Ask me now!!
JOM TANYA-TANYA SAYA! SANGAT SEDIA UNTUK MEMBANTU :)
Click here to create your own form.
Tuesday, July 10, 2012
Nombor
Daripada tiga belas menjadi tujuh. Ya, aku hanya suka berangan. Angan yang tak pernah akan berhenti. Sekarang sudah tujuh. Sejam dua jam lagi apa pula ceritanya ya? Ya, aku mengharapkan ia bakal menjadi tiga atau kosong. Sebabnya, angan itu dapat dirasakan ia tidak akan menjadi kenyataan.
Satu bermulanya sekolah menengah. Juga sekarang aku lebih suka akan satu. Walau apa pun keadaan mementingkan diri itu tiada dalam kamus hidup mereka. Serius aku bahagia. Bila kini berjumpa dengan empat. Ia menjadi telalu serabut. Kadang-kadang hanya ragu-ragu yang bertakhta. Inikan pula bila aku bertemu dengan lima. Memang terlalu banyak keserabutan. Tetapi selepas lima, enam dan seterusnya akan lagi banyak liku. Dan itulah dinamakan kehidupan. Dua dan tiga juga tetap dihati aku. Kini hanya tugas aku memahami apa yang terjadi dan tahu maksud begitu dan begini. Walaupun dari satu sampailah kesudahannya aku tetap akan sayang. Tetapi satu dua dan tiga itu masing-masing punya corak yang sangat berbeza dan aku mampu bahagia bersama mereka.
Aku rasa aku bagus dalam imaginasi. Walau imaginasi aku tidak seperti yang diharapkan. Tetapi ia bagus untuk proses ingatan aku. Seperti membaca novel. Apa yang aku baca aku dapat bayangankan dengan jelas sekali. Tidak kira di alam nyata ia adalah palsu semata-mata. Imaginasi membantu aku untuk mudah mengingat sesuatu perkara berbanding menghafal struktur ayat. Dengan imaginasi ia menang lebih ke atas struktur ayat. Ia seperti sebuah lakonan diminda. Hanya diri sendiri tahu apa kelebihan diri. Kalau kau masih tidak tahu apa salahnya cari sehingga jumpa.
Semakin laju hari-hari mengalahkan dua puluh empat jam. Kadang-kadang aku pun pelik. Mungkin aku di dera psikologi oleh sekeliling. Apa yang aku tahu aku memang terlalu menitik beratkan sesuatu yang seperti zarah. Tapi bukan semua hanya sebahagian dan juga sebahagian yang lain. memang sekarang rasa sangat pelik. Ya, apa yang tidak dapat diluah bisa diluah dengan tulisan. Jadi ia membantu juga kadang-kadang.
Ecah, happy birthday ;)
ecah,
harini aku rasa ape yang ko rasa
emmm..
aku faham perasaan ko
dan hari ni perasaan tu datang pulak kat aku
dan aku nak cakap
aku sedih sikit,
aku macam tak boleh terima bila macam tu
emmm..
harus membuat yang terbaik
permulaannya memang sukar
moga ia bertukar menjadi keselesaan yang diimpikan
thanks call aku!
sorry sebab lupa besday ko
hahaha
happy birthday =')
aku dah janjikan nak belanja ko ijan burger!
ingatkan aku ;)
ecah, nash dan budak muka takde jerawat. HAHAHAHAHA!!
serius aku jelous dengan budak paling hujung sekali tuh.
licin muka takde jerawat langsung! huh!
(ini gambar tiga tahun lepas ye. ulang suara TIGA TAHUN LEPAS!)
Saturday, July 7, 2012
Rabu tak rabu.
Ini rabu lepas punye cerita.
"adip adip, result dah keluar semua.." azi message.
Aku pandang kosong message azi. Macam tiada perasaan bila dapat tahu result dah keluar.
Harini memang aku duduk ofis je buat log book sambil online. Apa orang update berapa saat aku dah nampak. Aku dah nampak dah status nunu kat xmat. Lepas tu baru message azi masuk.
Ye aku tahu result dah keluar dengan malas aku pun masuk smaponline. Yelah nak tengok result hasil berpenat lelah selama satu sem ye tak.
Aku tak tahu memang tiada perasaan excited mahupun gembira. Bukak je memang semua dah tertera kat situ. Subjek envi, sustain, design bla3. Ye, aku redha ya allah. Terima kasih kerana engkau memakbulkan doa aku supaya aku redha dengan result exam ni. Mahu mengharapkan dekan bukan kepala otak aku ni jenis cepat tangkap kalau belajar. Walau angan-angan setinggi gunung tapi ia sukar juga untuk digapai kan. Dekan ke? tak, jauh sekali.
Kadang-kadang perasaan redha tu rasa macam nak menangis sebab Allah tu memang sayang kat kita so dia bagi sebab kita mintak. Aku tak nak sedih, tak nak tak puas hati atau apa-apa yang pelik macam sem2 awal dulu.
Betul apa orang kata, apa yang kita usaha itu yang kita dapat. Semakin aku mahu mendapat hasil itu daripada usaha diri sendiri bukan dengan cara yang boleh aku rasa bersalah kat tuhan.
Belajar di library dari awal-awal test 1, 2 dan akhirnya final. Aku ke library bukan sebab aku pandai.
Sebab aku kurang pandailah aku ke sana walau kadang-kadang tiada peneman yang mahu ikut. Tapi itu bukan masalah jika diri mahu berjaya ye tak. Kekadang dengar orang berkata wah rajinnya pergi library, relex la baru awal sem. Otak kita tak sama ye kawan. Otak aku bukan esok exam baru bukak buku terus melekat tak tanggal2 dengan jayanya.
Subjek first yang aku tengok semestinya lah MathsII sebab tu subjek repair. Kau gila subjek repair dapat gred yang sama macam dulu. Bayar berjuta-juta dapat benda sama memang menangis aku. Haha. So, apa yang boleh diucap lagi, alhamdulillah walau A memang bukan dalam tangan.haha.
Then, subjek second yang aku tengok subjek sustain. Apa pasal? sebab sustain adalah subjek membaca yang paling banyak jika mahu di bandingkan dengan yang lain. Aku subjek baca nilah yang paling aku risau sekali. So, apa yang boleh diucap lagi, alhamdulillah walau A memang bukan dalam tangan.haha.
Aku tahu kemampuan aku.
Yang lain tak nak komen dah sebab final tu otak aku diganggu dengan bagus sekali dengan apa pun aku tak tahu. Haih..
Tahniah kepada kawan-kawan serumah, kawan-kawan tak serumah dengan result anda yang gempak2 itu. Aku turut merasa kegembiraan itu :D
So, next sem harus juga bermula dari awal juga ye adibah! ;)
Tapi kan, aku tak tahu kenapa final hari tu aku tak dapat belajar. Ye, aku pun tak tahu kenapa, jadi memang result yang aku dapat tidak harus dipersoalkan.
Yes, I am stonger than I think!
Subscribe to:
Posts (Atom)

