Ask me now!!
JOM TANYA-TANYA SAYA! SANGAT SEDIA UNTUK MEMBANTU :)
Click here to create your own form.
Tuesday, July 10, 2012
Nombor
Daripada tiga belas menjadi tujuh. Ya, aku hanya suka berangan. Angan yang tak pernah akan berhenti. Sekarang sudah tujuh. Sejam dua jam lagi apa pula ceritanya ya? Ya, aku mengharapkan ia bakal menjadi tiga atau kosong. Sebabnya, angan itu dapat dirasakan ia tidak akan menjadi kenyataan.
Satu bermulanya sekolah menengah. Juga sekarang aku lebih suka akan satu. Walau apa pun keadaan mementingkan diri itu tiada dalam kamus hidup mereka. Serius aku bahagia. Bila kini berjumpa dengan empat. Ia menjadi telalu serabut. Kadang-kadang hanya ragu-ragu yang bertakhta. Inikan pula bila aku bertemu dengan lima. Memang terlalu banyak keserabutan. Tetapi selepas lima, enam dan seterusnya akan lagi banyak liku. Dan itulah dinamakan kehidupan. Dua dan tiga juga tetap dihati aku. Kini hanya tugas aku memahami apa yang terjadi dan tahu maksud begitu dan begini. Walaupun dari satu sampailah kesudahannya aku tetap akan sayang. Tetapi satu dua dan tiga itu masing-masing punya corak yang sangat berbeza dan aku mampu bahagia bersama mereka.
Aku rasa aku bagus dalam imaginasi. Walau imaginasi aku tidak seperti yang diharapkan. Tetapi ia bagus untuk proses ingatan aku. Seperti membaca novel. Apa yang aku baca aku dapat bayangankan dengan jelas sekali. Tidak kira di alam nyata ia adalah palsu semata-mata. Imaginasi membantu aku untuk mudah mengingat sesuatu perkara berbanding menghafal struktur ayat. Dengan imaginasi ia menang lebih ke atas struktur ayat. Ia seperti sebuah lakonan diminda. Hanya diri sendiri tahu apa kelebihan diri. Kalau kau masih tidak tahu apa salahnya cari sehingga jumpa.
Semakin laju hari-hari mengalahkan dua puluh empat jam. Kadang-kadang aku pun pelik. Mungkin aku di dera psikologi oleh sekeliling. Apa yang aku tahu aku memang terlalu menitik beratkan sesuatu yang seperti zarah. Tapi bukan semua hanya sebahagian dan juga sebahagian yang lain. memang sekarang rasa sangat pelik. Ya, apa yang tidak dapat diluah bisa diluah dengan tulisan. Jadi ia membantu juga kadang-kadang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment