Ask me now!!

JOM TANYA-TANYA SAYA! SANGAT SEDIA UNTUK MEMBANTU :)
Nama/Name
Phone No
Email anda/your email
Pekerjaan/Occupation
Dimana kamu tinggal/Where Do You Live Kuala Lumpur
Selangor
Perlis, Kedah, Penang, Perak
Pahang, Terengganu, Kelantan
Sabah, Sarawak
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Sudah mendaftar jadi ahli dalam masa 2 tahun lepas/Have you registered as Herbalife member in the past 2 years? Yes
No
Mana yang kamu berminat/Are you interested in any of below? Turunkan berat/Lose weight
Tambah berat/Gain weight
Tingkatkan kesihatan/Improve health
Tingkatkan tenaga/Improve energy
Perbaiki masalah kulit/Improve skin
Cari pendapatan lebih/Earn extra income
Apa2 tambahan soalan atau info yang saya boleh bantu/Extra information that can help me to guide you.

Click here to create your own form.

Wednesday, May 30, 2012

Bila nak balik rumah ni?

Assalamualaikum dan salam hormat. 
Bertemu kita sekali lagi dalam rancangaaaannnnnnn... oke stop it. weyy aku dah lama tak korek telinga ni. tempat korek telinga aku yang besi tu tah mana tah main nyorok2 plak ngan aku yeww..biaseeww diee tu! 

Okey la.. ni betul2. pajang nau intro die. Biau ler kan. Aku jarang ada intro taw. Hihihi (gelak tutup mulut). macam mana sayang2 saya sekalian? sehat? dah lama tak tanya khabarkan. Apatah lagi dok berborak 24jam memang taK la kan. Okey budak2 rumah aku sekarang tengah kecoh dengan isu hangat pulang ke rumah almaklumlah minggu ni last class next week dah study week then final wey. Oh terlingkup aku dibuatnya. Dan aku? 

Hmp! Ni yang cek nak habaq mai neyhh..cek ghasa la kan sangat beruntung sebab last week my parents datang Parit Raja kesayangan ku ini. oh sila percaya! sebab aku pun sangat tidak percaya. Jadinya gundah gulana disebabkan sudah lama tidak menjenguk mereka depan mata telah menjadi NUETRAL sekali. Dan saya suka sangat perasaan ini. Sampai mak pesan, minggu depan tak yah balik pun tak pe. Peh heaven gilakan. Tapi aku duduk sini pun kena kais pagi makan petang jugaklah kan.

So, aku fikir aku ni nak balik mana. Nak balik kampung ke nak balik rumah seremban? Kalau aku duduk sini tanpa berkembang pesat otak dengan dunia luar mahu mati kekeringan aku kat sini. sebabnya:

1. Sabtu, 2 Jun : Ada join jadi sukarelawan mountain bike. 
2. Isnin, 4 Jun : Start study week 
3. Rabu, 6 Jun : Presentation design =.=
4. Sabtu, 9 Jun : Kak ina kahwin kat Pilah. (Macam nak pegi! sebab alya pun kata nak pegi so aku pun lagi lah exciteddd!!)
5. Khamis, 14 Jun : 1st day final exam berserta DUA paper satu hari. Oh my! (Semoga dipermudahkan ;) )

Jadi bilanya aku nak balik? Cadang macam nak balik lepas present design, tapi aku ni harus balik dulu bagi mencari keserasian tempat mana yang sangat menyumbang untuk menyerap ilmu dengan baik. Diikutkan hati memang matikan. Sebab aku suka bab2 bersenang-lenang ni. Nanti kemudian menangis. So, aku tak nak itu semua.

