Ask me now!!

JOM TANYA-TANYA SAYA! SANGAT SEDIA UNTUK MEMBANTU :)
Nama/Name
Phone No
Email anda/your email
Pekerjaan/Occupation
Dimana kamu tinggal/Where Do You Live Kuala Lumpur
Selangor
Perlis, Kedah, Penang, Perak
Pahang, Terengganu, Kelantan
Sabah, Sarawak
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Sudah mendaftar jadi ahli dalam masa 2 tahun lepas/Have you registered as Herbalife member in the past 2 years? Yes
No
Mana yang kamu berminat/Are you interested in any of below? Turunkan berat/Lose weight
Tambah berat/Gain weight
Tingkatkan kesihatan/Improve health
Tingkatkan tenaga/Improve energy
Perbaiki masalah kulit/Improve skin
Cari pendapatan lebih/Earn extra income
Apa2 tambahan soalan atau info yang saya boleh bantu/Extra information that can help me to guide you.

Click here to create your own form.

Friday, June 29, 2012

Hari kelima LI


Datangnya pagi..

Baliknya malam..

Thanks bos. Encik Halim kata " balik jelah bukan kamu dapat gaji overtime pun". Tiba-tiba aku ngan apah, eh encik Manap ni betul2 ke main2 suruh sampai malam ni. Tiba-tiba terfikir betul jugak kata encik Halim tuh =.=". Thanks Fizi, datang juga kamu. Kami pulang dulu :D

Kesimpulannya, aku tak nak kerja site kot lepas ni. Kalau sekadar datang melawat takpe sebab macam takde life kot. Lain la kalau aku ni lelaki dan bujang. Kalau aku lelaki dan sudah berkahwin pun nanti balik rumah bini ada siapkan semua ye tak. Kalau aku dah kawin nanti kesian laki aku kan. Banyaklah kau punya kalau dibah.

Oke esok half day. Semoga bos garang datang lambat! Tak datang lagi aku suka. Tak tenteram jiwa dan ragaku. Hoho.

Thursday, June 28, 2012

Masa jom la jadi kawan aku..

Semenjak dah start praktikal ni
Aku susah nak bagi masa kat rumah
Aku tak tahu kenapa balik rumah je mesti ngantuk
Yang aku tahu aku ngantuk dan aku perlu tidur
Dan masa di rumah tidak diuruskan dengan baik sekali
Harini dah hari ke-4
Esok hari ke-5 pula
Semoga aku semakin terurus hari demi hari

sian omak den, anak eh dah start kojo ni ikot palo sndri yolah nak buek apo.
kalau sunyi sopi bilik tu kompem la tido.
rasa bersalah tapi aku sangat cuba untuk adapt
dan belajar handle masa dengan baik =_="

Ye, aku memang susah nak adapt benda2 baru dengan baik
tapi bukan bermakna aku akan biarkan
aku sedaya upaya akan menjadikan ia sesuatu kebiasaan
dan menjadikan ia terbaik

Aku selalu pikir
macam mano la aku dah kerja nanti
macam mano la aku pindah rumah lain nanti
macam mano la aku dah kahwin nanti
macam mano la macam2

Monday, June 25, 2012

Hari first LI.

Ya, macam biasalah orang kata takde keje. Kerja aku harini tengok2 plan sebab esok dah boleh masuk site. Ada projek buat bangunan mains 13 tingkat woo kat depan Taman Tasik Seremban. Tapi aku rasa aku sempat tengok dorang buat piling jelah kot. Sebab baru buat piling je. Serius bosan duduk office. Mereka yang kat office tu pun menjelang lepas zuhur semua dah ngantuk2 termasuklah aku ni bukan double, triple ngantuknya sebab semalam tidur pukul 4 layan korea. Oke tak nak buat lagi. Tapi mereka bersemangat!

Err, aku harap esok oke. Kak fana n kak zira pesan pergi site tu memang mejoriti lelaki. Yang paling penting baju jangan ketat bla3. Insyaallah akan menjaga tu semua. "tapi kat site ni satu jela mamat2 indon ni spesis yang macam tak pernah tengok perempuan" kata kak fana =.=". Err..ketakutan la plak. Tapi ingatlah anda ke sana mahu menuntut ilmu :D.

Aku tiba-tiba rasa macam tak semangat plak nak pergi site sebab adelah sebab2 tertentu, tapi aku mesti positif sebab yaya kata kawan dia kat sana oke je, best je. Yeay! adalah kawan perempuan. Aku tak nak duduk office sebab dua bulan je kan. Baik aku pergi site timba pengalaman sebanyak mana yang mungkin. Kalau duduk office aku kena buat kerja-kerja QS. Okey je kot QS tu tapi hati kuat nak ke site. Bye2 QS, jangan dorang tarik aku balik masuk office sudah.

Oh ya, aku sama tempat LI dengan azree dan esok kami sama2 akan memulakan kerja di tempat baru. Pegi site. Encik site, semoga membantu ye. Jangan garang-garang ye, kalau encik garang saya terima jelah. Nak tuntut ilmu bukan senang ye dok?

Penat weyh. Aku rasa macam orang tak cukup tenaga bila dah sampai rumah. Kemon dibah, permulaan je baru kot. Yang sipi2 punya hal tu takyah nak pikir sangat. Say bye2 je :P
Okelah bye2 malas nak tulis dah. Take care. Love you. Assalamualaikum :)

Pandai belakon. Ni jelah kerja aku first day. Suma plan mains aku pegi godek2. Aku rasa macam aku kurus sangat. Tak cukup makan ke aku ni?