Ask me now!!

JOM TANYA-TANYA SAYA! SANGAT SEDIA UNTUK MEMBANTU :)
Nama/Name
Phone No
Email anda/your email
Pekerjaan/Occupation
Dimana kamu tinggal/Where Do You Live Kuala Lumpur
Selangor
Perlis, Kedah, Penang, Perak
Pahang, Terengganu, Kelantan
Sabah, Sarawak
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Sudah mendaftar jadi ahli dalam masa 2 tahun lepas/Have you registered as Herbalife member in the past 2 years? Yes
No
Mana yang kamu berminat/Are you interested in any of below? Turunkan berat/Lose weight
Tambah berat/Gain weight
Tingkatkan kesihatan/Improve health
Tingkatkan tenaga/Improve energy
Perbaiki masalah kulit/Improve skin
Cari pendapatan lebih/Earn extra income
Apa2 tambahan soalan atau info yang saya boleh bantu/Extra information that can help me to guide you.

Click here to create your own form.

Monday, February 6, 2012

Oh kenduri itu membuat aku sesak!

Oh aku tidak fokus hari ini untuk membuat kerja semenjak balik dari kenduri rumah mak lang dan amatlah tolong sangat membantu saya yang seperti tiada arah tuju menyebabkan hati tak tenteram dengan keadaan ini kerana makin lama semakin tidak tertahan untuk menanti tetapi siapalah aku untuk menanti maka haruslah bersabar menempuhi hari-hari muka walaupun aku mengetahui penantian suatu penyeksaan!

Ya aku tahu kenapa aku begini dimana kadang-kadang aku kecewa dengan diri sendiri kerana susah untuk mengawal emosi dan perasaan dengan baik apabila musim-musim embun sudah jejak ke bumi ia semakin membuat aku tidak tenteram dan semakin excited menunggu khabar-khabar gembira daripada teettttt walaupun aku tidak mengenali si tukang itu tetapi aku akan tetap menunggu kerana aku tahu perasaan itu akan pergi seperti angin lalu sesudahnya meninggalkan kesan kepada kepala otak dengan berlegar-legarnya segala pertanyaan kenapakah aku begitu, begini dan begitu.

Kau tahu aku adalah manusia yang tidak sama seperti engkau, kau malahan kau juga kerana kita berbeza dan sangat berbeza dalam segala bentuk rupa, keadaan, buah fikiran, kelebihan, kekurangan, dan macam-macam lagi tetapi kita tetap sama dimana kita adalah tidak lain dan tidak bukan adalah hambaNya yang tidak pernah lepas daripada membuat sebarang dosa tetapi adakah kita selalu beringat untuk bertaubat sedangkan tuhan itu tersangat mahu mendengar rintihan hamba-hambaNya yang tidak sempurna sedangkan Dia adalah maha sempurna tidak berbanding dengan apa jua sesuatu di dunia ini.

Beginilah kesudahan aku apabila berdepan dengan sesuatu perkara yang remeh lagi temeh membuatkan aku tidak senang duduk dengan keadaan yang sepertinya tidak perlu diambil berat sangat apatah lagi duduk memikirkan akan ia kerana ia tidak akan pernah habis sehinggalah dikala aku habis berfikir maka jangan engkau membuang masa Adibah binti Mohamed Yunus kerana membuang masa itu adalah amalan syaitan yang dia amat suka melihat kita sentiasa gelak ketawa leka dengan duniawi semata-mata tanpa mengingati akhirat sedikitpun dimana disana adalah sesuatu tempat yang pasti!

No comments:

Post a Comment