Jadi, lepas join sabtu ni mahu pulang ke Serembanlah kan. Naik bas pun okey sebab almaklumlah akhir2 sem ni masalah wang menjadi punca utama untuk aku bergerak ke sana sini. pui~

AKU NAK MEREPEK PANJANG LAGI NI. TAK SANGGUP SILA KLIK X PADA ATAS BELAH KANAN YE. SEKIAN TERIM KASIH. :)

Kasih sayang.
Ye mahu dibincangkan disini mengenai kasih sayang. Masing2 mahu balik disebabkan rasa tiada kasih sayang keluarga tercinta begitu juga aku tapi mak dah datang haritu so yeayy jela aku dapat ungkapkan. Bukan masing2 tapi mejoriti budak kelas dan teman2 fb. Aku, setiap minggu rasanya di parit ni jelah. Takda nya nak pergi mana2 sebab masalah utama yang aku bagi tahu kat atas tu kan. Kau kau yang lain? Kadang2 telinga ni jemu mendengar rindu kat rumah lah kan. kenapa tidak memanfaatkan orang2 sekeliling yang ada? Sebab masing2 tidak memberi manfaatkah?
Ya, aku tahu jawapannya kasih keluarga lain dari yang lain. Setiap minggu kau akan kemana-mana yang kau nak. Keluar dating jumpa pakwe jumpa scandal jumpa mak mertua jumpa suami jumpa bini siang malam pagi petang mengadap muka yang sama pastu call and call sampai you answer setiap hari tanpa henti tidak bosankah engkau(ni kepada yang belum kahwin, yang dah kahwin jangan nak terasa2 yeww..babap kang). Bila aku yang call manjang henfon semua campak laut. Memang gua salute la kat lu sebab gua bukan jenis orang macam tu. Buat itu ini tanpa ibu bapa kau tahu apa yang kau buat. At last mereka juga yang kau cari. Apa lagi yang kau nak. Mereka2 yang tulah kau boleh manfaat disaat jauh dari family.
Apa motif sebenarnya aku cakap benda ni sebenarnya? Sebab ianya hanya luahan hati perasaan agar ia kuat hari demi hari. Aku memang tak kuat tanpa apa yang aku lihat. See and realize that. Aku mohon dikuatkan hati sampai ia tiba suatu hari nanti yang tuhan sangat mahu aku rasa kegembiraan itu. Walaupun kadang2 persoalan2 bodoh kerap bermain diminda kenapa aku takda pakwe bla3 tapi aku sendiri yang akan bagi tahu jawapan tu balik. See? U see what? bila kau ada masalah dikala tiada siapa disisi kau ada Allah, di saat hati kau tiba-tiba dirundung sepi disebabkan kawan2 bergelak riang bersama pasangan masing2  kau yang kena nasihatkan diri sendiri. Takkan ada orang yang sanggup duduk kat sebelah kau hari2 tiap masa kecuali boypren gepren ko yang sekarang konon2 concern(ayat nak sedapkan hati) sebab masing-masing ada hidup dan hala tuju. Bukan hala tujunya adalah kau atau aku. Ok dah la.

Berbalik kepada minggu akhir class yang mana class banyak yang dah habis. Aku pelu menyiapkan lagi 4 tugasan iaitu 
(1) salin balik design yang aku buat rough je tu sebab esok nak compile kat farah
(2) buat intro untuk design. mesti siapkan kejap lagi
(3) individual assignment. Dah ada bahan tinggal mahu susun dan edit bagi cantik menarik kau memang de boom!!
(4) environment project aku buat part literature review and conclusion
Paling lambat untuk 3 dan 4 tu khamis malam sebab jumaat tu dah boleh hantar. yeayy! 

Ok. Saya sayang awak sebab baca karangan saya panjang2 ni.
Susah2 je..hehe..

okeeyy seperti biasa aku nak share gambar yang memang takde kaitan
Dak ex-mat fkaas batch 09/10 yg join ekpedisi gunung belumut 12 mac lepas. Kami sangat unite insyaallah. Kalau buat program semuanya nak diajak. Yang tak join next program plak.

 Muka-muka yang selamat sampai di bahagian atas Gunung Belumut, Kluang, Johor. Tu tu saya di tengah pegang banner tu..hihi..actually puncak yang tidak sampai 15 minit dari sini telah berjaya ditawan oleh hero2 sahaja. Tapi gua puas walaupun lagi sikit je lagi nak sampai puncak sebab 1st time woo gua panjat gunung tercabut semua skru2!


No comments:

Post a Comment