Ask me now!!

JOM TANYA-TANYA SAYA! SANGAT SEDIA UNTUK MEMBANTU :)
Nama/Name
Phone No
Email anda/your email
Pekerjaan/Occupation
Dimana kamu tinggal/Where Do You Live Kuala Lumpur
Selangor
Perlis, Kedah, Penang, Perak
Pahang, Terengganu, Kelantan
Sabah, Sarawak
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Sudah mendaftar jadi ahli dalam masa 2 tahun lepas/Have you registered as Herbalife member in the past 2 years? Yes
No
Mana yang kamu berminat/Are you interested in any of below? Turunkan berat/Lose weight
Tambah berat/Gain weight
Tingkatkan kesihatan/Improve health
Tingkatkan tenaga/Improve energy
Perbaiki masalah kulit/Improve skin
Cari pendapatan lebih/Earn extra income
Apa2 tambahan soalan atau info yang saya boleh bantu/Extra information that can help me to guide you.

Click here to create your own form.

Sunday, January 22, 2012

Apabila emosi melebihi segala-galanya


Pernah alami? mesti pernahkan? ermm..harini bila hari aku dimulakan dengan emosi terlebih-lebih sampai ke malam terus takde mood. Kenapa letakkan emosi melebihi segala-galanya? aku tahu kau boleh lupakan perkara yang tak penting tu dan kau boleh teruskan hidup dengan happy nye..oh indahnya dunia jika kau tak letakkan emosi melebihi segala-galanya. Ni bila dah malam baru menyesal kenapa aku macam tu. Lepas ni pesan pada diri, bila tak dapat sesuatu tak payah nank emosi sangat. Ingat mesti ada hikmah. Bila kau dah fikir positif semua akan berjalan dengan lancar. Mesti ada yang lebih baik yang kau akan dapat.

Tapi, aku sedih sangat kau tahu? kau tahu bila perasaan sedih tu melingkari diri? (eceh ayat!) dan terbitlah emosi terlebih padahal benda tu bukan apa sangatkan. Yang kau nak take serious sangat apa pasal? lempang nak? tak nak! taapi suka hati aku la aku nak emosi ke apa kan. Nak mengadu domba bagai kat sini kan. Janji aku lepas. Bukan aku pergi maki hamun orang ke apa kan. Lepas ni okey lah. Biasalah tu kan bila perasaan tak lepas kat sini aku bagi lepas. Bukan ada orang nak baca aku melalak terlolong kat sini ke apa kan.

Lagi lagi lagi? lagi aku tak boleh terima sebab benda tu susah nak dapat kau tahu? yang fresh2 yang baru diangkat dari kuali dengan rasa yang rangup kat dalam mulut. Kau boleh terima tak bila kau dah nampak benda tu depan mata kau pastu kau pergi gosok gigi cuci muka bagai nak merasa benda yang sedap tu tapi dah habis! kau tahu tak macam mana perasaan tu? Ibarat kau dah nak amik baju yang kau nak beli sebab kau minat gila tiba-tiba ada manusia ambil dan terus bayar. Tak ke sedih macam tu. Yang buat aku sedih sangat sebab benda tu serious susah nak dapat. Ada hari ahad jer. Itu pun kalau kau balik kampung hari ahad lah kan. Kalau kau tak balik mana nak dapat? Itu pun nasib-nasiblah kalau ada rezeki orang tu meniaga adalah kalau tak ada kempunan lagi. Selama aku duduk Seremban tak pernah lagi aku jumpa kat pasar tani atau pasar ampangan tu. Kat PRaja pun aku tak pernah jumpa yang fresh. Hari tu azi dok makan  kat library pun sampai hati tak pelawa aku makan. Nasib baik tak fresh. Kalau tak confirm sangat  kempunan.Ya, memang hari ni sangat kempunan. Dah berapa lama dah aku tak makan benda alah tu. Dah la.

Nasihat hari ini:
'janganlah melihat kpd pemasalahan sahaja..lihat lah pada penyelesaiannya juga'
Tu lah kau nak emosi terlebih. Kau fikir lah sikit orang kat Somalia tu kekurangan makanan. Kau tu dah ada makanan depan mata pun tak reti nak bersyukur. Kesimipulannya jangan ingat semua yang kita nak semua kita boleh dapat. Macam dapat result exam nanti walaupun ada result yang kau dah tahu kau kena lah bersyukur. Walaupun kau bukan dalam kalangan orang yang pandai-pandai otak genius macam budak rumah kau tu kau kena yakin Allah tu dah sediakan rezeki masing2. Bukan kau tak usaha. Mesti ada part kau suatu hari nanti yang lagi kau akan tahu betapa besarnya hikmahnya suatu hari nanti. Kan?
Insyaallah semoga aku sentiasa jadi hambanya yang bersyukur dan bersabar. Ingatlah semua yang berlaku tu hanya sekali. Jadi hayatilah semua perkara yang berlaku dengan baik, penuh rasa syukur dan penuh dengan kegembiraan.

(pssstt anak kedua memang macam ni ke? ke aku je yang macam ni? err..)












Nak tahu ke ape kebenda yang aku kempunan sangat nak makan tu?

nah kau ambil kuih deram yang baru keluar dari kuali ni!! T.T huwaaaaa!!!

ekekeke..mengado!

No comments:

Post a Comment