Ask me now!!

JOM TANYA-TANYA SAYA! SANGAT SEDIA UNTUK MEMBANTU :)
Nama/Name
Phone No
Email anda/your email
Pekerjaan/Occupation
Dimana kamu tinggal/Where Do You Live Kuala Lumpur
Selangor
Perlis, Kedah, Penang, Perak
Pahang, Terengganu, Kelantan
Sabah, Sarawak
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Sudah mendaftar jadi ahli dalam masa 2 tahun lepas/Have you registered as Herbalife member in the past 2 years? Yes
No
Mana yang kamu berminat/Are you interested in any of below? Turunkan berat/Lose weight
Tambah berat/Gain weight
Tingkatkan kesihatan/Improve health
Tingkatkan tenaga/Improve energy
Perbaiki masalah kulit/Improve skin
Cari pendapatan lebih/Earn extra income
Apa2 tambahan soalan atau info yang saya boleh bantu/Extra information that can help me to guide you.

Click here to create your own form.

Friday, August 17, 2012

Salam 29 Ramadhan :)


Assalamualaikum
Salam 29 Ramadhan

Hari last puasa
Catat rekod tahun ni tak buat kuih raya lagi
Dah 29 ramadhan kot
Nanti orang datang raya kat rumah bagi air raya jelah ye :D

Tahun ni aku berpuasa bersama praktikal
Berpraktikal bersama puasa

Baju raya pun dah siap tapi aku ada sepasang baju kurung je
Nak buat lebih2 balik kerja je penat(alasan)

Raya ni tak rasa macam nak raya pun
Kalau hari2 bulan ramadhan pun bagus kan

Hari tu pak indon nak balik raya pun aku rasa macam sedih
Rasa macam ditinggalkan (emosi tiba2)
Rasa macam akan berpisah lama
Siapa suka perpisahan kan?
Pertemuan pun tanpa dijangka
Jadinya aku kadang2 takut juga dengan pertemuan kerana perpisahan itu pasti
Hanya Allah sahaja yang kekal selama-lamanya
Pekerja buruh kat site semua baik2
Anggapan pertama aku memang negatif je mula2, takut juga apa2 kan, tapi ok je sebenarnya.
Mencari rezeki demi keluarga yang jauh diperantauan, kerja tengah2 panas.
Sampai aku rasa mereka semua macam keluarga sendiri
Macam2 cerita keluar bila dah berborak
Mereka tak kedekut ilmu tak juga sombong
Ada seorang wak tu (welder) sakit kaki tak boleh jalan
Hampir seminggu juga ambil cuti
Bila tiba-tiba aku nampak dia masa tengah cuci kasut
Rupanya dah kembali bekerja walaupun kaki sakit
Ada lagi sorang wak tu (bawak mesen piling), orang lain semua tak puasa
tapi dia sorang je puasa (pekerja piling). Baguskan? Aku bila turun site masa matahari tegak atas kepala
tak sampai setengah jam aku dah rasa macam air dalam badan dah takde. Ni dia relex je boleh tahan.
Dah ada cucu walhal umur baru 43 tahun.
Ada lagi satu wak tu puasa jugak. Umur dah 50-an kerja bahagian retaining wall tapi masih bertahan kerja tengah2 panas dan berpuasa.
Pekerja2 bahagian ground anchor pun semua baik2. Dari supervisor sampai pekerja buruhnya. Tapi kebanyakkan masih muda2. Handsome pun handsome. Ehem! ;).
Kerja mereka gaji hari, tak seberapa pun bagi aku kalau nak sara keluarga dengan gaji yang macam tu (kat malaysia la, indonesia tak tahu la).
Ditanya kenapa tak kerja kat negara sendiri. Dia cakap kat sana susah nak dapat kerja.
Dia suka kerja kat Malaysia sebab banyak peluang kerja. Walaupun gaji tak seberapa sangat tapi boleh hidup.
Orang bangla aku nak borak lebih2 dorang macam kurang faham sangat bahasa kita. Kena cakap banyak kali baru faham. Malas la aku. Lagi2 yang masih muda.
Ada bangla tu umur dah 40an. Supervisor. Yang ni faham melayu. Kalau bercakap ada slang cina sikit. Isteri dia muda wo baru 20an. Seminggu sebelum raya haritu dah balik raya. Nak beli handphone baru katanya. Lumix 808 tapi tak jumpa.
Nak carik fon kat sini kebanyakkannya mahal2. Kalau area terminal tu memang ada. Banyak. Tapi yang ciplak pun banyak.
Dia cerita dia pergi shopping kat maidin sampai rm1000+ duit habis.
Gila kan? haha. Tak pe sekali sekala balik nak bawak untuk anak bini kan.
Kat site ni semua orang2 kita 1 malaysia kita akan jumpa tak kisah la dia tu subcont ke supplier ke driver lori ke, semua okay :)

Aku doakan mereka semua sekeluarga hidup dalam kegembiraan dan penuh kesederhanaan
dan juga diberikan kesihatan yang baik.

Oh ya, alhamdulillah ramadhan ni di sponsor iftar kat hotel. Royale Bintang and Alson Klana.
3 kali. 1st sub-cont retaining wall, 2nd sub-cont piling, 3rd supplier concrete
Sepanjang aku tinggal kat seremban inilah kali pertama aku jejakkan kaki kat hotel.
Kalau tak sampai bila2 pun tak masuk aku rasa.
Juga iftar bersama dak2 praktikal TKN, dak2 petra and classmate UTHM.
Iftar dengan dak2 petra sangat aku terkenang zaman sekolah dulu.
Sekarang masing2 dah boleh jadi mak bapak orang dah.
Masing2 dah berubah kalau dulu nakal sekarang dah baik,
kalau dulu senyap sekarang dah banyak sikit cakap,
kalau dulu pemalu sekarang self-confident tu dah bagus.

Sebenarnya aku takde hala tuju pun nak menulis kali ni.
Sementara tunggu pavlova aku ni siap.
Tak tahu lah jadi ke tak.
Nanti jadi aku update kalau tak update faham2 la ye :P

Selamat hari raya semua. Sesungguhnya aku bukan sempurna untuk tidak berbuat salah, untuk tidak terlepas kata, terambil mana yang tak patut, dan macam2 lagi perkara yang sukar dikawal. Maafkanlah segala kekhilafan diri ini. Semoga kita upgrade setiap apa yang kita buat untuk kejayaan dan kegembiraan masing2 :D

Wassalam. <3

*sebelum berbuka tadi akhirnya jejak juga kaki ini ke bazar ramadhan ngan mak tersayang. i lap u mak. sayunya rasa ramadhan dah nak abis ni. tengok muka2 orang ramai kat bazar tadi rasa segar je mata tengok masing2 bersama family tersayang membeli juadah berbuka. i love peace no war. tiap tahun je mesti nak sayu je hati ni. perpisahan lagi :'(

No comments:

Post a Comment