Ask me now!!

JOM TANYA-TANYA SAYA! SANGAT SEDIA UNTUK MEMBANTU :)
Nama/Name
Phone No
Email anda/your email
Pekerjaan/Occupation
Dimana kamu tinggal/Where Do You Live Kuala Lumpur
Selangor
Perlis, Kedah, Penang, Perak
Pahang, Terengganu, Kelantan
Sabah, Sarawak
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Sudah mendaftar jadi ahli dalam masa 2 tahun lepas/Have you registered as Herbalife member in the past 2 years? Yes
No
Mana yang kamu berminat/Are you interested in any of below? Turunkan berat/Lose weight
Tambah berat/Gain weight
Tingkatkan kesihatan/Improve health
Tingkatkan tenaga/Improve energy
Perbaiki masalah kulit/Improve skin
Cari pendapatan lebih/Earn extra income
Apa2 tambahan soalan atau info yang saya boleh bantu/Extra information that can help me to guide you.

Click here to create your own form.

Saturday, July 7, 2012

Rabu tak rabu.


Ini rabu lepas punye cerita.

"adip adip, result dah keluar semua.." azi message.

Aku pandang kosong message azi. Macam tiada perasaan bila dapat tahu result dah keluar.
Harini memang aku duduk ofis je buat log book sambil online. Apa orang update berapa saat aku dah nampak. Aku dah nampak dah status nunu kat xmat. Lepas tu baru message azi masuk.

Ye aku tahu result dah keluar dengan malas aku pun masuk smaponline. Yelah nak tengok result hasil berpenat lelah selama satu sem ye tak.

Aku tak tahu memang tiada perasaan excited mahupun gembira. Bukak je memang semua dah tertera kat situ. Subjek envi, sustain, design bla3. Ye, aku redha ya allah. Terima kasih kerana engkau memakbulkan doa aku supaya aku redha dengan result exam ni. Mahu mengharapkan dekan bukan kepala otak aku ni jenis cepat tangkap kalau belajar. Walau angan-angan setinggi gunung tapi ia sukar juga untuk digapai kan. Dekan ke? tak, jauh sekali.

Kadang-kadang perasaan redha tu rasa macam nak menangis sebab Allah tu memang sayang kat kita so dia bagi sebab kita mintak. Aku tak nak sedih, tak nak tak puas hati atau apa-apa yang pelik macam sem2 awal dulu.

Betul apa orang kata, apa yang kita usaha itu  yang kita dapat. Semakin aku mahu mendapat hasil itu daripada usaha diri sendiri bukan dengan cara yang boleh aku rasa bersalah kat tuhan.

Belajar di library dari awal-awal test 1, 2 dan akhirnya final. Aku ke library bukan sebab aku pandai.
Sebab aku kurang pandailah aku ke sana walau kadang-kadang tiada peneman yang mahu ikut. Tapi itu bukan masalah jika diri mahu berjaya ye tak. Kekadang dengar orang berkata wah rajinnya pergi library, relex la baru awal sem. Otak kita tak sama ye kawan. Otak aku bukan esok exam baru bukak buku terus melekat tak tanggal2 dengan jayanya.

Subjek first yang aku tengok semestinya lah MathsII sebab tu subjek repair. Kau gila subjek repair dapat gred yang sama macam dulu. Bayar berjuta-juta dapat benda sama memang menangis aku. Haha. So, apa yang boleh diucap lagi, alhamdulillah walau A memang bukan dalam tangan.haha.

Then, subjek second yang aku tengok subjek sustain. Apa pasal? sebab sustain adalah subjek membaca yang paling banyak jika mahu di bandingkan dengan yang lain. Aku subjek baca nilah yang paling aku risau sekali. So, apa yang boleh diucap lagi, alhamdulillah walau A memang bukan dalam tangan.haha. 
Aku tahu kemampuan aku.

Yang lain tak nak komen dah sebab final tu otak aku diganggu dengan bagus sekali dengan apa pun aku tak tahu. Haih..

Tahniah kepada kawan-kawan serumah, kawan-kawan tak serumah dengan result anda yang gempak2 itu. Aku turut merasa kegembiraan itu :D

So, next sem harus juga bermula dari awal juga ye adibah! ;)

Tapi kan, aku tak tahu kenapa final hari tu aku tak dapat belajar. Ye, aku pun tak tahu kenapa, jadi memang result yang aku dapat tidak harus dipersoalkan.

Yes, I am stonger than I think!

No comments:

Post a Comment