Ask me now!!

JOM TANYA-TANYA SAYA! SANGAT SEDIA UNTUK MEMBANTU :)
Nama/Name
Phone No
Email anda/your email
Pekerjaan/Occupation
Dimana kamu tinggal/Where Do You Live Kuala Lumpur
Selangor
Perlis, Kedah, Penang, Perak
Pahang, Terengganu, Kelantan
Sabah, Sarawak
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Sudah mendaftar jadi ahli dalam masa 2 tahun lepas/Have you registered as Herbalife member in the past 2 years? Yes
No
Mana yang kamu berminat/Are you interested in any of below? Turunkan berat/Lose weight
Tambah berat/Gain weight
Tingkatkan kesihatan/Improve health
Tingkatkan tenaga/Improve energy
Perbaiki masalah kulit/Improve skin
Cari pendapatan lebih/Earn extra income
Apa2 tambahan soalan atau info yang saya boleh bantu/Extra information that can help me to guide you.

Click here to create your own form.

Tuesday, July 17, 2012

Jika anda sudah memegang title orang bekerja ?

Assalamualaikum! :)

Bagaimana anda akan berkhidmat dan meneruskan pekerjaan anda berdasarkan apa yang anda ceburi?
Adakah ia sekadar bekerja untuk membayar hutang?
atau sekadar bekerja kerana telah mendapat jawatan tersebut?
atau ia merupakann impian anda selama ini?

Jom kita baca dan nilai sama-sama. 
Semoga kita tergolong dalam kalangan 'bekerja untuk memberi' seperti yang telah dinyatakan oleh Dr. Anayasmin. 
Walaupun beliau doktor dan kita bukan doktor tapi konsepnya lebih kurang sama sahaja :)
Walla~

UBAH TANGGAPAN TERHADAP KERJA

Bismillahirahmanirrahim..
Apabila menyebut housemanship ianya seolah-olah sinonim dengan tekanan, dan keletihan sehinggakan isu ini menjadi bahan perbincangan hangat di media-media dan bahan perbualan dikalangan kita. Fasa ini juga merupakan satu yang besar impaknya dalam kehidupan insan bergelar doktor, manakan tidak ianya boleh mempengaruhi kitaran hidup seseorang, sehinggakan ada yang sanggup menggadai nyawa semata-mata untuk cemerlang sebagai seorang doktor pelatih.
Saya cuba membawa pandangan kita semua kepada satu pandangan baru agar yang masih menjalani fasa housemanship ini tidak melihat ianya sebagai segalanya dalam kehidupannya kerana kita umat Islam yang mempunyai agenda lebih besar dalam hidup.
Insan yang berjiwa besar melihat masalah sebagai kecil dan insan yang biasa boleh menjadi luar biasa asalkan dia mahu bangkit dan keluar dari kebiasaan zon selesa nya dan melihat masalah sebagai satu cabaran dalam hidup untuk berjaya.
Kadangkala apabila menganalisa kembali gaya hidup semasa menjalani fasa housemanship ini, saya menjadi takut..takut akan ketaksuban sesetengah individu dalam kerja sehingga lupa pada pencipta dan fitrah dirinya sebagai muslim dan manusia, takut melihat sikap sesetengah teman yang berputus asa sehingga langsung culas dalam menjalankan  amanah..sebetulnya, rezeqi yang dikurniakan itu perlu dijaga keberkatannya. Serta pelik melihatkan sesetengah rakan takut akan bosnya lebih daripada Tuhannya sehinggakan sanggup meninggalkan solat semata-mata mahu dipandang sebagai pekerja yang rajin dan segan mahu meminta izin bersolat daripada superior nya.
Diri ini juga pasti melakukan kesalahan dan sering dahagakan nasihat-nasihat dan peringatan dari mereka yang memahami agar tidak tersasar dari matlamat sebenar kehidupan ini. Pernah juga merasakan diri ini umpama robot yang diprogram untuk melakukan rutin yang mengeringkan jiwa dan fikiran. Alhamdulillah apabila tersedar segera melangkah keluar dari belengu itu.
Keceriaan dalam berkerja sebenarnya bergantung kepada niat dan tanggapan kita terhadap kerja itu. Adakah kita hanya berkerja kerana TERPAKSA Atau kerana hendak MENERIMA sahaja atau berkerja untuk MEMBERI.
BEKERJA KERANA TERPAKSA
Mahu tidak mahu setiap kita perlu melalui fasa housemanship ini sebagai persediaan untuk meningkatkan competency diri. Makanya tiada cara lain jika kita berkerja kerana terpaksa maka TUKARLAH SIKAP itu kerana ini adalah satu-satunya solusi yang ada selain daripada MENUKAR KERJAYA.
“jika kita tidak dapat apa yang kita suka, kita perlu suka apa yang kita dapat”.
Kenalpasti apa punca kita merasa terpaksa dalam kerja. Adakah kerana merasakan banyak yang tidak tahu sehingga sering diherdik  atau fasa ini tidak seperti zon selesa kita dahulu yang tidak mengerah mental dan fizikal seperti ini. Setelah kenalpasti cubalah selesaikannya; sebagai contoh masalah tidak tahu, buat persediaan sebelum memasuki satu-satu jabatan dan rancang masa terbaik agar zon tidak selesa anda sekarang masih boleh menceriakan diri kita.
BEKERJA UNTUK MENERIMA
Jika berkerja hanya untuk menerima sahaja, sama ada menerima gaji sahaja atau menerima plans untuk pesakit tanpa anda menganalisa mengapa rawatan itu diberikan. Golongan perkerja sebegini lebih bermotivasi berbanding mereka yang terpaksa tetapi hanya akan menjadi perkerja yang biasa-biasa sahaja. Bahkan akan menjadi terlalu berkira jika perlu berkerja lebih masa atau menerima bilangan oncall lebih berbanding yang lain. Tiada perasaan ingin menyediakan diri sekiranya anda menjadi MO kelak dan tiada inisiatif untuk memajukan diri kerana Allah semata-mata.
BEKERJA UNTUK MEMBERI
insyaAllah kita akan jadi lebih ceria sekiranya kita berkerja untuk memberi. Kita sering berfikir bagaimana untuk memberi kerana kita yakin Allah akan memudahkan urusan kita sekiranya kita memudahkan urusan orang lain dan memberi ganjaranNya di dunia ini atau di akhirat kelak. Jika kita golongan ini, berkerja untuk memberi, kita berkhidmat untuk memberi kebaikan kepada diri sendiri dengan hanya mengejar redha Allah, cuba menganalisa dan memahami mengapa sesuatu rawatan diberikan agar kita menjadi MO yang competent kelak, memberi kepada pesakit , memberi kepada rakan dengan tidak berkira dalam berkerja. Tanggapan bahawa kerja ini membolehkan kita untuk memberi akan membuatkan kita lebih bermotivasi, berusaha mencari redhaNya serta merasakan diri ini lebih berharga.
Cubalah ubah tanggapan kita hari ini dan lihat hasilnya.
Dr Anayasmin bt Azmi
Pegawai Perubatan
Hospital Tunku Jaafar Seremban


Boleh baca disini ye! 


Sekian.
Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment