang lain tak nak komen dah sebab final tu otak aku diganggu dengan bagus sekali dengan apa pun aku tak tahu. Haih..

Tahniah kepada kawan-kawan serumah, kawan-kawan tak serumah dengan result anda yang gempak2 itu. Aku turut merasa kegembiraan itu :D

So, next sem harus juga bermula dari awal juga ye adibah! ;)

Tapi kan, aku tak tahu kenapa final hari tu aku tak dapat belajar. Ye, aku pun tak tahu kenapa, jadi memang result yang aku dapat tidak harus dipersoalkan.

Yes, I am stonger than I think!

Jauhi emosi yang tiba-tiba datang


Aku dapat merasakan  ia bakal datang menjelma tak lama lagi
Jadi harusnya aku bersedia
Tetapi selalunya ia akan sukar dikawal dengan baik
Sila sibukkan diri anda agar ia tidak mengganggu ketenteraman hidup tidak lama lagi
Sesungguhnya jika masa lapang itu tidak berisi maka laju sahaja dia datang menghampiri
Ah. aku mesti sibukkan diri sesibuk-sibuknya.
Jauhi emosi, guna akal sebaik-baiknya!
Kau tahukan bila perasaan sedih itu datang menjelma tanpa apa-apa sebab?
Adakah sebenarnya perempuan itu tidak kuat?
Aku mahu menjadikan jiwa sekental lelaki.
Tapi kebiasaannya ia jarang-jarang terjadi di waktu-waktu begini.

can i fly now?

Wednesday, July 4, 2012

He's my hero!

 Here is my hero!
Tak percaya??
This is my Jang Geun Suk! hahaha..
Okeyh aku dah jumpe versi UTHM punya.
Tapi takkan nak letak gambar beliau kat sini pulakkan :P
He said, "Adibah, we will meet next sem!" (berangan)

Ni ha aku siap buat siap print screen lagi.hahaha..

Seriously, now i really admire him! 
and fyi, he already has a girlfriend. hahaha..
i'm saved to keep it him as my admire..hihi..
okey ni akibat study week kat library hari tu lah ni =.="
cito eh den mula2 tengok mamat tu, macam pernah tengok.
tapi aku tak tahu kat mana.
dan sekali tu tiba2 ia muncul di minda. haha!

Hi, my jang geun suk, you don't have to worry about me because i'm not falling in love with you, just admire you. But, if you don't mind i will try. haha!!(berangan lagi) =..=

Just planning for my weeding day ;)


Lets planning from now!
yes! everything!
every second every minute.
i know if i dont have my planning
i just waste my time day by day,
and its become nothing that can help my complacancy.
everyday is meaningful for me.
even it's scared me, it's depress,
it's happy moment with anyone that belong with me.
it's full with love. yes i love it.
my family, my friends, my housemate,
my officemate and person that made my day.
so, come on guys. join me.
we planning from now!
before we feel sorry about that.
it's not about my weeding day okeyh..hahaha!!
see irma hasmie got married i also want maa.. O.o
people, just give 100% in what are you doing now.
Engineer to be! I aim for the stars and maybe i'll reach the sky right?
Just look a progress of retaining wall at site
i just love my lab coat! hee ;)

Apa yang aku boleh cakap orang kat site ni semua sangat baik dan sangat membantu. Tak kisah la kau tu indon ke bangla ke semua sama. Tak macam yang mereka2 di ofis itu war2kan ;)

TADAAAAA!!! :D

AND... TADAAAAA!!
masa yang diberikan untuk bermain di site adalah sangat limited okey!
sekarang aku dah gelap. dah macam bangla pun ada.
wait and see for next semester oke :P

Tadi kat site office aku telah jatuh menimpa tangga. Kalau orang pregnant jatuh macam aku mahu gugur anak dalam kandungan.haih. Sakit punggung! T_T