Dari Parit Raja ku menyusuri bandar Batu Pahat seterusnya ke Muar, Tangkak dan Jasin. Itulah destinasi pertama. Singgah ke kampung sebelum pulang ke Seremban. Ku mahu lalui dan menghirup udara segar dab melalui jalan-jalan kampung yang bakal ku susuri lagi 2 bulan lebih lagi. Tidak pula ku ikut highway sebab mahu melalui jalan-jalan indah ini sebab ku pasti rindu nanti. 2 bulan kot tinggalkan Parit Raja. Haha.
Serius hanya sayu menjadi peneman. Dicorong-corong radio juga lagu-lagu yang membuatkan hati ini bertambah sayu menjadi peneman. Pertemuan dan perpisahan yang tak dijangka semua telah diatur indah oleh Allah. Sesungguhnya jika kita menetapkan hati bahawa semua pertemuan persahabatan itu kerana Allah pasti indah yang kita rasa.
Kepada senior-senior yang sudah tamat belajar bukan aku tidak mahu berjumpa untuk kali terakhir kerana ku pasti akan berlinang air mata tanpa henti. Tak nak nangis depan korang cukuplah menangis tutup bantal je. Haha. Nasib baik alya ada teman saya nangis taw. Nampak nau lembut hati padahal takde pape pun kan. Sebab tu aku suka bajet cool plus bajet hansem. Haha.
Ye, perjalanan hidup kita masih panjang. Akan habis belajar, bekerja dan seterusnya mencipta kehidupan baru bersama keluarga baru. Jadi apakah tujuan kita untuk semua ini? Ye, aku still ingat lagi pesanan cikgu ecah masa teman dia pergi TTJ dulu. Walau dia tak pernah mengajar aku dan bukan cikgu aku tapi kata-kata dia sungguh terkesan. Hanya Allah dan agama Islam. Walau mana kita pergi jika kita tetap dengan dua benda ni kehilangan yang kita bakal rasa akan akan kita redhai sebaik-baiknya.
Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri. Kita kutip emas banyak2 kat negeri orang, di negeri sendiri juga kita akan pulang akhirnya. Aku ada lagi satu tahun lagi. Semoga aku tabah dan happy menempuhi hari-hari mendatang. Satu tahun tu tak lama, so jangan buat benda2 yang tak beri apa-apa manfaat. Hanya mahu mencipta kenangan indah je. Boleh tak? Jauhi sengketa kawan-kawan sebab itu semua tidak kemana dan yang pasti Allah pun tak suka. Semoga silaturrahim yan terjalin sampai ke syurga. Insyaallah :)
Ask me now!!
JOM TANYA-TANYA SAYA! SANGAT SEDIA UNTUK MEMBANTU :)
Click here to create your own form.
Sunday, June 24, 2012
Friday, June 8, 2012
MenjiwaiMenjiwai
Saat
Keadaan itu datang menerpa
kadang-kadang aku tidak sanggup
jiwa kacau. urghh!
aku nak study la jangan kacau boleh tak?
T_T
Thursday, June 7, 2012
Jadilah orang yang dapat membantu
Pusat Kesihatan Universiti
Ya, servis dia memang baik
Tak dinafikan
Tapi aku dari jadi nak ke sana
terus tak nak kesana
sebab
setiap kali aku datang sana mesti dapat doktor yang sama
naik bosan pulak aku
kalau doktornya best takpa
ni kasar, tak mesra alam
macam tak ikhlas je buat kerja
macam orang datang bulan pun ada
tapi lelaki
haih tak faham aku
orang sakit pun boleh bertambah-tambah sakitnya
aku kalau darurat je baru akan pergi sana
kalau rasa dah nak mati tak larat nak jalan tu baru kot aku nak pergi sana
aku rasa sebab first time dapat kat doktor tu
terus bila aku datang next2 time dapat org yang sama
kalau doktor gigi tu aku tak kesah
baik mesra alam
rasa nak datang selalu je
apelah ada doktor macam tu baik tak yah jadi doktor.
Hoi adibah membebel di tengah malam buta! T_T
Aku ingat nak lah selalu pergi sana kalau ada pape, kalau macam nilah baik pergi klinik luar.
Kepada Syapip, thanks! Walau kau tak membantu apa2 tapi kau memahami. Kadang2 bila kau takda aku rasa sodeyh plak tibe2 sebab orang lain tak macam kau yan faham kenapa aku begini.
Okeyh ayat takyah nak sedih sangat.
Assalamualaikum! :P
Ya, servis dia memang baik
Tak dinafikan
Tapi aku dari jadi nak ke sana
terus tak nak kesana
sebab
setiap kali aku datang sana mesti dapat doktor yang sama
naik bosan pulak aku
kalau doktornya best takpa
ni kasar, tak mesra alam
macam tak ikhlas je buat kerja
macam orang datang bulan pun ada
tapi lelaki
haih tak faham aku
orang sakit pun boleh bertambah-tambah sakitnya
aku kalau darurat je baru akan pergi sana
kalau rasa dah nak mati tak larat nak jalan tu baru kot aku nak pergi sana
aku rasa sebab first time dapat kat doktor tu
terus bila aku datang next2 time dapat org yang sama
kalau doktor gigi tu aku tak kesah
baik mesra alam
rasa nak datang selalu je
apelah ada doktor macam tu baik tak yah jadi doktor.
Hoi adibah membebel di tengah malam buta! T_T
Aku ingat nak lah selalu pergi sana kalau ada pape, kalau macam nilah baik pergi klinik luar.
Assalamualaikum! :P
Subscribe to:
Posts (Atom)